Quantcast
Channel: KDL
Viewing all 19707 articles
Browse latest View live

PAS tiada peluang jadi progresif, kata ahli seumur hidup Wan Saiful

$
0
0
Wan-Saiful
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata beliau masih merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Saya masih bawa kad ahli PAS saya ke mana-mana, kerana keahlian adalah seumur hidup,” katanya pada persidangan antarabangsa anjuran Istanbul Network di sini di mana beliau membentangkan kertas kerja mengenai hala tuju parti Islam itu.

Bagaimanapun, Wan Saiful menjangkakan beliau akan disingkir keahliannya.

“Lambat laun mungkin mereka akan pecat saya… tetapi saya tunggu mereka pecat saya,” katanya.

Wan Saiful menyertai PAS pada 1997 ketika masih belajar.

Badan pemikir beliau, Ideas, kerap dikaitkan dengan pendekatan liberal, sesuatu yang kerap diserang PAS.

“Semua orang pernah buat salah,” katanya bergurau merujuk keputusannya menyertai PAS.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Evolusi Islamisme dalam Politik Malaysia: Perpecahan Parti Islam SeMalaysia dan Penyebaran Idea Progresif”, Wan Saidul berkata PAS tidak akan sesekali bertukar menjadi parti progresif.

Sebaliknya, kumpulan yang cuba membawa idea progresif dalam parti itu kini tersingkir dan membentuk Amanah.

“Ada yang kata antara 1998 hingga 2010, PAS berubah menjadi lebih progresif dan golongan progresif diberikan jawatan dalam parti.

“Golongan itu bagaimanapun dalam pemilihan ketika muktamar mereka pada 2015 ditendang keluar kerana dilihat terlalu berpengaruh,” katanya.

Wan Saiful berkata, dalam senario di Malaysia, tiada kumpulan yang benar-benar progresif.

Begitu juga, tambahnya, Amanah hanyalah membawa fahaman neo-konservatif.

“Bagi saya progresif ini mengatakan mengenai tanggungjawab individu, di Malaysia parti politik masih memperkatakan tanggungjawab mereka kepada rakyat,” katanya.

“Progresif di Malaysia masih belum menjadi ‘arus perdana’,” tambahnya.

Pas Kedah terus diserang "bena perang"

$
0
0
SESUDAH SUBUH

https://assets.bharian.com.my/images/articles/27amirr.transformed.jpg
Amiruddin serah borang keahlian PPBM.

Berita besar dalam jelumu politik negara dan sedikit memeranjatkan semalam ialah tindakan Ketua Pembangkang Pas di DUN Kedah, Ir Amiruddin Hamzah yang keluar meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).

Keterkejutan besar ialah bagi Pas, manakala terkejut kecil ialah bagi orang-orang Amanah. Penyertaan Amiruddin itu memberi pukulan buat Pas Kedah. Walaupun kata seorang pemimpin Pas Kedah tindakan Ir Amiruddin itu sudah dijangkakan kerana beliau sudah lama berada dalam majlis-majlis Pakatan Harapan tetapi ia tetap sesuatu mengejutkan.

Kenyataan atau ulasan pemimpin Pas itu bak kata orang hanya untuk memaniskan mulut sahaja tetapi peritiswa itu tetap menyakitkan hati. Ianya bagaikan si musang tidak dapat anggur dikatakan anggur itu masam. Begitulah sikap Pas dalam menerima takdir menimpanya ekoran keluarnya Amiruddin.

Pas Kedah khasnya terpaksa mencari alasan tepat untuk membalas tindakan itu serta meredakan perasaan kecewa ahli dan penyokongnya dengan tidakan Amiruddin yang mengejutkan itu.

Kalau benar pemergian Amiruddin itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Pas, buat apa timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memberi reaksi segera dengan nada mengugut Amiruddin memberi ingatan berkenaan dengan baiah (bahalul)? Untuk apa. Bukankah ingatan terhadap sesuatu yang "bahalul" itu untuk menekan Amiruddin?

Begitu juga kalau Pas Kedah sudah menduga apa yang berlaku kenapa dikekalkan lagi Amiruddin sebagai ketua pembangkang. Kalau Pas Kedah bijak sudah tentu ia menukar Amiruddin dengan wakil lain, biarkan Amiruddin keluar tanpa memegang title Ketua Pembangkang. Tindakan itu juga dilihat yang Pas dapat mengesan gatal dalam kain sarung.

Kata Tuan Ibrahim, Amiruddin masih ada tanggungjawab terhadap baiah yang dilafazkan. Tampaknya Tuan Ibrahim mahu menggunakan baiah itu sebagai suatu hukum dari Allah terhadap Amiruddin yang meninggalkan Pas seperti mana dikenakan kepada wakil rakyat Pas lain yang meninggalkan parti tersebut.

Cukuplah Tuan Ibrahim, hentikan menggunakan hukum agama untuk dijadikan tali rapuh mengikat ahli-ahli Pas. Berpolitiklah dengan rasional dan menggunakan akal yang sihat. Eara mengikat orang dengan menggunakan agama sudah pun berlalu. Hari ini golongan yang arif mengenai hal ehwal agama dan hukumnya bukan lagi hanya terdiri daripada pemakai serban dan kopiah putih.

Sudah pasti sebelum membuat keputusan Amiruddin sudah berfikir panjang dan telah mendapat keputusan jelas (yakin) berhubung apa yang bimbangi oleh Tuan Ibrahim itu. Bagi Adun Anak Bukit itu sudah tentu dia telah yakin bahawa baiah itu tidak memakan diri dan ia sesuatu helah politik semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan soal baiah. Pas jangan ingat hanya puak partinya sahaja takutkan neraka, orang juga tidak minat dengan negara.

Apa dapat difahami apabila Amiruddin mengambil keputusan meninggalkan Pas bahawa baiah yang diagung-agungkan oleh Pas serta dijadikan senjata menakut-nakutkan orang itu hanya perkara karut marut semata-mata. Ia menakut-nakutkan bagi mereka yang bertahkid buta. Manakala mereka yang memahami agama dan titik tara dengan baiah itu tidak pun berasa apa-apa melainkan ia dianggap sebagai hantu tujuan menakutkan mereka yang bodoh semata-mata.

Tuan Ibrahim tidak payah menggunakan perkara-perkara yang karut untuk mengubati hati yang sakit. Kalau sakit telanlah ubat jangan main jampi serampah. Sebaiknya beliau membiarkan sahaja Amiruddin berlalu bagaikan angin lalu daripada cuba memberi ingatan mengenai baiah bahalul itu. Cara itu lebih lunak.

Berkaitan dengan penyertaan Amiruddin ke dalam PPBM itu timbul persoalan kenapa beliau menyertai parti Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak menyertai parti Mohammad Sabu, AMANAH? Kalau hendak dikira Amiruddin patut menyertai AMANAH memandangkan dalam parti itu penuh dengan kawan-kawannya. Dia lebih mengenali orang-orang dalam AMANAH daripada orang dalam PPBM.

Mengenai ini saya berasa ianya pasti ada strategi tertentu setelah menyedari keadaan dan suasana politik di Kedah kini. Boleh jadi juga penyertaan beliau kepada PPBM itu kerana ia lebih memberi keselesaan kepadanya daripada menyertai AMANAH. Seperti mana kata pengerusi AMANAH Kedah Dr Ismail Salleh, penyertaan Amiruddin itu ke dalam PPBM ia tetap menyuntik kekuatan untuk PH.

Seperti mana maklum sesetengah orang Pas di Kedah yang masih berfahaman konservetif, akur buta kepada dogmatik agama sukar untuk menerima AMANAH yang dianggap sebagai pengkhianat. Maki hamun kepada mereka yang menyertai AMANAH masih bertaburan di Kedah. Mungkin untuk mengelakkan perkara itu menimpa dirinya maka Amiruddin memilih PPBM yang dikira ruang berkecuali untuk beliau terus mengendalikan kolek perjuangannya.

Pun begitu beliau tidak dapat lari akan dicemuh dan dimaki hamun oleh orang-orang Pas terutamanya yang menganggap Paslah satu-satu parti maksum dan membimbing orang ke syurga. Tetapi sekali lagi dirasakan Amiruddin sudah pun menyiapkan kekuatan mantal dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran itu.

Antara alasan yang diberikan kenapa beliau bertindak keluar Pas ialah kerana tidak dapat menerima pendirian parti itu untuk terus bersendirian dan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno. Itu yang mengecewakan beliau. Beliau tidak pula memberi tahu atau membayangkan yang Pas akan bekerjasama dengan UMNO sehingga menyebabkan beliau tidak lagi betah berada dalam parti itu. Mungkin ada dalam kamus politiknya yang Pas akan bersalaman dengan Umno.

Kesimpulannya tindakan Amiruddin itu sesuatu tindakan yang berani yang dilakukan untuk menyedarkan pihak-pihak tertentu dalam Pas. Paling mustahak sekali ialah tindakan itu sebagai menafikan pegangan karut Pas terhadap baiah yang dijadikan rantai untuk mengingatkan ahli Pas agar sujud dan bersetia secara buta tuli dengan parti berkenaan.

Dan dengan keluarnya Amiruddin dari Pas itu ia tidak menambahbaikkan buat Pas sebaliknya menjadikan sawah Pas di Kedah seperti terus diserang "bena perang" - Hopper Burn. Dengan keluarnya Amiruddin boleh dikatakan pemimpin Pas yang berpengaruh dan profesional sudah tiada lagi dalam Pas negeri itu. Sebelum ini tokoh-tokoh seperti Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Dr Ismail Salleh telah pun meninggalkan Pas. [wm.kl.6:55 am 27/11/17]

mohd sayuti Omar

Bagaimana MARA rugi RM60j dalam urus niaga hartanah di Australia

$
0
0
Majlis Amanah Rakyat (MARA) didapati membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah "syarikat lahu" (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu.

Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA.

Malaysiakini dan media berpangkalan di Melbourne, Fairfax Media, memperolehi dokumen menggemparkan ini yang memberi gambaran tentang penipuan yang berlaku.

Ia telah menjejaskan kepentingan MARA, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu miskin itu kerugian berjuta ringgit.

Dokumen itu mendedahkan:
  • Walaupun tiada kepentingan perundangan dalam hartanah itu, Scarlett Nominees Ltd membuat perjanjian dengan Mara Incorporated (Mara Inc) untuk "menjual" syarikat BVI, Thrushcross Land Holdings Ltd, yang "dikatakan memiliki hartanah itu" - bangunan 12 tingkat bernama Unilodge di 746, Swanston Street, Melbourne.
  • Perjanjian ditandatangani pada 28 Ogos 2012. Tidak sampai seminggu, Mara Inc membayar 10 peratus daripada harga pembelian. Pada hujung November 2012, jumlah yang dibayar Mara Inc kepada Scarlett adalah A$41.8 juta untuk "syarikat lahu" , Thrushcross, kononnya bersekali dengan Unilodge.
  • Pada 16 Januari 2013, Thrushcross membayar pemilik Unilodge sebenar, HRSV Pty Ltd sebanyak A$23.5 juta bagi bangunan itu.
  • Transaksi jualan melibatkan harga A$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta), walaupun lima bulan sebelum itu Scarlett telah "menjual" Thrushcross (yang ketika itu tidak memiliki Unilodge) kepada Mara Inc pada harga A$41.8 juta (Kira-kira RM138 juta).
  • Nilai A$41.8 juta itu berdasarkan penilaian oleh syarikat penilai dan surveyor berpangkalan di Malaysia, dan dimasukkan sebagai tambahan (annexure) kepada perjanjian jual beli Thrushcross antara Mara Inc dan Scarlett.
  • Sehingga pemindahan rasmi dilaksanakan pada 16 Januari 2013, pemilik sebenar Unilodge adalah HRSV. Ini bermakna berdasarkan undang-undang, Thrushcross bukan pemilik kepada hartanah itu sebelum tarikh tersebut. Begitu juga dengan Scarlett.
  • Walaupun Thrushcross dikatakan menjadi milik Mara Inc selepas penjualannya, perjanjian pemindahan tanah dengan HSRV ditandatangani oleh dua warga Malaysia yang tiada apa-apa kaitan dengan Mara Inc. Mereka juga memberikan alamat tempat tinggal yang sama di Melbourne.
  • Pada 19 Julai 2013, dua individu yang menjadi pegawai tinggi Mara Inc pada ketika itu membuat gadai janji terhadap hartanah itu untuk meraih wang bagi membeli sebuah lagi hartanah di Melbourne - Dudley House.
  • Pembelian itu kini sedang disiasat atas dakwaan penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/403719#kY8wtbMiTUrHTVMJ.99

K'jaan digesa sahkan status pemaju induk Bandar M'sia

$
0
0
Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan masih belum menerima sebarang tawaran untuk memperolehi dan membangunkan projek Bandar Malaysia.

"Ia telah menjadi agak jelas bahawa pada bulan Jun Jun tahun ini, satu-satunya kemajuan yang telah kita buat ialah, dikatakan enam hingga lapan syarikat telah menyatakan minat di Bandar Malaysia, walaupun keputusan sepatutnya dibuat pada 14 Julai," kata Pua memetik kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan sebelum ini mengenai status projek itu.

"Kami menyeru Tan Sri Irwan Serigar untuk mengesahkan sama ada, pada hakikatnya, tidak ada tawaran dari syarikat Fortune 500 untuk memperoleh dan membangunkan Bandar Malaysia, terutama tidak pada harga tinggi yang diminta oleh Kementerian Kewangan," tegasnya.

Pua mengulas kenyataan Irwan, yang semalam berkata bahawa "masanya akan tiba" untuk diadakan sidang akhbar mengenai pemaju induk Bandar Malaysia.

Ditanya bila sidang akhbar itu akan diadakan, Irwan seterusnya berkata, "Tunggu, saya akan beritahu."

Pelan asal Putrajaya untuk Bandar Malaysia melibatkan penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek itu kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) and China Railway Engineering Corp (CREC).

Bagaimanapun, perjanjian itu dibatalkan selepas konsortium itu gagal memenuhi jadual pembayaran.

Berikutan ini, Permintaan untuk Cadangan (RFP) yang baru dikeluarkan pada bulan Jun.

Irwan, yang juga pengerusi TRX City dan Bandar Malaysia, kali terakhir dilaporkan pada 31 Oktober sebagai berkata bahawa pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat "tidak lama lagi."

Beliau juga dilaporkan berkata pada bulan Ogos bahawa enam syarikat telah menunjukkan minat untuk menjadi pemaju induk bagi projek pembangunan multi-bilion ringgit Bandar Malaysia dan mereka akan mengemukakan cadangan mereka menjelang akhir bulan yang sama.

Sebelum itu, Irwan berkata bahawa tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan menjadi pemaju induk ialah 30 Jun 2017. Beliau juga berkata bahawa keputusan akhir mengenai pemaju induk itu akan dibuat pada 14 Julai.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk syarikat yang ingin menjadi pemaju induk ialah mereka mestilah sebuah syarikat Fortune 500, mempunyai pendapatan kumulatif selama tiga tahun RM50 bilion daripada keseluruhan rantaian nilai harta tanah dan perniagaan yang berkaitan, dan mempunyai pengalaman dalam projek pembangunan hartanah antarabangsa.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/403699#T5IRr4BgMDg3buOh.99

Lebih RM217 bilion hutang dijamin kerajaan, kata Najib

$
0
0
najib_economy_malaysia_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan menjamin sejumlah RM217.37 bilion hutang sehingga 30 Jun 2017.

Katanya, hutang berkenaan daripada 4 badan berkanun dan 26 anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Tujuan jaminan kerajaan diberikan adalah untuk melaksanakan projek strategik negara yang berimpak tinggi.

“Projek berkenaan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan yang terbahagi kepada sektor pendidikan, perkhidmatan, infrastruktur, kewangan, pegangan pelaburan dan utiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah tanggungan “contingency liability” oleh kerajaan.

Sementara itu, Najib berkata hutang kerajaan persekutuan sehingga hujung Jun 2017 adalah RM685.1 bilion.

Katanya, jumlah itu 50.9% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang bertanyakan jumlah hutang negara terkini dan nisbahnya kepada KDNK negara.

Fauzi juga meminta jawapan berkenaan jumlah hutang dan kali terakhir Malaysia membayar hutang pokok.

“Sementara 3.3% atau RM22.7 bilion lagi adalah hutang luar pesisir (1.7% daripada KDNK).

“Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” kata Najib.

Tambahnya lagi, bagi 2017, pinjaman kasar kerajaan adalah RM108 bilion dengan bayaran balik pokok adalah RM67.2 bilion manakala pinjaman bagi membiayai defisit adalah RM39.9 bilion.

Najib turut menegaskan, kerajaan sentiasa memastikan bayaran pokok dan faedah sentiasa dibuat dalam keadaan teratur berdasarkan jadual pembayaran.

“Sehingga kini kerajaan tidak pernah gagal dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Najib lagi.

ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI!

$
0
0

ISU MEDIK KUIN  BERULANG KEMBALI! IBARAT PISANG BERBUAH DUA KALI!

Rentetan kejayaan generasi pertama pelajar-pelajar perubatan  KUIN dengan penuh jayanya, belum sempat pulang ke pangkuan keluarga dan meraikan kejayaan bersama, telah dikejutkan dengan sebuah berita buruk!.

Berita campur tangan luar dalam pengurusan kuliyyah perubatan KUIN kini kembali. Kini, sekali lagi kuliyyah perubatan KUIN bakal di pindah milik! Bertukar tangan dan pucuk kepimpinan demi mengejar wang dan keuntungan semata-mata.

Khabar angin ini telah disahkan benar walaupun ramai ahli pentadbiran tertinggi KUIN cuba menidakkan perkara ini. Kuliyyah perubatan KUIN bakal diserahkan kepada kolej perubatan CUCMS, dengan pembahagian keuntungan 70% ( CUCMS) : 30 % (KUIN). SEMUA pelajar perubatan KUIN bakal dipindahkan ke CUCMS tanpa mendapat persetujuan pelajar dan ibu bapa sebagai stakeholder.

Kurikulum medic insaniah yang berintegrasi dengan agama islam, hafazan, hadis juga bakal dibuang! Pelajar - pelajar  medic INSANIAH  juga sangat membantah perkara ini! Kami sebagai pelajar perubatan KUIN sangat tidak bersetuju dan sangat sayangkan medic KUIN.

Ayuh rakyat Kedah kita bersama dalam hal ini! Ayuh kita kekalkan kebanggaan rakyat di negeri Kedah. Ayuh kita viralkan untuk mendapat sokongan rakyat untuk kekalkan medic KUIN di INSANIAH!.

Yang Membantah
Pelajar Perubatan
Kolej Universiti Insaniah

SUMBER : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784915711715221&id=391738681032928

JANGAN RISAU JIKA KENA TAHAN POLIS TENGAH JALAN DAN DIBERITAHU ADA SAMAN

$
0
0

NOTIS POL 170A KE POL 257 - POLIS HANYA MAHU KOMPAUN.

Hari ini 30/11/2017 saya hadir di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur untuk perbicaraan 5 kes Notis Pol 170A yang ditukar ke Pol 257.

Notis Pol 170A ialah Permintaan Butir-Butir Pemandu di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ianya bukan saman. Notis Pol 170A ini selalunya dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kesalahan memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. Pengeluaran Notis Pol 170A ini adalah selepas operasi perangkap hadlaju atau lebih dikenali di kalangan masyarakat sebagai operasi speed trap. Notis Pol170A ini pula dikenali sebagai "Saman Ekor".

Baru-baru ini sehingga hari ini dan mungkin akan berlarutan ke masa depan, pihak PDRM giat menahan pengguna jalanraya dan memeriksa samada mempunyai "saman tertunggak". "Saman tertunggak" ini sebenarnya Notis Pol170A.

Apabila ditahan, pemandu akan dimaklumkan bahawa mengikut rekod PDRM, pemandu mempunyai "saman tertunggak" yang perlu dijelaskan. Jika pemandu memaklumkan tidak pernah menerima saman, dengan serta merta pegawai polis berkaitan akan keluarkan Pol 257 iaitu SAMAN supaya pemandu hadir ke Mahkamah.

Ramai mengalami situasi ini. Ada yang terus membayar kompaun kerana tidak mahu susah payah turun naik Mahkamah. Paling tinggi usaha mereka untuk lawan saman-saman tersebut ialah tulis di facebook dan merungut. Akhirnya bayar juga kompaun.

Hari ini, saya hadir ke Mahkamah mewakili seorang sahabat yang dikenakan lebih 30 saman Pol 257 yang ditukar dari Pol 170A. Di Mahkamah hari ini, 5 saman ditetapkan untuk bicara.

Apabila kes dipanggil, pihak pendakwaan (Polis) memaklumkan kepada Mahkamah bahawa saksi tidak hadir kerana sepina tidak diserahkan.

Saya mohon Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKS kerana pihak pendakwaan seolah-olah tidak berminat untuk mengendalikan perbicaraan. Sepina disediakan tetapi tidak diserahkan kepada saksi polis, maka saksi tidak hadir.

Mahkamah membenarkan permohonan saya dengan melepaskan tanpa membebaskan OKS.

Apa kesimpulannya daripada kes hari ini?

Kesimpulannya ialah pihak polis tidak pernah bersedia untuk perbicaraan bagi kes-kes begini. Apa alasannya? Macam-macam. Mungkin kerana tiada bukti dan sebagainya.

Bagi pihak Polis, lebih baik mereka mendesak agar pengguna yang menerima saman Pol 257 yang ditukar dari Pol 170A ini bayar kompaun. Selesai. Mudah.

Ya, yang mudah itu mereka tapi mereka tidak fikir bahawa pengguna yang terpaksa mencari duit untuk bayar kompaun bagi kesalahan yang belum dan tidak dibuktikan.

Prinsipnya ialah "seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah". Buktikan pengguna bersalah. Jangan sewenang-wenang menggunakan peraturan dan undang-undang tanpa melalui proses sebenar.

Kepada semua di luar sana. Jangan hanya merungut. Pertahankan hak anda. Jika anda sendiri tidak berani dan tidak mahu bersusah payah mempertahankan hak sendiri. Teruskan merungut. Merungut akan mengubah nasib anda.

ZULHAZMI SHARIFF.
30112017

Apabila Utusan dapat kontrak tablet sekolah bernilai RM340 juta

$
0
0

FMT Reporters


KUALA LUMPUR: Penerbit akhbar harian Umno, Utusan Melayu diberikan kontrak untuk membekalkan lebih 180,000 tablet kepada guru di seluruh negara tahun ini, dan setakat ini menelan belanja RM152 juta, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Kamalanathan berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di Dewan Rakyat minggu lalu, berkenaan projek tablet itu yang diperuntukkan pada Bajet 2017 yang dijangka menelan kos keseluruhan RM340 juta.

“Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?” soal Sim, merujuk syarikat akhbar itu yang mencetak Utusan Malaysia.

Menurutnya, syarikat akhbar itu mencatatkan kerugian sejak 4 tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM220 juta sejak 2013.

Sim turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran Utusan Malaysia sebanyak 14% ataupun lebih 20,000 naskah, manakala edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula merosot sebanyak 10% ataupun lebih 30,000 naskah.

Menurutnya, pemberian kontrak membekalkan tablet itu merupakan “talian hayat” kerajaan kepada akhbar itu.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan tender terbuka untuk projek itu.

“Ini membuktikan bahawa sehingga kini menjelang PRU ke-14, Umno-BN tidak pernah dan tidak berhasrat untuk berubah.

“Pentadbiran Umno-BN tetap berpaksikan 3K iaitu, korupsi, kronisme, kleptokrasi,” katanya.


Kerajaan BN ‘pejam mata’ apabila syarikat China bawa masuk PATI ke Malaysia

$
0
0
http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/02/malaysia-china.jpg
Rakyat Malaysia patut berasa bimbang dengan pendirian kerajaan dalam isu pekerja asing tanpa izin (PATI) dari China yang bekerja di projek Forest City.

Setelah dibongkarkan dalam media bahawa projek Forest City menggunakan PATI, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kerajaan akan membenarkan pemutihan PATI terlibat. (Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/381625)

Pertama sekali, jelas bahawa sistem kawalan sempadan kita mempunyai masalah yang amat besar apabila PATI dari China boleh memasuki negara dan bekerja di sebuah projek gergasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka mahupun majikan mereka.

Forest City bukan sebuah projek yang tersembunyi dalam hutan walaupun namanya “Forest”, malah merupakan sebuah projek gergasi di ibu negeri Johor yang dijangka bakal mempunyai hampir 120,000 unit rumah.

Keduanya, sindiket orang dalam Jabatan Imigresen terbukti masih lagi berleluasa apabila didedahkan bahawa ada PATI China yang telah diberikan pas kerja setelah bekerja untuk satu tempoh di projek tersebut.

