Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Nie dia JAWAPAN kerajaan Negeri cara nak bayaq balik hutang KUIN...

$
0
0
Tiada masalah bayaran balik pinjaman KUIN
Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri tiada masalah untuk membayar balik pinjaman pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil sebanyak RM330 juta.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber untuk membuat bayaran balik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Kadar bayaran balik setahun Kedah Sato Sdn Bhd kepada Bank Islam Malaysia Berhad adalah sebanyak RM49.2 juta setahun, bermula Disember 2013. Bayaran RM49.2 juta perlu dijelaskan dalam tempoh tiga tahun pertama, dan bayaran semakin rendah sehingga tahun ke 15.

“Pinjaman yang dibuat dahulu daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Blok E Wisma Darul Aman telah selesai Disember 2012, jadi kita guna ‘wang tersebut’ sebanyak RM27 juta..(kali ini) untuk bayaran KUIN Kuala Ketil, maka kita perlu tambah lagi RM22 juta.

“Kita yakin mampu untuk bayar sebab kita ada sumber lain untuk tampung.


“Kedah Sato yang menjadi kontraktor yang bertanggungjawab untuk bina universiti milik kerajaan negeri, jadi kita (kerajaan) bagi duit pada Kedah Sato untuk dijelaskan kepada bank,” jelas beliau bagi menjawab dakwaan Pemuda Gerakan Kedah yang mempersoal kemampuan kerajaan negeri untuk jelaskan hutang pinjaman KUIN Kuala Ketil.

KUIN dibina dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri sepenuhnya tanpa sesen menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Selama 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama kerajaan negeri memiliki sebuah universiti yang tersendiri.

“Sepatutnya mereka perlu bangga kerana kerajaan yang baru memerintah hanya lima tahun mampu membina sebuah universiti milik kerajaan negeri dengan hanya kos yang tak mencecah billion ringgit,” ujar beliau pada sidang media selepas Majlis Jamuan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles