Quantcast
Channel: KDL
Viewing all 19707 articles
Browse latest View live

HUSAM akan jumpa TUN M untuk isu ungkapan isu "TUHAN MENCARUT"

$
0
0

Perbezaan Pas dan Amanah

Tun Mahathir yang kini adalah tun mahathir yang reform .

Walaupun orang Pas menggunakan isu Tun Mahathir mengkritik almarhum TGNA tentang isu mencarut ..

Bagi Amanah perkara ini perlu diselesaikan secara "budi bicara" .

Ambo sendiri akan berjumpa Tun Mahathir dan akan berkata "Janganlah berkata tentang isu seperti ini dan akan membuat misleading kepada orang ramai .

Kita Amanah tidak akan menggunakan isu-isu seperti ini untuk mencari sebab "berbalah "tapi kita kena baiki sesama kita "ITULAH BEZA ANTARA AMANAH DAN PAS"

https://youtu.be/QbionwsKQdc


Mengapa Pakatan Harapan melatah, menang PRU14 dulu atau namakan calon PM dulu?

$
0
0

Tiba-tiba saja Pakatan Harapan bagai dilanda angin perpecahan berikutan munculnya semula isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanraya akan datang.

Isunya bukan kerana Pakatan Harapan tidak bersetuju nama Anwar Ibrahim dicalonkan, tetapi siapakah calon Perdana Menteri interim atau peralihan sementara Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara?

Kongres PKR Ahad lalu bukan setakat menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 7,  bahkan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri peralihan sementara menunggu suaminya dibebaskan dan kemudian diusahakan baginya pengampunan Diraja.

Menunggu Anwar dibebaskan dan adanya seseorang yang lain perlu menduduki jawatan itu terlebih dahulu, bermakna Anwar bukanlah calon Perdana Menteri ke 7, sebaliknya adalah giliran yang ke 8.

Perdana Menteri interim itulah yang ke 7 sebenarnya.

Sesiapa pun boleh menamakan sesiapa saja sebagai calon Perdana Menteri interim untuk Pakatan Harapan, namun pemilihan haruslah bersandarkan kepada kemampuan untuk menerajui kemenangan dengan kebolehan paling mantap menyerlahkan keyakinan rakyat serta menimbulkan “kegerunan”  kepada Najib Razak yang bakal ditumbangkan.

Jika salah pilihan calon, bukan saja Pakatan Harapan tidak mungkin menang, bahkan hasrat untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak mungkin kesampaian.

Maka, jika benar ingin menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kemenangan Pakatan Harapan mesti digapai terlebih dahulu, bukan sekadar menonjolkan namanya di plakad semata-mata.

Meskipun pelbagai nama turut dijadikan sebutan seperti Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, selain Dr Wan Azizah sendiri, perkara itu hakikatnya sudah pun dipersetujui dalam Pakatan Harapan untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Banyak khabar mengatakan ia bakal diumumkan sebelum PRU 14 diadakan. Bagaimanapun sehingga  ini perbincangan belum lagi mencapai apa-apa kata putus mengenainya.

Tidak pasti sama ada akhirnya ia dapat dimuktamad dan diumumkan atau sebaliknya.

Selain itu, disebut juga oleh beberapa pemimpin sebelum ini bahawa dalam Pakatan Harapan tidak ada mana-mana parti boleh mendakwa sebagai  “big brother” atau “abang besar” yang boleh menentu dan membuat keputusan dalam segala hal.

Semua perkara dikhabarkan perlu dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu.

Watak “big brother” hanya ada dalam BN dan Pakatan Harapan dikatakan ingin tampil berbeza di hati rakyat jelata.

Lantaran itu, Kongres PKR yang menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri interim seperti tidak kena dengan dengan irama dan lagu yang selalu dinyanyikan.

Dalam soal ini, Pakatan Harapan mesti kembali ke meja perundingan untuk memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri selepas Najib ditumbangkan.

Jika ada konsensus, namakanlah pemimpin berkenaan secara terbuka dan tanpa-tanpa ragu.

Tetapi, jika tidak ada konsensus, bukan kerana ketiadaan calon yang sesuai atau layak untuk ditonjolkan, tetapi disebabkan lebih daripada seorang yang difikirkan bersesuaian, Pakatan Harapan tidak harus menjadikan isu itu sebagai keutamaan.

Mereka mesti kembali kepada perkara pokok iaitu memastikan kemenangan dan hasrat menumbangkan Najib, UMNO dan BN benar-benar menjadi kenyataan.

Calon Perdana Menteri boleh dipilih dan dirundingkan kemudian sebagaimana memilih Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak sebelum ini.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik pengisi jawatan itu tidak dinamakan kerana yang penting ada dibariskan calon-calon yang sesuai untuk bertanding dan mereka saling berpakat dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai kemenangan.

Mewujudkan lebih daripada seorang calon Perdana Menteri bahkan boleh membawa keseronokan dan keterujaan kepada pengundi berbanding menamakan seorang calon secara khusus.

Jika dengan tidak menamakan sesiapa itu lebih baik dan mampu menjana ke arah kemenangan, ia tentunya jauh lagi penting daripada ghairah menamakan seseorang, tetapi akhirnya hanya menyebabkan perpecahan.

Yang penting, jangan dikecewakan rakyat yang mahukan perubahan. Bagi majoriti pengundi, meskipun siapa calon Perdana Menteri interim itu agak penting, tetapi lebih penting bagi mereka ialah wujudnya ruang yang konsisten dan kukuh bahawa Najib yang banyak masalah benar-benar dapat dikalahkan.

Menamakan seseorang sebagai calon Perdana Menteri interim, tetapi jika hanya membawa keselesaan kepada Najib untuk menang, ia tentunya lebih membawa kesengsaraan dan menyebabkan rakyat hidup dalam tekanan untuk tahun-tahun mendatang.

Jangan sampai isu calon Perdana Menteri membawa perpecahan dan menimbulkan rasa kecewa di hati rakyat. Tidak menamakan sesiapa, tetapi sesama mereka yang dirasakan sesuai menjadi Perdana Menteri itu terus kukuh berpadu tenaga untuk menumbangkan Najib, ia adalah jauh lebih penting daripada segala-galanya.

Selepas menang, pemilihan Perdana Menteri mungkin boleh dilakukan berdasarkan parti yang memperolehi paling banyak kerusi kemenangan, konsensus selepas perundingan atau boleh juga secara undian di kalangan anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Menamakan calon Perdana Menteri terlebih dahulu memang menyeronokkan dan boleh juga membawa mereka yang berkaitan lebih dahulu menempah baju atau penyokong berangan-angan dalam kalbu, tetapi semua itu akan menjadi tidak bermakna kiranya kemenangan akhirnya kandas di tengah jalan.

Oleh itu, utamakanlah matlamat mencapai kemenangan dan menumbangkan Najib terlebih dulu kerana itulah yang majoriti rakyat paling kehendaki.

>> Komentar bebas penulis politik tanahair, Shahbudin Husin I 23 Mei 2017

Apabila TMJ tanya mana Menteri Belia & Sukan waktu final PIALA FA..!!!

$
0
0

BERKHIDMATLAH KEPADA RAKYAT DAN INSTITUSI NEGARA BUKANNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

Terlebih dahulu, ucapan tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah yang menjadi juara Piala FA dan juga Pahang yang bergelar naib juara untuk musim ini. Menariknya, perlawanan akhir ini turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan juga Pahang.

Di dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan? Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

Dikhabarkan beliau terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut. Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan. Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri. Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.

Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial. Ini bukan pasal soal sukan dan bolasepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

KEPADA FAM & FMLLP : PENGANJURAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2017 "CINCAI"

$
0
0

Assalamualaikum warahmatullah.

Kehangatan Kedah menjuarai Piala FA 2017 masih lagi terasa. Tahniah Skuad Lang Merah yang berjuang demi nama Kedah Darul Aman. Sekalung tahniah kepada Skuad Tok Gajah yang mempamerkan semangat juang yang tinggi. Syabas kepada kedua-dua penyokong yang matang dan memperlihatkan semangat kesukanan yang jitu tanpa insiden yang tidak diingini berlaku.

Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang apa yang berlaku di dalam padang, sebaliknya ingin meluahkan rasa kekecewaan saya terhadap kualiti penganjuran Perlawanan Akhir yang saya label sebagai "cincai" dan "lepas tangan" sahaja. Saya tidak memaksa anda untuk bersetuju dengan luahan saya. Namun saya mengharapkan ada wakil FMLLP atau FAM yang membaca penulisan saya ini.

1. PA system yang amat mengecewakan. Penyokong di kawasan astaka mungkin dengar dengan jelas setiap apa yang diumumkan tetapi penyokong berhadapan Astaka tidak faham dan jelas kerana kualiti PA System yang teruk. Tidak ada sound check dulu kah sebelum hari perlawanan?

2. Pengumuman line up pasukan. Sepatutnya umum nama pasukan Pahang dahulu selaku tuan rumah tetapi Emcee umum pasukan Kedah dahulu sedangkan di skrin terpapar pada awalnya foto penjaga gol Pahang. Sudahlah suara tidak jelas, pengumuman nama berselerak dengan foto pemain sehinggakan penyokong tidak tahu siapa kesebelasan utama dan simpanan. Kalau begitu, lebih baik dipaparkan senarai nama sahaja keseluruhan.

3. Tiada aktiviti sebelum sepak mula. Penyokong mula masuk seawal jam 4.30 petang lagi tetapi tiada aktiviti yang mengisi ruang kosong lebih kurang 4 jam setengah. Yang ada hanya perlumbaan syok sendiri skuter kecil di hadapan astaka.

4. LED screen hanya paparkan keputusan perlawanan. Setidak-tidaknya, satu skrin paparkan keputusan, satu lagi tayangan live. Peminat boleh saksikan ulang tayang. Bukan itu sahaja, tayangan itu juga boleh paparkan majlis kalungan medal dan penyerahan piala kerana peminat tidak nampak majlis yang berlangsung di pentas utama.

5. Tembakan bunga api "murah". Tembakan bunga api di kampung ketika sambutan tahun baru lebih meriah jika dibandingkan pada malam itu. Prestijnya Piala FA direncatkan dengan dengan tembakan bunga api yang cukup tidak memukau.

Banyak lagi yang ingin ditulis, tetapi cukuplah 5 benda itu. Mungkin akan ada yang mengatakan kepada saya, "pandai complaint ja, dah menang cukup la". Terpulanglah, tapi kena ingat, malam itu adalah FINAL. Perlawanan yang menjadi tumpuan kerana Piala FA ada prestijnya yang tersendiri.

Sekian...

Farzli Adenan al-Fatah

#penyokongsetiahijaukuning
#pshkcrew
#selamanyahijaukuning

Nak baca komen di fb hgpa klik sini

Anwar PM ke 8, bukannya ke 7...!!

$
0
0

Kenyataan Media
24 Mei 2017

*BIAR DUDUK DAHULU BARU KITA BERLUNJUR*

1. Ramai yang memberikan pelbagai reaksi apabila Kongres Keadilan ke-12 sekali lagi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 7. Tambah menarik ialah pada masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin mewakili PPBM merupakan julung-julung kalinya melakar sejarah menjejakkan kaki ke acara tahunan PKR itu.

2. Sekiranya kita merupakan pengamal, penggiat, peminat dan pemerhati politik, isu nama DSAI dinobatkan sebagai calon PM bukanlah baru kedengaran sehari dua ini tetapi telah bermula sejak PRU ke 10 iaitu tahun 1999. Ianya bukan isu baru. Ianya adalah impian yang tak kunjung padam PKR terhadap mentornya. Itu adakah hak mutlak demokrasi PKR.

3. Ada yang marah dan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku semasa kongres PKR. Sekiranya kita adalah seorang demokrat tulen tidaklah sukar untuk kita memahami segala tingkah laku dan gelora rasa setiap perwakikan dan ahli mana-mana entiti siasah di bumi ini.

4. Esok atau lusa DAP, PPBM dan Amanah pula sampai giliran untuk mengadakan samada Konvensyen dan Perhimpunan Agong masing-masing. Siapa yang berani menidakkan akan ada nama-nana lain selain DSAI yang bakal dinamakan sebagai calon PM?. Samada nama-nama yang dicadangkan itu layak atau tidak, itu adalah persoalan iain. Jangan kita nafikan hak serta kehendak mana-mana parti. Jadilah seorang demokrat.

5. Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. Tidakkah Tun M, DSWA, LKS dan Mohd Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? Bukankah ada meja Majlis Presiden PH yang mampu menghuraikan kekusutan ini?

6. Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat. Jadilah kita pemimpin sejati yang rakyat dambakan. Inilah sifat pimpinan PH yang bila-bila masa bersedia meletakkan di hadapan kepentingan awam sekaligus mengenepikan kepentingan peribadi, hatta parti sendiri.

7. Sekiranya PH mahu DSAI sebagai PM, dia adalah PM ke 8 bukan ke 7. Majlis Presiden PH mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat untuk menang PRU ke 14. Sekaligus  mengangkat sumpah sebagai PM ke 7. PM ke 7 akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI. PM ke 7 boleh saja Tun M, DSWA, TSMY dan Mohd Sabu. Apa yang penting, mereka teguh dengan sifat Amanah dan pro kepada rakyat.

8. Inilah masanya rakyat mahu melihat kebijaksanaan pimpinan utama PH tampil bagi menyelesaikan setiap permasalahan negara dan rakyat. Duduklah berunding demi kepentingan rakyat dan kemudian barulah berlunjur untuk berkhidmat mereformasi negara.

9. Memang mudah berpidato mengajak orang lain supaya jangan berjuang untuk kepentingkan peribadi atau parti sendiri. Bukan semua pemimpin lulus ujian ini. Nelson Mandela, Khomeni, Ghandi dan Ghanoeshi telah membuktikan bahawa adalah pemimpin kelas dunia yang meletakkan rakyat dan negara adalah prinsip utama perjuangan mereka. In shaa Allah akan ada di antara kita daripada pimpinan PH akan mewarisi jiwa besar mereka.

*#AmanahDemiNegara*

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
24 Mei 2017

Pendengaran saman ubah status laporan 1MDB 1 Ogos

$
0
0
 Zahid-Md-Arip
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar 2 saman berasingan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli majlis tertinggi PPBM Zahid Md Arip untuk mengubah status Laporan Ketua Audit Negara tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 1 Ogos ini.

Peguam Zahid, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata kedua-dua kes akan didengarkan di depan Hakim Datuk Kamaludin Md Said.

“Bagaimanapun, hakim akan mendengar pihak terbabit secara berasingan kerana isu yang dibangkitkan berbeza,” kata Haniff kepada pemberita selepas pengurusan kes.

Peguam Ganesan Nethi tampil mewakili Azmin manakala peguam kerajaan Shamsul Bolhassan tampil mewakili bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Azmin, dalam permohonan semakan kehakimannya, memetik testimoni Ambrin semasa perbicaraan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang menyatakan laporan itu diklasifikasikan atas arahan Najib.

Azmin berkata ketua audit negara dan Najib yang enggan membuka laporan itu kepada orang awam tidak boleh bersembunyi di sebalik OSA.

Azmin berkata sudah berlaku percanggahan kepentingan di pihak Najib kerana beliau pada ketika itu penasihat 1MDB.

Zahid dalam permohonannya terhadap Najib dan Ambrin berkata mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA sudah melanggar undang-undang.

Beliau berkata laporan audit sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong apabila selesai.

Annuar Musa - PAS kini lemah dan perlu bergantung kepada Umno untuk membawa agenda Islam.

$
0
0
Annuar berkata PAS pernah mendoakan kehancuran Umno tetapi kini parti itu sedang mengalami perpecahan

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/11/annuar-musa3.jpg
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata doa “pecah perut” yang pernah dibuat bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berbalik kepada PAS yang berpecah sehingga terbentuknya Amanah.

Beliau berkata perpecahan itu menyebabkan PAS berada dalam keadaan lemah dan akhirnya menyedari mereka bergantung kepada Umno untuk membawa agenda Islam.

“Yang mendoakan kita mati ini adalah PAS. Nik Aziz doa dalam stadium dengan air mata berjurai-jurai minta Umno ‘pecah perut’ (hancur) tapi akhirnya Tuhan Maha Kaya dan Maha Mengetahui, doa yang dibuat itu terkena pada PAS sebelum terkena pada kita.”

Beliau berkata pendekatan pemimpin PAS pasca perpecahan itu berbeza dan lebih berlembut berbanding era Nik Aziz, yang meninggal dunia 12 Februari 2015.

Buktinya PAS mula berlembut dengan Umno lebih-lebih lagi semasa mahu membawa rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Annuar berkata PAS mula menyedari mereka tidak boleh meminggirkan Umno apabila membawa agenda Islam.

“PAS akhirnya sedar siapa kawan dan siapa lawan,” katanya, sambil memetik kata-kata seorang naib presiden PAS yang mengakui cara mereka melawan Umno sebelum ini salah dan perlukan cara lain.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ahli Umno supaya tidak terperangkap dengan taktik PAS mendekati Umno.

“Jangan terperangkap dengan PAS,” katanya semasa berucap di program pengumuman pemenang pertandingan “Kit Siang rasis” di Hotel Blue Wave hari ini.

Sehubungan itu beliau menyeru pemimpin Umno supaya mengubah corak penerangan kepada rakyat dengan mengetengahkan pelbagai pendekatan termasuk agama.

“Dalam PAS, apa Nik Aziz pesan dalam ceramahnya, PAS tak payah ceramah politik tetapi sebut soal agama. Jadi bila PAS buat pendekatan itu maka terhasillah ‘Islam itu PAS dan PAS itu Islam’, PAS dilihat membawa imej Islam.

“Kita (Umno) bawa imej projek, imej kita kebendaan sahaja, perbuatan itu membuatkan kita jadi layang-layang putus tali,” katanya.

Mati dalam Umno

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berikrar tidak akan terpengaruh dengan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas pemimpin Umno lain yang menubuhkan parti pembangkang, PPBM.

Beliau berkata sehingga kini masih teguh bersama Umno yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dan mahu mati dalam parti itu.

“Alhamdulillah saya tidak goyah dan tergelincir dengan gelombang Dr Mahathir.

“Saya bersyukur kerana masih ada daya tahan dan kalaulah ada hayat saya 4,5 tahun lagi, biarlah saya mati dalam keadaan kekal dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), selain mati dalam iman,” katanya.

Annuar berpesan agar ahli parti tidak malu berjuang bersama Umno kerana ia sebahagian kekuatan parti.

“Jangan rendah diri tidak bertempat, kita perlu rasa bangga. Ada orang tanya saya, hari-hari pakai baju BN dan baju dacing, saya kata memang saya bangga dengan Umno dan BN. Saya tidak malu memakainya semasa naik kapal terbang atau motosikal.

“Saya kata, itu anda nampak pada baju, kalaulah anda boleh belah hati saya pasti darah yang mengalir dan jantung yang berdenyut di dalamnya penuh dengan semangat Umno,” katanya.

Kenapa nak tampar sedangkan boleh bahas, debat, bincang.. dan itulah peluang terbaik nak checkmate kerajaan DAP Penang

$
0
0
Ameno World


Kenapa nak tampar sedangkan boleh bahas, debat, bincang??

Berkenaan geng yang tampar Mejar Zaidi. Mejar Zaidi tanya fatwa mana yang kena halang, geng tu sepatutnya guna akai dan bukannya pelempang untuk 'ajar' Mejar Zaidi.

Seperti yang diketahui Mejar Zaidi kerja dengan LGE. Jadi Mejar ada saluran rasmi. Makanya NGO patutlah berbesar hati menjawab persoalan Mejar dengan bukti, hujah, dalil dan bukannya dibalas dengan lempangan.

Bila kau bagi bukti on the spot, Mejar pun mati kutu menjawabnya. Boleh dapat millage berita yang baik untuk perjuangan korang juga. Confirm masuk tv3 tuuu. Jika betul la bukti ko tu. Dah kata kerajaan negeri halang sangat kan. Dah beria-beria buat demo, berucap bagai dah tentu ko dah hafal hujah dan ada bukti yang menyokong dakwaan tu kan. So bila orang tanya kau hanya perlu hand over bukti tu bukannya hand ko tu guna untuk melempang orang ya. Tapi korang tak jawab. Tuan punya wakil ketua menteri negeri tu direct tanya. Bukan orang biasa kot. Kerja dengan LGE tu. Dia datang terus nak sambut dakwaan korang direct. Dah la dia seorang je. Nak hadap korang yang 50 orang. Dalam ramai-ramai tu sorang pun tak mampu bagi bukti atau berhujah dengan Mejar Zaidi? Seriously? Pandai tuduh tapi tak pandai sediakan bukti?

Selain dilempang, Mejar Zaidi juga dilemparkan dengan kata-kata kesat. Adab orang baru solat macam tu eh? Adab pejuang Islam?

Sepatutnya korang bincang, bahas, debat. Mejar tanya soalan, kau jawab. Lepas tu dengar pula penjelasan Mejar. Lepas tu ko bagi hujah balas pula. Mejar ada merit sebab dia lantikan Ketua Menteri. Dia boleh jawab dakwaan itu. Bukannya orang luar yang takde kaitan.

Barulah masyarakat tahu sapa betul sapa salah. Sapa benar sapa spin. Ini baru tanya soalan dah kena lempang laju-laju. Perjuangan. Keadilan. Islam. Syurga. Pahala. Tak lekang dari bibir tapi akhlak? Perbuatan, perkataan adalah mewakili diri kita. Kalau inilah sikapnya jangan ditanya kenapa non muslims kritik Islam sebaliknya tanyalah adakah aku hidup dengan menyakini Islam secara lisan atau menyakini Islam secara amalan? Tak guna sembang kencang bab Islam kalau amalan kau bertentangan dengan prinsip agama. Baru solat jumaat kot. Haizhhh.

AZMIN YANG BERHASRAT MENGEKALKAN KETIGA-TIGA EXCO PAS SEBENARNYA...!!!!

$
0
0
BUKAN ARAHAN SULTAN SELANGOR ?
Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard


Kita diberitahu, 3 Exco Pas dikekalkan dalam kerajaan negeri Selangor kerana Baginda Sultan yang mahukan mereka dikekalkan atau dalam kata lain tidak berkenan jika mereka dipecat.

Tetapi surat daripada Setiausaha Sulit Sultan menjelaskan sebaliknya, iaitu Sultan yang perkenan hasrat MB untuk kekalkan ketiga-tiga Exco Pas itu.

Sila rujuk warkah istana, di mukasurat 2 yang berbunyi begini.

"Baginda berkenan dengan hasrat Dato' Menteri Besar untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco daripada Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh pilihanraya umum akan datang.."Setiausaha Sulit Sultan Selangor.

25 Mei 2017.

 

SUMBER : Klik Sini

MEJER ZAIDI : TUDUHAN KONON KERAJAAN PULAU PINANG SEKAT FATWA; KENAPA BILA DIMINTA BUKTI, PENAMPAR YANG DIBERI?

$
0
0

https://m.youtube.com/watch?v=L68tcLyldA4

Semalam selepas solat Jumaat saya telah hadir meninjau satu himpunan berhubung isu fatwa di Pulau Pinang.  Terdahulu jemputan mengajak umat Islam menghadiri himpunan tersebut ditularkan melalui aplikasi whattsapp tanpa diberitahu siapa penganjurnya.

Sampai di sana saya lihat bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini aktif dalam NGO, Ustaz Hafiz Nordin (UHN) sedang menyampaikan ucapan. Peserta perhimpunan saya lihat sekitar 10 ke 15 orang, ada antaranya ahli/penyokong umno yang saya kenal, ada juga 2-3 orang yang memegang sepanduk medesak ADUN tunggal PAS, YB Salleh Man agar pindah kerusi (dalam DUN ke bahagian pembangkang bersama2 UMNO). Dalam ucapannya UHN menyatakan *"SEKAT FATWA TUAN-TUAN, FATWA NI BUKAN MAK BAPAK HANG PUNYA, FATWA NI ORANG ISLAM PUNYA"*. Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, sedangkan Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang telah berkali-kali menyatakan bahawa tiada campurtangan kerajaan negeri dalam isu fatwa dan kerajaan negeri tidak pernah menyekat mana-mana fatwa dari diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.

Saya lalu menghampiri beliau bermaksud meminta beliau menjelaskan lebih lanjut fatwa manakah yang disekat kerana nampaknya beliau lebih tahu dari SS Tuan Mufti sendiri. Apa yang mengejutkan sebaik saja mendengar soalan saya beliau memberi respon dengan menyatakan *"INI MEJAR ZAIDI, INI ORANG KECEWA"*. Beberapa orang penyokongnya telah menyerang saya dan salah seorang yang saya tidak kenal telah menampar muka saya sambil beliau dan yang lain-lain mengeluarkan kata-kata kesat seperti *"MAKAN DEDAK BABI", "ANJING DAP"* dan sebagainya lagi. Selepas itu saya terus berada di situ mendengar ucapannya sehingga habis. Dalam ucapannya juga UHN menggesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang menghentikan amalannya berbuka puasa bersama-sama umat Islam kerana bagi beliau tindakan itu adalah memperolok-olokkan Islam.

Saya tidak pernah mendengar mana-mana ulama mengeluarkan fatwa sedemikian malah SS Mufti-Mufti di seluruh negara malah seluruh dunia, tidak ada seorang pun yang pernah mengeluarkan fatwa menghalang seorang non muslim, apatah lagi seorang pemimpin untuk berbuka puasa bersama-sama rakyatnya sambil meninjau masalah-masalah yang di hadapi rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan juga kepada masjid dan surau.

Selepas beliau habis menyampaikan ucapan saya menghampiri UHN untuk bersalam dan mengulangi soalan saya yang sama iaitu *"FATWA MANA YANG DISEKAT? (OLEH KERAJAAN NEGERI)",* malangnya beliau enggan menjawab soalan saya. Seterusnya saya telah ditolak dengan kasar oleh penyokong-penyokong beliau dan bila saya mengulangi soalan saya mereka menjawab *"PI (PERGI) TANYA MUFTI HANG (KAMU)"* (Rujuk video kejadian). Bagi saya seorang ulama yang dihormati seperti UHN tidak sepatutnya melemparkan tuduhan liar kepada kerajaan negeri tanpa memberikan bukti yg kukuh. Paling saya kesalkan ialah di akhir ucapan beliau mengajak hadirin untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan negeri yang ada sekarang. Persoalannya adakah dengan satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti, malah SS Mufti Pulau Pinang sendiri telah menafikannya, hendak dijadikan alasan untuk menolak kerajaan negeri Pakatan Harapan sedangkan terbukti kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih baik berbanding kerajaan BN. Berikut antara buktinya:

1. Peruntukan untuk agama Islam (lebih RM400 juta) meningkat 84% berbanding semasa BN bagi tempoh yang sama.
2. KN telah memberikan sebidang tanah bernilai kira-kira RM80 juta untuk pembinaan sebuah kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap.
3. Memberikan bantuan kewangan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pusat Tahfiz, Pondok-Pondok dan Tadika Islam sedangkan semasa BN memerintah tiada langsung bantuan diberikan.
4. Memberikan bantuan Ehya Ramadan kepada masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang.

www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/08/mufti-sekali-lagi-nafi-campurtangan-kerajaan-dalam-fatwa/

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang
Ahli DAP

*LAIN-LAIN BANTUAN KEPADA RAKYAT PULAU PINANG (SEMUANYA TIADA SEMASA BN MEMERINTAH)*

Pulau Pinang (PP) adalah sebuah negeri kecil yg tiada minyak, gas, balak ataupun *KASINO*, tapi lihatlah apa yg telah kerajaan negeri di bawah Pakatan lakukan;

1. Hafiz Al Quran dapat RM500 setahun
2. Anak baru lahir dapat RM200
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP)
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200)
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun
6. OKU dapat RM100 setahun
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun
8. Warga emas dapat RM100 setahun
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali
14. Bantuan keluarga miskin. Kerajaan pusat bagi BRIM mulai 2012 kepada keluarga miskin ketika itu cuma RM500 setiap keluarga berpendapatan RM3000 kebawah.

TETAPI KERAJAAN PP BERI BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN *SECARA BULANAN* SEJAK 2009 LAGI*. Dan bantuan diberi mengikut bilangan isi rumah. Lebih ramai ahli keluarga maka lebih banyak bantuan yang akan dapat dengan *HAD MAKSIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SEBANYAK RM790 SETIAP KELUARGA SETIAP BULAN*. Kerajaan PP menetapkan bantuan per kapita sebanyak RM220 setiap seorang untuk kiraan Paras Garis Kemiskinan  (PGK). Contoh jika sebuah keluarga mempunyai 10 anggota maka PGK keluarga tersebut ialah RM220 x 10= RM2200. Maknanya keluarga tersebut memerlukan RM2200 sebulan untuk keluar dari PGK. Bantuan akan diselaraskan oleh agensi bantuan lain terlebih dahulu iaitu JKM dan Zakat PP (ZPP). Jika bantuan yg diberikan oleh JKM dan ZPP masih belum mencukupi barulah kerajaan PP akan *TOP-UP* dengan syarat sumbangan kerajaan tidak melebihi RM790 setiap keluarga. Sekarang lebih 1400 keluarga menikmati bantun bulanan ini yg dipanggil Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan paling mengejutkan lebih 80% penerima bantuan AES adalah keluarga Melayu/Islam. Lain2 bantuan yg boleh dimohon melalui program AES ialah;

1. Bantuan baiki/bina baru rumah
2. Bantuan membeli peralatan utk membesarkan perniagaan
3. Rawatan dialisis percuma

Pulau Pinang juga ada kolej agama bertaraf antarabangsa iaitu Kolej Islam dan Teknologi Antarabangsa (KITAB) bersebelahan masjid negeri di Air Itam

Berbeza dengan kerajaan pusat yg walaupun memberikan bantuan BR1M kepada rakyat namun ianya dibuat dalam keadaaan kerajaan pimpinan najib terus membuat hutang yang semakin membengkak dari hari ke hari. Paling mengejutkan apabila Ahli Parlimen PJ Tony Pua telah mendakwa bahawa hutang negara bakal melepasi RM1 trillion (rm seribu bilion) tidak lama lagi;

https://www.youtube.com/watch?v=eSpaaTCLk7c

Kerajaan Pulau Pinang sebaliknya terus menunjukkan rekod cemerlang dalam pengurusan ekonomi hasil polisi Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Antara pencapaian penting KN Pulau Pinang sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara dan Transparency International adalah;

1. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tempat *TERCOROT* semasa zaman BN ke tempat *PERTAMA* dalam masa 8 tahun sahaja selepas mengambilalih.

2. Lebihan belanjawan terkumpul berjumlah RM574 juta utk tempoh 8 tahun memerintah berbanding hanya RM373 juta sepanjang 50 tahun BN memerintah.

3. Aset rizab negeri juga telah meningkat hampir dua kali ganda dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion.

4. Hutang kerajaan negeri telah dikurangkan 90 peratus menjadi RM69 juta menjadikan Pulau Pinang negeri terendah hutang dengan kerajaan pusat berbanding hutang paling tinggi Pahang (RM2.9 bilion), Sabah (RM2.3 bilion) dan Kelantan (RM1.3 bilion).

5. Jumlah pelaburan sektor pembuatan meningkat 87% daripada RM29.4 bilion semasa BN (2000-2007) kepada RM54.9 bilion (2008-2016) dengan 106, 583 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.

6. Kadar pengangguran terendah di Malaysia iaitu 1.7% dengan ribuan pekerja dari negeri luar berhijrah ke Pulau Pinang mencari pekerjaan termasuk dari Kelantan dan Terengganu.

EXCO AGAMA PENANG SANGGAH PRESIDEN PAS

Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang

Saya merujuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam media yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negeri ini.
.
Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun Mac 2008, Syiar Islam terus berkembang subur jauh melebihi kerajaan terdahulu.
.
Bajet hal ehwal agama, misalnya pernah  mencecah sehingga 300 peratus melebihi bajet agama  sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Gerakan iaitu  rakan politik Umno.  Sehinggakan pimpinan Gerakan pernah mengecam secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri, khususnya DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN.  Bajet agama ini, sehingga kini tidak berkurang daripada keperluan semasa.
.
Selaku Exco Agama, saya ingin memaklumkan perkembangan pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu berdasarkan keupayaan kewangan negeri. 
.
Selain bajet tahunan untuk Hal Ehwal Agama,  disediakan bajet khusus untuk institusi pendidikan Islam itu. Sehingga kini, lebih RM14 juta telah disalurkan untuk tujuan itu. Bahkan guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan Islam menerima bonus tahunan yang tidak pernah diterima sebelum ini.
.
Bajet dan sumbangan itu, tidak termasuk pembinaan masjid, surau dan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang ketara berbanding kerajaan terdahulu.
.
Program-program agama diperkenalkan. Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin, adalah antara beberapa program untuk mengangkat martabat Umat Islam. 
.
Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau berkembang subur. Para pendakwah dan ustaz-ustaz tidak disekat hanya kerana berbeza fahaman politik dengan kerajaan negeri.  Amalan yang tidak pernah berlaku pada zaman BN, di mana para ustaz PAS dihalang mengajar dan berkuliah di masjid dan surau di Pulau Pinang.
.
Bahkan, bekas  Pesuruhjaya PAS, Dato’ Salleh Man yang kini sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di masjid pada zaman Barisan Nasional.
.
Pulau Pinang akan membina Hospital Islam setinggi 14 tingkat, yang pertama di negeri ini. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri  pada bulan Disember lalu. Projek pembinaan akan dimulakan pada Mac depan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.  Sementara, pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.
.
Sebelum itu, kerajaan negeri telah menganugerahkan sebidang tanah bernilai lebih RM80 juta bagi pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat, yang tersergam indah dan megah di Jalan Scotland.  Ini adalah sebahagian usaha untuk memartabatkan Melayu dan Islam di negeri ini.
.
Sejak tahun 2008, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ingin mempelajari  contoh pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, antaranya mengutarakan polisi ‘amar maaruf nahi mungkar’ dan  pembasmian kemiskinan.  Atas semangat itulah, kerajaan negeri melaksanakan ‘ Program Pembasmian Kemiskinan Tegar’ bagi menghapuskan miskin tegar di kalangan rakyatnya, tanpa mengira kaum dan agama. 

Mana mungkin, Presiden PAS gagal melihat pencapaian dan pembaharuan ketara antara kerajaan Pakatan Harapan  Pulau Pinang dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
.
Hakikatnya, syiar Islam terus subur di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan PKR. Melayu dan Islam akan terus terbela di Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA
YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM
27 JANUARI 2017

*ORANG MELAYU SEMAKIN MISKIN DI PULAU PINANG? LIHAT STATISTIK KUTIPAN ZAKAT DI P PINANG*

2007 (BN) kutipan zakat 34 juta pembayar 46 ribu org
2008: 38 juta 48 ribu pembayar
2009: 49 juta/ 50 ribu
2010: 49.2 j/52 ribu
2011: 58j/55 ribu
2012: 72j/56 ribu
2013: 81j/60 ribu
2014: 82j/62 ribu
2015: 88j/63 ribu
2016: 91juta

MEJAR ZAIDI
0174164728

#VIRALKAN DEMI KEEBENARAN. TKSH

‘Saya sudah bakar jambatan dengan Umno’ – Dr Mahathir

$
0
0


PUTRAJAYA: Dengan sejarah “keluar masuk” Umno sepanjang karier politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keluarnya beliau pada kali ini adalah untuk selama-lamanya.

Dalam wawancara bersama FMT, bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah “membakar jambatan” dengan parti yang dipimpinnya sejak sekian lama.

“Saya sudah membakar jambatan (dengan Umno),” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

“Hakikatnya tiada lagi Umno yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar, yang dipimpin Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein, itu Umno tulen. Sekarang ia bukan lagi Umno, tetapi alat Najib untuk pertahan diri guna duit,” katanya.

Segelintir dalam pembangkang juga ada merasakan keberadaan Dr Mahathir dalam barisan pembangkang hanyalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada kedudukan presiden Umno sebelum menyertainya kembali.

Kebimbangan itu memandangkan Dr Mahathir pernah 2 kali keluar daripada Umno sebelum ini.

Kali pertama adalah pada 1969, apabila beliau dipecat selepas pertelagahannya dengan Tunku Abdul Rahman ekoran kritikannya terhadap pentadbiran ketika itu.

Beliau menyertai parti itu 3 tahun kemudian selepas Tun Abdul Razak mengambil alih pentadbiran negara.

Kali ke-2 pada 2008, di mana beliau sendiri mengisytiharkan keluar daripada parti Melayu itu dalam usahanya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada jawatan perdana menteri.

Sekali lagi, beliau menyertai semula Umno setahun kemudian. “Walaupun saya di luar, hati saya tetap bersama Umno,” katanya ketika menghantar borang keahlian kepada Najib ketika itu.

Namun kali ini, hati Mahathir bersama parti yang ditubuhnya beberapa bulan yang lalu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ketika zaman Tunku, saya dikeluarkan. Tetapi saya tidak sertai, tidak sokong parti lain. Demikian juga bila saya keluar di zaman Pak Lah.

“Tetapi kali ini saya bukan sahaja keluar dari Umno, tetapi menentang dan tubuh parti lain untuk menjatuhkan Umno,” katanya dalam wawancara selama sejam itu.

Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah Ali keluar Umno pada Mac tahun lalu bagi membantah pentadbiran Najib, khususnya berkaitan isu 1MDB dan dakwaan RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya melalui syarikat berkaitan 1MDB.

Tidak lama selepas itu, Naib Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin Mahathir akan pulang ke pangkuan parti seperti sebelum ini.

Ketika ditanya berhubung perkara itu, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku.

“Tak boleh (kembali) dah, Umno sudah rosak…seluruh Umno sudah korup (dan bukan sahaja Najib).

“(Malah) budaya Umno itu kita tidak mahu bawa masuk ke dalam parti kita,” katanya.