Ketiganya, kombinasi kawalan sempadan yang begitu lalai dan dasar memudahkan pemutihan seolah-olah menggalakkan aktiviti kemasukan orang asing secara haram termasuk melalui penyeludupan manusia. Ini kerana agen-agen dan pekerja migran sendiri tahu bahawa mereka boleh diputihkan dengan mudah pada kemudian harinya.

Saya telah memberikan amaran di Parlimen bahawa ini mewujudkan keadaan di mana “it is easier to say sorry than to ask for permission”; buat salah dahulu kemudian baru minta maaf.

Tiada maaf bagimu

Kerajaan telah membuka peluang pemutihan melalui proses E-Kad sejak 15 Februari 2017. Walaupun tempoh permohonan E-Kad belum tamat, namun tiga bulan sudah berlalu. Malangnya, majikan PATI China tersebut langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melakukan pemutihan sebelum isu ini terbongkar.

Justeru, saya menyarankan agar pemutihan tidak dibenarkan dalam kes ini dan tindakan undang-undang yang keras diambil sebagai amaran kepada syarikat asing yang terlibat kerana mereka bukan sahaja mengeksploitasi pekerja dan memburukkan nama Malaysia, malah telah melanggar undang-undang negara kita secara sedar dan sengaja.

Saya juga menyeru agar kerajaan tempatan mengeluarkan arahan berhenti kerja (“stop-work order”) ke atas projek Forest City bagi membolehkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen mengaudit pekerja migran dalam projek tersebut terlebih dahulu.

Dengan skala projek yang begitu besar dan penggunaan tenaga kerja migran yang begitu ramai, langkah berwaspada tahap maksima perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin melibatkan warga asing yang begitu ramai sekali.

>> Komentar bebas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong I 13 Mei 2017

http://amanahdaily.com/index.php/2017/05/13/kerajaan-bn-pejam-mata-apabila-syarikat-china-bawa-masuk-pati-ke-malaysia/

Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI

$
0
0
 mahathir_anwar_rci_bnm_600_new
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia dalam laporan lengkap yang dikeluarkan hari ini meletakkan kesalahan kepada bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Laporan itu juga mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.

Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.

“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” kata laporan itu.

Laporan setebal 400 muka surat itu yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini berkata, siasatan itu perlu dilakuan terhadap semua pihak terlibat, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan BNM.

RCI itu turut mengesyorkan siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri, terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urus niaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” kata laporan itu.

RCI itu berkata skandal forex sekitar 1990-an itu dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM30 bilion ketika Dr Mahathir merupakan perdana menteri.

RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian forex yang ditanggung BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Laporan berkenaan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon dan P Kanagarayar pada 13 Oktober lalu.

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah berada di meja ahli Parlimen.

RCI itu dibentuk bagi memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.

Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.

Ramon Marcote...Harap Penyokong Sabar Sikit Lagi - Ginney Chew

$
0
0


PETALING JAYA: Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Ramon Marcote kembali ke pangkuan skuad hijau kuning kini semakin menjadi kenyataan.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah memberitahu, rundingan kedua-dua pihak kini berada di fasa terakhir.

"Saya harap semua penyokong bersabar sedikit lagi. KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) tengah buat apa yang patut dan bagilah masa untuk Marco melihat lebih jelas dahulu, selepas itu kita tengok apa jawapannya.

"Sekarang Presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) berada di Kuala Lumpur. Mungkin selepas itu beliau akan umumkan secara rasmi," ujarnya kepada mStar Online.

Ginney berkata, tugasnya untuk menyampaikan hasrat penyokong Kedah sudah dilaksanakan.

"Sekarang ini hanya tunggu keputusan rasmi. Kuasa keputusan di tangan KFA. Tetapi saya yakin Marco akan kembali ke Kedah.

"Saya juga percaya presiden sekarang akan mahu memenuhi permintaan penyokong-penyokong Kedah yang ingin melihat pasukan kembali menjadi no.1," jelasnya.

Bekas jurulatih Atletico Madrid kembali menjadi pilihan sebaik sahaja tamat Liga Malaysia musim ini selepas dia meningggalkan Kedah selaku penolong jurulatih pada Disember 2016.

Sebelum ini, mStar Online juga melaporkan bahawa Marcote sedia untuk kembali ke Kedah sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada KFA.

