[SYAHDU] Masa BERSIH baju BIRU bantai baju MERAH, bila musibah baju MERAH bantu baju BIRU...
Banjir Pahang, Johor, Terengganu kian reda
Di KUANTAN, hampir separuh mangsa banjir yang direkodkan di Pahang pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan jumlah berkurangan kepada 7,582 orang petang ini, berbanding 12,579 orang.
Menurut Jucucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, terdapat 1,791 keluarga yang ditempatkan di 110 pusat pemindahan dari 96 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Pekan menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,243 orang di 36 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mangsa banjir di Kuantan yang berjumlah seramai 6,454 orang pagi tadi telah berkurangan kepada 2,061 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan manakala Temerloh (884 orang di 19 pusat pemindahan), Maran (699 di 15 pusat), Jerantut (329 di sembilan pusat), Bera (317 di tujuh pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).
Sementara itu, satu jalan utama di Km14 Jalan Temerloh-Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.
Di JOHOR BAHARU, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat semakin berkurangan dengan seramai 266 orang daripada 63 keluarga berada di enam pusat pemindahan petang ini berbanding 273 orang daripada 64 keluarga pagi tadi.
"Hujan renyai di kesemua kawasan terjejas itu dan keadaan 'banjir termenung' menyebabkan kesemua mangsa belum boleh pulang ke rumah masing-masing," menurut jurucakap itu.
Di KUALA TERENGGANU, banjir gelombang kedua melanda daerah Hulu Terengganu hari ini menyebabkan 317 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan setakat 3 petang ini.
Mereka ditempatkan di tujuh pusat penempatan iaitu Balairaya Kampung Tapah, Surau Tok Lawit, Balairaya/Masjid Kampung Sekayu, Kampung Baong, Kampung Landas (rumah keluarga), Balairaya Kampung Cheting dan Surau Kampung Gerdong.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mangsa mula dipindahkan kira-kira 9 pagi hingga 2 petang ini setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air.
Beliau berkata pada umumnya banjir di Terengganu semakin beransur baik iaitu seramai 12,460 mangsa masih berada di 41 pusat pemindahan petang ini berbanding 14,609 pada sebelah pagi.
Di Kemaman, mangsa yang dibenarkan pulang hari ini seramai 2,149 daripada 13,335 mangsa dicatatkan sebelah pagi tadi dengan melibatkan 37 pusat penempatan.
Di Dungun masih terdapat 1,249 mangsa banjir yang ditempatkan di tiga lokasi pusat pemindahan berbanding 1,251 pada sebelah pagi tadi manakala di Marang hanya berbaki 10 orang di satu lokasi pusat penempatan daripada 23 mangsa pada pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat jingga di seluruh Terengganu dan Kelantan kecuali daerah Gua Musang. - Bernama
Jika betul syiah ada.. tangkap, tak payah main wayang
Tangkap jika serius basmi Syiah
OLEH: SAPINAH AB GHANI Tarikh: December 11, 2013
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan sepatutnya tangkap sahaja ketua atau pengikut Syiah di negara ini dan tidak perlu berdolak dalik jika mereka benar-benar serius mahu membasmi fahaman itu.
"Jika betul nak basmi Syiah, tangkap! Tak perlu berdolak dalik lagi. Masyarakat sudah bijak menilai bahawa bukan Syiah yang mahu diserang tetapi parti lawan (pembangkang) yang semakin dapat sambutan," kata Mursyidul Am Pas itu menerusi laman Facebooknya semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri sokong jika fahaman Syiah langsung tidak wujud di negara ini.
"Peranan ulamalah untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah," ujarnya.
Dalam kenyataan lanjutnya, Nik Abdul Aziz berkata, jika seorang pemimpin politik menyebut bahawa ciri utama Syiah adalah menipu, nasionalis sekular pun juga tidak kurang menipu berbanding Syiah.
"Tidakkah menipu namanya apabila meuar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT?
"Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid?" katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah dalam banyak penulisan.
"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz lagi, memerangi Syiah dengan alasan supaya umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.
"Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam, bukan seruan kebangsaan," katanya.
Banjir : Mai naik bot mewah pusing sana sini sambil angkat tangan lepas tu belah pie Jepun

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta pegawai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.
Sidang kemuncak pada Sabtu itu dianjurkan untuk memperingati hubungan dialog antara Asean dan Jepun yang terjalin sejak 40 tahun lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, para pemimpin Asean dan Jepun dijangka memberi penekanan semula kepada hubungan rapat dan berpanjangan kedua-dua pihak, selain memperaku tiga dokumen yang akan menggariskan program serta aktiviti yang akan memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada.
Dokumen itu adalah kenyataan mengenai wawasan bersama Asean dan Jepun, pelan pelaksanaan wawasan dan kenyataan bersama Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun.