Syukur Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan, Harga ayam, daging naik di Pasar Alor Setar

$
0
0
 ayam
ALOR SETAR - Hari pertama Ramadan mendapati harga ayam bersih di sini meningkat kepada RM8.50 sekilogram (kg) berbanding RM7.80 kg sebelum ini.

Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini mendapati, kebanyakan peniaga memberikan alasan ia disebabkan kenaikan harga ladang sejak tiga hari lepas.

Peniaga ayam, Mohd Lutfi Abdul Ghani, 57, berkata sejak berlaku kenaikan harga itu, dia mengehadkan stok kepada 70 ekor ayam sehari kerana khuatir tidak habis berbanding 100 ekor ayam sehari sebelum ini.

"Memang ada pengguna merungut, tetapi ada juga yang faham. Kami peniaga tak boleh buat apa sebab harga ayam di ladang pun dah mahal, dulu harga ladang RM5.90 tetapi kini naik sehingga RM6.40. Penternak memberikan alasan kenaikan itu disebabkan harga makanan ayam naik dan petrol dan diesel naik menyebabkan kos pengangkutan naik," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Seorang lagi peniaga ayam, Wan Ahmad Fauzi Wan Ramli, 46, berkata, kenaikan harga ayam ketika ini turut berpunca daripada permintaan ayam yang meningkat daripada pengguna ekoran kenaikan harga ikan kembong.

Sementara itu, seorang pengguna, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, 47, berkata, kenaikan harga ayam amat mengecewakan dan membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai.

"Terpaksa beli lah untuk keluarga... harga naik, turun pun terpaksa beli ," katanya.

Tinjauan juga mendapati tiada seorang peniaga pun yang menjual ikan kembong di pasar terbabit dan hanya terdapat ikan tongkol, selayang, cencaru, tamban, jenahak dan nyok-nyok.

Harga bagi ikan tongkol kini RM10 bagi setiap sekilogram berbanding RM8 kg, ikan selayang RM10 berbanding RM7, ikan cencaru RM9 (RM8), ikan tamban RM5 (RM4), ikan jenahak dan ikan nyok-nyok RM28 kg berbanding RM24 kg.

Tinjauan juga mendapati harga daging lembu tempatan naik kepada RM32 kg berbanding RM29 hingga RM30 sebelum ini.

Beberapa pengguna yang ditemui meminta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah dapat membuat pemantauan untuk membendung kenaikan yang mendadak itu. - Bernama

SADA ohh SADA...masalah ayaq lagi...

$
0
0
Sambut bulan puasa tanpa air

Sambut bulan puasa tanpa air

YAN - Kira-kira 300 penduduk Kampung Seberang Jaya Satu, Yan runsing masalah bekalan air masih tidak selesai memandangkan umat Islam akan mula berpuasa.

Penduduk yang ditemui, Che Nen Don, 51 berkata, sudah empat hari air tidak ada dan ini menyusahkan mereka.

Menurutnya, sebelum ini bekalan air ada, cumanya kadang-kadang air yang dibekalkan agak perlahan.

Katanya, penduduk tiada masalah jika tekanan air rendah namun runsing jika bekalan terputus.

"Penduduk hanya mendapat bekalan air dari lori Syarikat Air Darul Aman (Sada) petang semalam sahaja.

“Lori hanya mai hantar air semalam sahaja, tiga hari sebelum ini kami memang langsung tak ada air,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Jaya Satu, Yan semalam.

Che Nen berkata, dia terpaksa pergi ke rumah ayahnya yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya untuk mandi.

“Saya akan pi rumah ayah untuk mandi dan ambil bekalan air di sana untuk kerja-kerja membasuh.

“Paling susah adalah air untuk berwuduk. Saya terpaksa membeli air mineral untuk ambil air sembahyang,” katanya.

Che Nen yang mempunyai lima orang anak berkata, keadaan ini sangat sukar kerana dia mempunyai anak yang masih kecil.

Penduduk, Shabana Shafie, 45, berkata, keadaan ini telah menjejaskan rutin harian dirinya.

“Sebelum ini kami memasang pam elektrik untuk menarik air, tetapi air masih perlahan walaupun ada.

“Berbeza pada kali ini, air langsung tidak ada dan lori Sada pula hanya menghantar air dalam jumlah yang sedikit,” katanya.

Katanya lagi, rumahnya yang terletak di hujung kampung menyukarkan proses lori untuk menghantar air.

"Bila lori mai hantar air, rumah depan sahaja yang sempat mendapat bekalan. Kami yang berada di hujung kampung kadang-kadang tidak mendapat air.

Menurut Shabana, dia turut runsing memikirkan hendak menyambut bulan puasa.

“Macam mana nak memasak kalau air setitik pun tiada,” katanya.

Penduduk, Natrah Hasan, 60 berkata, dia merupakan ibu tunggal yang menjaga tiga orang cucu yang berusia 12 hingga 18 tahun.

“Pada hari Khamis lalu, cucu saya tak mandi ke sekolah.

“Nak buat macam mana, air tiada. Nak ponteng sayang pula sebab hari terakhir persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Mohd Noor Mahmud berkata, sebanyak 60 buah rumah terjejas dengan masalah ketiadaan air ini.

“Jangan kata penduduk kampung terjejas, peniaga kedai makan pun turut terjejas sehingga terpaksa menutup perniagaan mereka.

“Nak meniaga macam mana kalau air pun tiada,” katanya.

Kedah catat peningkatan kes demam denggi

$
0
0
 Demam denggi
ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 88.3 peratus kes demam denggi atau 629 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 20 Mei lepas, berbanding 295 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata terdapat dua kes kematian akibat denggi berbanding satu kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sembilan daerah didapati menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu Kuala Muda (261 kes berbanding 134 kes), Kulim (157 berbanding 51), Baling (63 berbanding 60) dan Kubang Pasu (41 berbanding 16).

Daerah lain ialah Kota Setar (31 berbanding 29), Sik (23 berbanding 5), Langkawi (20 berbanding 9), Padang Terap (11 berbanding 2) dan Bandar Baharu dengan 11 kes berbanding tujuh kes tahun lepas.

"Dua daerah yang menunjukkan penurunan kes ialah Pendang dengan tujuh kes berbanding 14 kes dan Yan dengan empat kes berbanding tujuh kes tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat 13 lokaliti wabak denggi yang masih aktif di daerah Kuala Muda iaitu di Taman Kempas, Taman Ria Jaya Zon 1, Kampung Huma, Taman Berangan, Taman Sri Pinang, Taman Keladi Zon A, Taman Arked, Taman Ria II, Kampung Pengkalan Lebai Man, Taman Ria Jaya Zon H, Taman Sri Tanjung, Taman Kelisa Ria dan Taman Arked.

Di daerah Kulim pula terdapat dua lokaliti wabak denggi aktif iaitu di Taman Kangkong 1 dan Taman Makmur, manakala satu lokaliti wabak dikesan di daerah Kubang Pasu yang masih dalam keadaan terkawal dan dijangka tamat dalam masa terdekat.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata, dari 1 Januari hingga 20 Mei tahun ini, sebanyak 154 kes melibatkan penyakit Chikungunya yang melibatkan empat daerah telah dicatatkan iaitu di Kuala Muda (80 kes), Baling (72 kes) serta Kulim dan Kubang Pasu masing-masing dengan satu kes.

Dr Norhizan berkata dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 207,069 premis dan mendapati terdapat 4,249 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

"Kami mengeluarkan 2,164 kompaun berjumlah RM1,082,000 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dan 385 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 236,733 premis di seluruh Kedah dan 45,176 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

"Keadaan cuaca tidak menentu boleh meningkatkan risiko penularan demam denggi dan Chikungunya, jadi masyarakat diminta supaya sentiasa memastikan kediaman mereka bebas daripada tempat pembiakan Aedes dengan memusnahkan tempat pembiakan aedes bagi mengatasi kes denggi di negeri ini," katanya. - Bernama

Cubaan sabotaj pelancongan Pulau Pinang dengan menyebarkan fitnah menerusi sebuah program yang tidak wujud.

