Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Fenomena ARE YOU READY lagi besar impaknya dari LISTEN....

$
0
0

Dua video panas dibawah, yang sedang tersebar dengan meluasdi laman sembang sosial facebook sekarang ini jelas sekali membuktikan rakyat Pulau Pinang rata-ratanya tidak teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ke negeri Pulau Mutiara itu semalam.

Najib berada di Pulau Pinang bagi meraikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia yang diadakan di negeri terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, PSY telah diundang mengadakan persembahan sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Apa yang jelas dapat dilihat, orang ramai bukanlah hadir untuk mendengar ceramah Najib atau meraikan sambutan rumah terbuka anjuran BN itu, tetapi mereka hadir untuk menyaksikan persembahan PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang yang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.



Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Tambah memalukan apabila orang ramai secara majoritinya menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Ia terbukti apabila Najib melaungkan "Are You Ready For BN" sebanyak tiga kali, ia disambut dengan teriakan "No". Sebelum itu ketika Najib melaungkan "Are You Ready For PSY", orang ramai menyambutnya dengan teriakan "Yes".

Adengan ini ternyata telah menjatuhkan imej dan maruah Najib yang sudah menghabiskan jutaaan ringgit untuk membeli hati rakyat Pulau Pinang agar menolak Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri, pimpinan Lim Guang Eng dari Parti DAP pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apa yang jelas dapat dilihat, ternyata majoriti rakyat menolak beliau dan dia sepatutnya sedar akan perkara ini. Rakyat selesa ditadbir oleh Pakatan Rakyat, biarpun berbagai tohmahan melampau dilemparkan untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Dengan apa yang disaksikan ini, maka ternyata amat sukar buat BN untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat pada PRU -13 ini sebenarnya.

[Terkadang, bila difikirkan semula amatlah tidak wajar rakyat Pulau Pinang berbuat demikian terhadap seorang Perdana Menteri. Namun, inilah hakikat dan realiti yang berlaku apabila kebencian yang membuak-buak untuk menolak BN semakin terasa di sana sini. Hingga rakyat tidak segan silu lagi menolak Najib dikhalayak ramai. Adengan ini jelas sekali telah mencemarkan imej BN di Pulau Pinang.

Mereka menghabiskan wang berjuta ringgit semata-mata untuk membawa masuk penyanyi Korea itu, tiba-tiba rakyat menolak BN. Jika ini terus berlaku, maka besar kemungkinan BN akan terus kempunan untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang sebenarnya. Kecanggihan teknologi internet menyebabkan adengan panas ini boleh tersebar dengan begitu cepat sekarang. Malah, fenomena yang berlaku ini dijangka lebih hebat dari "Listen, Listen, Listen" yang tercetus dalam satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Kini semua pihak memperkatakan isu terbaru "Are You Ready For BN ..... No".

Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran yang berguna kepada Najib agar lebih memahami jiwa dan hati naluri rakyat sepanjang masa. Bukan apabila menjelang tibanya pilihanraya umum barulah sedar kebajikan rakyat. Malah, ketika inilah baru prihatin dengan nasib rakyat apabila mengumumkan serta memberi berbagai habuan untuk mereka kembali mengundi BN. Mungkin semua itu sudah terlambat buat Najib, kerana rakyat mahu ubah sekarang!].

http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/02/panas-fenomena-are-you-ready-for-bn-no.html

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707