Untuk memperingati sidang kemuncak tersebut, Maharaja Jepun Maharaja Akihito dan Maharani Michiko akan meraikan para pemimpin Asean dalam satu majlis minum teh di Istana Imperial pada Jumaat.
Selain itu, Najib dan Rosmah juga akan menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan isteri Akie Abe.
Sidang kemuncak itu akan bermula dengan acara bergambar serta ucapan aluan oleh Abe diikuti kenyataan daripada pemimpin-pemimpin Asean.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Abe dan diikuti sidang akhbar bersama.
"Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)," menurut Kementerian Luar.
Najib juga dijangka menerima kunjungan hormat pegawai tertinggi syarikat Nikkei Inc, Sumitomo Corporation, Sekisui Chemical, Mitsui & Co. Ltd, Kawasaki Heavy Industry Ltd dan Toshiba Corp.
Selain itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Jepun dan melancarkan 1Malaysia for Youth (1M4U) cawangan Tokyo yang dijangka dihadiri lebih 150 pelajar.
Menurut Kementerian Luar program padat perdana menteri menunjukkan hubungan rapat yang sedia terjalin bukan sahaja antara Asean dan Jepun malah Malaysia dan Jepun dalam segenap bidang.
Najib dan Rosmah dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada 15 Disember ini. - Disember
Bersih Banjir : Selangor hantar lori MPAJ bantu bersih sampah di Kuantan
Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik
[Panas] Kira-kira 30 ekor lembu dicuri dari ladang..!!

Zahid Hamid, Hisham sibuk buru Syiah tapi sembunyi misteri pembunuhan anggota TLDM?
Rakaman Lawatan Presiden & Timb Presiden PAS ke lokasi banjir
Desas desus tol naik: BN tambah bebanan rakyat

Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?
Tambang LRT, monorel pula naik?

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.
Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.
"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.
"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.
"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan pasaran saham pengangkutan awam," katanya.
Selain itu, Syed Hamid berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan memastikan jangka panjang industri rel mampan dan kurang bergantung kepada sokongan kewangan kerajaan.
SPAD menafikan kata menteri yang benda lain takan naik..
Spad: Semakan harga tambang mungkin 3-6 bulan lagi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menyatakan bahawa bahawa badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusakan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambah, susulan kenaikan tarif elektrik.
Kajian untuk menyemak semula harga tambang bas dan teksi itu difahamkan sedang berlangsung dan akan siap menjelang suku pertama tahun depan.
Spad juga difahamkan baru sahaja mempertimbangkan kenaikan harga tambang untuk sistem LRT dan perkhidmatan tren KTM.
Ini bermakna, keputusan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan lalu.
"Mungkin ada kenaikan tahun depan tetapi kuantumnya masih belum ditetapkan. Kita perlu memastikan agar perbincangan dilakukan dengan semua pengendali dan membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan mengenai apa-apa perubahan harga tambang," kata seorang jurucakap Spad yang enggan dinamakan.
Kenyataan jurucakap tersebut selari dengan pandangan pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Syed Hamid Albar yang dilaporkan berkata, Spad akan mencari penyelesaian menang-menang dalam menangani isu kenaikan harga itu.
Katanya, langkah itu bagi memastikan kos pengangkutan awam itu mampu ditanggung oleh pengguna dan juga kelestarian industri pengangkutan rel.
Menurut Spad, tambang bagi pengangkutan LRT dan monorel tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu.
Muzakarah: 'Kami belum terima pelawaan minum teh'
SHAH ALAM - Selepas beberapa hari Perhimpunan Agung Umno berlalu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff bagaimanapun masih belum menerima apa-apa pelawaan 'minum teh' sepertimana yang dinyatakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Kita Muslimat, tak dapat apa-apa pelawaan daripada dia (Shahrizat), kita sentiasa terbuka untuk muzakarah.
"Kami tak akan tunggu macam itu saja pelawaan itu, kami tak akan membazirkan masa kami.
"Tapi kalau itu setakat nak gimik politik... kami banyak kerja lain nak buat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Siti Zailah berkata demikian ketika ditanya sama ada Dewan Muslimat ada menerima sebarang pelawaan daripada Wanita Umno, yang sebelum ini mahu menjadi pemangkin kepada muzakarah pertama Umno-Pas.
Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu menyatakan, Wanita Umno bakal memulakan langkah pertama muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno kali ini selesai.
"Wanita Umno menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.
"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung Umno ini tamat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti Zailah berkata, Muslimat Pas kini menumpukan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat banjir.
"Kita sekarang ini, daripada tunggu untuk muzkarah, kita sedang sibuk tolong mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.
"Lebih elok kita lakukan apa yang perlu dahulu," katanya.