$
0
0
 Cubaan sabotaj pelancongan Pulau Pinang
GEORGETOWN - Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa tidak berpuas hati terhadap sektor pelancongan Pulau Pinang bertindak menyebarkan fitnah menerusi sebuah program yang tidak wujud.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihak terbabit juga dilihat cuba untuk sabotaj dan memudaratkan kerajaan negeri dengan membuat pembohongan melalui program yang tidak pernah dianjurkan di Batu Feringghi di sini.

Guan Eng juga berkata, beliau difahamkan hotel terbabit sudah membuat laporan polis ke atas perkara itu.

"Ini satu lagi fitnah jahat yang cuba untuk memburukkan nama kerajaan negeri dan hotel terbabit. Saya sudah arahkan satu laporan dibuat kerana mendapati ada pihak termasuk individu tertentu telah menyebar maklumat palsu ini.

"Dalam posting itu juga, kita mendapati ia menyebut Penang Tourism yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri. Saya tegaskan disini, kerajaan negeri dan hotel tidak mempunyai kaitan malah saya difahamkan, program itu tidak ada pun," katanya kepada media di Majlis Amal Rock-A-Duck di Batu Feringghi semalam.

Menurutnya, maklumat yang disebarkan itu adalah berita palsu yang cuba menimbulkan kebencian di antara kaum dan agama.

"Saya rasa mungkin ada iri hati dengan perkembangan dan pembangunan pelancongan negeri yang kian pesat. Sebab itu golongan ektremis ini guna taktik ini untuk sabotaj dan timbulkan kebencian di antara kaum dan agama.

"Saya harap polis ambil tindakan segera ke atas pihak dan individu yang menyebarkan berita palsu ini. Kelakuan seperti ini telah mencemarkan bulan Ramadan yang baharu disambut umat Islam," katanya.

Terdahulu, satu posting menjadi viral di laman Facebook berhubung acara hiburan anjuran sebuah hotel dan dengan kerjasama Penang Tourism iaitu National Martubation Month bertemakan 'May has cum' akan diadakan pada 28 May 2017 (hari ini).

Posting yang didakwa palsu itu mendapat pelbagai reaksi pembaca termasuk mengecam penganjur dan kerajaan negeri.

Projek Lembah Binjai: Penduduk dakwa Adun Pas tipu

$
0
0
 Penduduk Lembah Binjai membuat laporan polis terhadap Fattah dan Mumtaz
Sebanyak 14 keluarga yang rumah mereka diambil untuk memberi laluan kepada projek pelancongan Lembah Binjai membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Mat Nawi dan Exco Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana berbohong berkaitan projek berkenaan.

"Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Mumtaz Mat Nawi telah berbohong menyatakan majoriti daripada kami telah bersetuju dengan pengambilan tanah kami untuk projek Lembah Binjai," kata mereka melalui laporan polis di balai polis Binjai Kelmarin.

Menurut laporan itu Abdul Fattah membuat pembohongan itu pada 17 Mei manakala Mumtaz melakukan perkara yang sama pada 19 Mei lalu.

Menurut laporan itu, pemilik-pemilik tanah tidak pernah menerima wakil sama ada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) atau syarikat yang diberi kuasa datang memaklum, berbincang atau menyampaikan maklumat tentang pengambilan berkenaan.

"Kami hanya sedar maklumat ini melalui media setelah berlakunya pewrtaan," kata Abdul Rahman Awang Mat yang mewakili penduduk terlibat membuat laporan polis itu.

Kenyataan bohong itu katanya,cuba menutup cara pengambilan yang tidak mengikut prsedur.

"Ini satu sikap zalim yang merugikan pihak kami kerana tidak ada apa-apa persetujuan dengan projek dan kos pengambilan.

"Harga tawaran pengambilan amat rendah berbanding harga pasaran," katanya.

Beliau berharap pihak polis segera membuka fail siasatan berkaitan penganiayaan yang dilakukan terhadap penduduk terlibat.

Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) bernilai lebih RM100 juta bagi melaksanakan Pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fattah Mahmood, dilapor berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu akan membabitkan pembangunan perumahan dan pasar baru Kubang Kerian bagi fasa pertama.

Bekas penasihat undang-undang Pas umum sertai Amanah

$
0
0
Hisham Fauzi...saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah
Tampil berkongsikan rasa kecewanya terhadap Pas, peguam Hisham Fauzi memberitahu tiga daripada enam Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan telah menyertai Amanah.

Hisham Fauzi Bekas penasihat undang-undang Pas itu tidak dapat lagi menerima sikap Pas pada masa ini yang gagal bertindak menyuarakan kesempitan ekonomi rakyat.

"Saya salah seorang enam daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan. Kita dalam jawatankuasa membincangkan bagaimana untuk melaksanakan syariah di Malaysia.

"Tapi daripada enam itu, tiga sudah masuk Amanah. Dr Zulkarnain, peguam Tarmizi dan malam ini saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah," ujarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Pengkalan Chepa, 25 Mei lalu.

Beliau menyifatkan pemimpin Pas termasuk ahli parlimen parti itu hanya seperti "pasu bunga" kerana tidak menunjukkan pendirian jelas membela rakyat dan masa depan negara.

"Negara kita sedang bermasalah, sikap ulamak dan parti Islam macam mana? Apa yang menyebabkan saya sedih dengan Pas, bila Najib bentang belanjawan 2017.

"Bila pembangkang-pembangkang lain membantah, undi tolak bajet tetapi wakil-wakil Pas berkecuali sedangkan kita mahu tunjukkan pada Najib yang kita marah pada BN.

"Tiba-tiba kita pergi Parlimen jadi pasu bunga, pergi duduk saja. Kita dibayar gaji berbelas ribu sebulan, pergi ke parlimen sepatutnya bawa jerih perih, tangis rakyat cakap pada Najib, rakyat susah. Nak undi tolak bajet Najib pun tak berani," bidasnya.

Turut mengecewakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) itu apabila Pas enggan turut serta dalam desakan pilihan raya bersih dan adil.

"Apabila dihimpun gerakan Selamatkan Malaysia, kutip sejuta tandatangan kepada Agong, nyatakan bantahan kepada Najib, Pas juga berkecuali.

"Kita bantah pilihan raya yang berat sebelah, Bersih 5 mengadakan bantahan sikap tegas kepada kemungkaran tetapi sekali lagi Pas berkecuali. Ini adalah sikap mengecewakan," jelas bekas timbalan pengerusi lajnah undang-undang Pas Pusat itu.

Mengulas isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), Hisham berkata, usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas itu tidak menuruti pendekatan yang sewajarnya.

"Apa yang Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) buat pada sidang lepas, baca tajuk baru. Sebelum ini, tiga kali tangguh. Kalau Speaker kata boleh bahas, baru boleh bahas pada sidang akan datang.

"Kalau tak bahas, undi, bila lepas undi, pada masa itu, usul tersebut akan diberi kepada menteri yang berkenaan iaitu dalam kes ini Jamil Khir.

"Usul Marang akan diberi kepada menteri berkenaan sama ada undi untuk pinda, baiki, tambah atau potong. Serah pada menteri juga, peguam negara buat draf baru," jelasnya.

Beliau memberitahu terdapat 18 anggota jawatankuasa teknikal persekutuan yang dianggotainya termasuk wakil kerajaan pusat, penjara, polis, peguam negara, mahkamah dan Parlimen.

"Kita kena menghadap Raja-raja Melayu terlebih dahulu sebab bidang kuasa mahkamah syariah ini duduk bawah majlis raja-raja. Raja tandatangan, bentang di parlimen, tiada ahli parlimen Melayu bantah.

