ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) memandang serius masalah tanah jerlus di kawasan sawah padi yang tidak mempunyai alas galas mencukupi bagi menampung penggunaan jentera pertanian.
Difahamkan, kawasan Mada pernah pertama kali menghadapi masalah tanah jerlus pada tahun 1999 di Kampung Kubang Nipah, Wilayah II dengan melibatkan keluasan 156 hektar tanah.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan menjalankan kerja-kerja pembinaan parit jari, struktur kecil saliran dan rangkaian jalan ladang melibatkan kos RM300,000.
Timbalan Pengurus Besar Mada (Teknikal), Ir Hor Tek Lip berkata, pada awal tahun 2012, seluas 6,230 hektar tanah dikenal pasti mengalami masalah tanah jerlus.
Namun, pada penghujung tahun itu (penanaman padi musim 2/2012), pihaknya mendapati masalah tersebut meningkat sebanyak 30.1 peratus iaitu melibatkan tanah sawah padi seluas 8,107 hektar.
“Kita telah mengkaji masalah itu dan mendapati ia berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya perubahan iklim cuaca yang tidak menentu menyebabkan hujan lebat dalam musim kering dan mengakibatkan tanah sawah padi sentiasa bertakung air.
“Selain itu, pengubahsuaian kapasiti muatan jentuai serta penggunaan jentera pertanian tidak bersesuaian misalnya traktor trek penuh juga menyumbang kepada kejadian seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, antara faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara itu adalah masalah tanah dalam setempat serta aktiviti penanaman padi yang tidak mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan.
Tek Lip berkata, bagi mengatasi masalah itu, pihaknya membelanjakan RM4.77 juta untuk memulihkan seluas 1,145 hektar tanah pada tahun 2012 dan 2013.
“Walau bagaimanapun, pihak Mada mendapati tindakan yang lebih menyeluruh dan bersepadu perlu diambil bagi memulihkan baki kawasan tanah jerlus seluas 6,962 hektar.
“Sehubungan itu, Mada telah membuat rancangan jangka panjang bagi mengelak masalah tersebut menjadi semakin serius dengan melibatkan tiga komponen iaitu pembatalan penanaman padi dua musim, melaksanakan pembinaan dan pemulihan infrastruktur serta pembersihan tanah sawah,” katanya.
Tambahnya, bagi membantu peladang-peladang yang kehilangan pendapatan disebabkan pembatalan dua musim penanaman padi, kerajaan telah bersetuju untuk memberi wang ihsan pada kadar RM2,645.50 sehektar bagi satu musim tanaman padi.
Jelasnya, jumlah peruntukan wang ihsan yang telah diluluskan dalam program tersebut adalah sebanyak RM36.8 juta.
“Mada juga telah menerima peruntukan RM11.42 juta melalui Rolling Plan 3 dan RM13.6 juta melalui peruntukan Projek Tanaman Padi Secara Komersial (NKEA) bagi pembinaan dan pemulihan infrastruktur saliran, meninggikan ban sungai, pembinaan stesen pam saliran dan lain-lain keperluan yang akan dilaksanakan mulai tahun ini.
“Di samping itu, Mada juga akan menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan ke atas semua petak sawah yang terlibat sebelum diserahkan semula kepada peladang. Kerja-kerja pembersihan ini melibatkan aktiviti meracun dan satu putaran kering melibatkan kos RM1.96 juta,” katanya.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, program bagi membaiki masalah tanah jerlus ini adalah melibatkan kos RM66.656 juta.
“Saya yakin dengan perlaksanaan program pemulihan tanah jerlus ini, masalah yang dihadapi peladang-peladang sejak tahun 2012 akan dapat diatasi,” katanya.