Adun Pas puji tindakan Ahmad Said agih roti
OLEH: Tarikh: December 11, 2013
KUALA TERENGGANU - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menahan dua buah lori Gardenia untuk mengagihkan bekalan rotinya kepada mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini mendapat pujian pembangkang.
Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini, Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh) memuji tindakan Menteri Besar yang menahan kenderaan berkenaan di kawasan Chendor, Pahang minggu lalu.
Hishamuddin berkata, Menteri Besar tidak sanggup melihat rakyat kelaparan akibat terperangkap dalam banjir selepas laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.
"Saya kira, jika saya berada di tempat Menteri Besar ketika itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama atas faktor kemanusiaan," katanya.
Tindakan Ahmad itu mendapat pujian ramai dan berita tentangnya tersebar luas di laman sosial Facebook dan beberapa blog. - Bernama
Ayuh kita Doakan yang terbaik untuk BOB LOKMAN...!!!
Ada dana PPB, Lembah Bujang tak dilindungi?
Kes seperti di Lembah Bujang apabila candi abad ke-8 dirobohkan boleh dielakkan dengan pembentukan jawatankuasa untuk melindungi tapak bersejarah, kata Persatuan Hindraf Malaysia (PHM).
Pengerusinya P Waythamoorthy berkata, jawatankuasa pemandu tapak warisan patut dianggotai pegawai daripada Jabatan Warisan Negara, kerajaan negeri dan persekutuan dan pakar bebas.
Katanya, pihak-pihak itu perlu bekerjasama untuk mewartakan kesemua kawasan warisan sejarah dan mengambil langkah sesuai mengelakkan kejadian yang tidak diingini di Candi 11 berulang kembali.
"Jawatankuasa pemandu tapak warisan patut meliputi semua aspek rancangan pengurusan tapak, pelaksanaan dan membuat cadangan relevan.
Ini termasuk memperkenalkan perlindungan sesuai dalam dasar perancangan sebagai reaksi terhadap ancaman seperti perubahan kegunaan tanah, pembangunan rumah dan aktiviti lain," kata Waythamoorthy.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga berkata, timbul tanda tanya kenapa tiada usaha dibuat bagi melindungi Lembah Bujang walaupun mendapat dana daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Jabatan Warisan Negara.
Khemah @Banjir : Menteri kata tak perlu tapi Tengku Mahkota kena sediakan
Sediakan khemah kepada mangsa di pusat pemindahan - Tengku Mahkota Pahang
MARAN 11 Dis. - Kerajaan dicadang mencontohi amalan di Jepun yang menyediakan khemah untuk kegunaan mangsa bencana di pusat pemindahan bagi memberi keselesaan dan privasi kepada penduduk terlibat.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penggunaan khemah sangat relevan di kawasan terbuka terutama yang membabitkan wanita, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.
Titah baginda, selain itu, bencana banjir di negeri ini khususnya di daerah Kuantan memberi banyak pengajaran terhadap aspek pengurusan dan tahap bersiap sedia dengan keperluan mangsa.
"Mangsa banjir wajar diberi kemudahan lebih baik seperti khemah. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kerajaan kita yang disokong pelbagai agensi sangat prihatin terhadap keperluan mangsa banjir di seluruh negara.
"Di samping itu, bencana alam yang berlaku di negara ini juga tidak seteruk negara jiran seperti ribut taufan di Filipina atau tsunami di Aceh dan ini satu anugerah Allah yang sangat berharga," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat 236 mangsa banjir bersama Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Sultan Iskandar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.
Baginda turut menitahkan pihak berkuasa khususnya Pejabat Daerah memastikan kawasan penempatan banjir semasa dan selepas bencana sentiasa dalam keadaan bersih.
Titah Tengku Mahkota Pahang, sampah-sarap juga mesti diangkut segera sebelum ia menjadi tempat pembiakan nyamuk, tikus dan lalat bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.
"Saya bimbang dengan keadaan kediaman selepas banjir seperti di Sungai Isap, Kuantan, jika tidak diselenggarakan dengan baik boleh menyebabkan penyakit selepas banjir.
"Pada masa sama, mangsa banjir pula perlu berwaspada dan mengutamakan kebersihan diri, keluarga dan kawasan daripada impak penyakit bawaan air," titah baginda.
Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Abdullah bertitah, situasi di Pekan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air Sungai Pahang meningkat berikutan limpahan air dari hulu sungai.
Titah baginda, pihak berkuasa juga telah mewujudkan 18 pusat penempatan banjir sebagai persediaan jika berlaku gelombang kedua banjir di daerah itu.
Polis Kedah yang meninggal dunia itu akibat tiroid, bukan H1N1
Sykt Roti Gardenia enggan terima bayaran roti yang Mat Said rampas tempohari
Syarikat roti Gardenia enggan terima bayaran, Ahmad Said rasa terharu
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.
Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.
"Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia," katanya.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.
Lori terbabityang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .
Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.
Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.