"Ini kaedah sebenar. Bila Pas bawa kucar-kacir habis. Himpunan (di Padang Merbok di ibu negara) bukan perkara yang dipersetujui (jawatankuasa)," ujarnya.

Sehubungan itu, Hisham mengajak rakyat terus menolak Umno-BN pada pilihan raya akan datang selain menggesa Pas berterus-terang menyatakan pendirian sebenar mereka.

"Kita mahu parti yang jelas sikapnya kepada Umno-BN. Kalau musuh, katakan musuh. Kalau duduk dalam, duduk dalam. Kalau duduk luar, duduk luar.

"Getah harga sekarang berapa? Kena fikir masalah rakyat. Masa depan negara nak letak di mana. Saya merayu kita istiqamah menentang Umno-BN," tambahnya lagi.

Terengganu belum sedia laksana hudud - MB

$
0
0
Mercu tanda Kuala Terengganu
Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).

“Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355… jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan kira-kira 1,500 bungkus bubur lambuk sumbangan sebuah syarikat korporat kepada orang ramai di Masjid Abidin hari ini.

Ahmad Razif mengulas kenyataan Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, semalam.

Ghazali turut berkata Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata kadar jenayah di Terengganu juga kini semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.

“Mungkin itu pandangan peribadi beliau (Ghazali) secara umum terhadap peruntukan yang pernah kerajaan negeri luluskan sebelum ini,” katanya.

Terengganu hingga kini masih belum melaksanakan Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

PAS sekarang bukan sama dengan PAS yang dahulu...!!

$
0
0

Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.

Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.

"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.

"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.

"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.

Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"

Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.

Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Maafkan sempena Ramadan

Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.

"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.

"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.

Wan Ji yang juga ketua Biro Agama Pemuda PKR berkata, orang bukan Muslim perlu faham bahawa Islam tidak mengajar permusuhan.

"Orang bukan Islam tidak sepatutnya menganggap tindakan pengganas Daesh sebagai tindakan Islam," katanya.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata kadang-kadang seseorang boleh bertindak di luar kewarasan di media sosial.

"Saranan saya, kita sama-sama maafkan komen sebegitu terutama semasa Ramadan yang mulia ini," katanya.

Shazni bagaimanapun berkata, ada kemungkinan perlakuan itu berlaku akibat pengaruh pemimpin atasan PAS yang akhir-akhir ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa yang dianggap kasar.

"Malah tiadanya tindakan terhadap pemimpin peringkat pertengahan yang seolah-olah menghukum sesiapa yang tidak menyokong RUU355 untuk ditanam di jirat memburukkan lagi keadaan," katanya merujuk kepada suatu klip video yang tular baru-baru ini.

Video itu adalah rakaman kuliah seorang anggota PAS peringkat kawasan di Kedah.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, yang dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Salehhuddin untuk mendapatkan gambaran sebenar.

"Saya tak boleh komen dulu sebab nanti boleh jadi konflik pulak.

"Biar saya tengok dan hubungi beliau," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Salehhuddin dan sedang menunggu reaksi daripada beliau.

MALAYSIAKINI

ALAHAI IDRIS AHMAD... apabila naib presiden PAS mengeloh....

$
0
0

ALAHAI IDRIS AHMAD.....

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya mengeluh mengenai apa yang didakwanya sebagai pilih kasih tentang hubungan parti itu dengan UMNO berbanding pemimpin DAP berbuat perkara yang sama.

Kata beliau, jika ada pemimpin Pas bergambar atau minum teh bersama pemimpin UMNO, ia segera dituduh mereka mahu masuk UMNO. 

Tetapi, tambahnya,  jika pemimpin DAP berpegang tangan dengan pemimpin UMNO, tidak pula timbul tuduhan mereka itu bersekongkol dengan UMNO.

"Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan UMNO. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan pun tidak ada masalah," kata Idris lagi.

Alahai Idris...mengeluh atau buat-buat tak faham?

Perbezaan penilaian itu bukan bermakna adanya pilih kasih, tetapi beza antara kedua-duanya memang nyata.

Memang ada pemimpin DAP hadir bersama pemimpin UMNO dalam program atau majlis tertentu, tetapi ia lebih melibatkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan atau program berkaitan kerajaan saja.

Selalunya pula, selepas berakhir majlis itu, ia habis di situ saja. Bermakna, baik pemimpin DAP atau pemimpin UMNO yang hadir bersama itu, mereka sedar keberadaan mereka adalah semata-mata kerana tugas sebagai pemimpin kerajaan semata-mata.

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika Pas Kelantan dipimpin oleh Nik Aziz Nik Mat dahulu. Ketika itu, atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memang beberapa kali hadir bersama Perdana Menteri dalam program-program kerajaan.

Namun, sama seperti seperti kehadiran pemimpin DAP bersama pemimpin UMNO tadi, kehadiran Nik Aziz itu tidak pernah sekali pun dispekulasi macam-macam oleh orang ramai.

Kenapa?

Sebabnya, sebagaimana yang terzahir oleh tindakan pemimpin DAP itu, Nik Aziz juga tahu batas dan peranannya sebagai pemimpin kerajaan bila berurusan dengan pemimpin UMNO.

Kenapa pula kehadiran pemimpin Pas sekarang bersama pemimpin UMNO ditafsir berbeza?

Jawabnya, lihatlah gelagat pemimpin-pemimpin Pas hari ini.

Pemimpin Pas sekarang, sebaik saja dapat bergambar bersama, minum teh bersama, berbaju merah jambu bersama, berjubah putih bersama atau ke London mencari teh tarik bersama, mereka nampaknya jadi tunduk, layu dan terkulai atas segala kemungkaran, salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan atau melibatkan pemimpin utama UMNO.

Kemudian menyusul pula kenyataan-kenyataan seperti ingin menjadi penasihat kerajaan, tidak mahu berebut kuasa dengan UMNO, jangan bermusuh dengan UMNO sampai ke akhirat, tidak pernah menganggap UMNO musuh sesama Islam, tidak lagi mahu berkasar dan "bom" UMNO serta sebagainya lagi.

Sudahlah tidak lagi menegur, sebaik saja dapat bergambar atau minum teh bersama, nada suara juga jadi berubah seolah-olah UMNO yang pernah dikafirkan dulu, tiba-tiba sudah jadi lebih mulia meskipun diketahui mereka itu dilingkari skandal kewangan yang bertahap mega.

Kecuali Tuan Ibrahim Tuan Man yang kekal lantang bersuara, menegur dan mengkritik, pemimpin-pemimpin Pas yang lain, termasuk Idris sendiri pun, hampir tidak lagi bercakap mengenai salah laku, pembaziran, penyelewengan dalam  kerajaan pusat, UMNO dan yang berkaitan Najib Razak.

Hadi Awang sendiri, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli, hanya sekali pernah menyebut mengenai 1MDB di Parlimen dan setelah tampil sedondon, terus tidak bersuara lagi mengenai skandal kewangan yang diperkatakan di seluruh dunia itu.

Ia berbeza dengan pemimpin DAP, meskipun ada pemimpinnya bergambar, berpegang tangan atau berlaga perut dengan pemimpin UMNO, namun mereka kekal konsisten dan tidak berubah dari segi menegur, mengkritik atau membongkar penyelewengan dalam kerajaan dan demi kepentingan rakyat.

Jadi, sebelum Idris terus mengeluh, belilah dulu sebuah "cermin besar" untuk melihat perubahan pemimpin-pemimpin Pas sejak mereka dapat peluang berbaik-baik dengan Najib dan UMNO ini serta membandingkannya dengan pemimpin DAP dalam konteks yang sama.

Di situ pasti Idris dengan mudah dapat jawapannya. (ShahbudinHusin 29/05/2017).

Viewing all 19707 articles
Browse latest View live