Malah Ginney juga turut berjumpa dengan presiden (16 November) bagi menyampaikan hasrat penyokong-penyokong Kedah ini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/11/30/ramon-marcote/#bFmD0vQxhs5VbFia.99

RUU 355 "GHAIB" SEBELUM PRU14 ? HADI PUN SEPERTI TIDAK BERMINAT DAN TIDAK HADIR DEWAN

$
0
0

Sidang Parlimen sekarang hampir pasti adalah persidangan terakhir sebelum PRU14.  Kita masih ingat, pada siri2 persidangan penggal lepas, berkali2 RUU Akta 355 yg dibawa oleh Hadi sebagai Usul Persendirian ini asyik ditangguhkan. 

Di dalam masa yang sama, sewaktu penangguhan berjalan, yang menjadi mangsa adalah Dap selain dari Amanah, termasuk juga rakan2 dari PH.  Mereka dituduh menolak RUU Akta 355.  Kak Wan diberi amaran akan dijiratkan jika tidak menyokong RUU Akta 355.  Di atas mimbar Jumaat, berkumandang Khatib lebai ini berbicara tentang RUU Akta 355 di samping menuding jari kepada Dap.  Puluhan ribu ringgit telah dikutip masuk ke dalam tin milo setiap kali berhimpun menyokong RUU Akta 355.  Baju Unggu pun sudah mulai lusuh.

Para walaun tentulah berharap sidang kali ini RUU Akta 355 akan dibahaskan di Parlimen.  Mereka sudah tidak tahan telinga lagi apabila disindir, ditertawakan dan dipermainkan oleh orang ramai apabila RUU Akta 355 ini menjadi 'mainan politik' di antara pemerintah dan pemimpin lebai itu sendiri.  Mereka mungkin ikhlas mahu kepada RUU Akta 355, tetapi apakah pemimpin mereka sendiri ikhlas? 

Mereka diminta berjuang dan berkorban masa dan wang ringgit untuk RUU Akta 355 ini, tetapi apa pula pengorbanan pemimpin lebai itu sendiri?  Penggal yang lalu, Wakil Rakyat yang paling keras membantah tindakan Speaker menangguhkan perbahasan RUU Akta 355 ini adalah Wakil Rakyat dari Amanah, Dap dan Keadilan.  Wakil Rakyat lebai membisu terus seolah2 RUU Akta 355 terlaksana sebaik sahaja Hadi membaca tajuk dan dihuraikan oleh Takiyudin.

Bayangkan, begitu seriusnya Wakil-Wakil Rakyat dari PH untuk menyegerakan perbahasan RUU Akta 355 seolah2 usul RUU Akta 355 itu dibawa oleh PH sendiri.  Apabila Speaker menyatakan perbahasan RUU Akta 355 akan ditangguhkan kepada Sidang akan datang (Sidang sekarang), beberapa orang Wakil Rakyat dari PH bangun membantah.  Mereka bukan membantah RUU Akta 355 sepertimana yang kebanyakan walaun fikir.  Mereka membantah kenapa perbahasan itu ditangguhkan?  Bukankah Pas menyatakan RUU Akta 355 itu penting, tu nyawa Pas sepertimana pentingnya Hudud yang dulu mereka laung2kan? 

Malangnya, skrip telah diatur.  RUU Akta 355 memang dirancang untuk ditangguhkan.  Wakil-Wakil Rakyat dari PH telah bersedia untuk membahaskan RUU Akta 355, buktinya mereka sanggup adakan Sidang Parlimen olok2 untuk membawa hujah2 mereka tentang RUU Akta 355.  Terbukti, di dalam hujahan wakil dari Dap, Keadilan dan Amanah, tiada seorang pun yang menyatakan untuk menolak total RUU Akta 355.  Jadi, di mana tuduhan yang mengatakan PH menolak?  Jika Pas bersetuju dan telah bersedia, mengapa Pas tidak ke hadapan?  Bukankah itu usul dari Presiden Pas sendiri.

Lebih malang lagi, penggal ini sebagai penggal terakhir, RUU Akta 355 yg dikatakan berada di tangga ke 7 senarai giliran masih juga tertangguh.  Bukan sahaja RUU Akta 355 itu tertangguh, bahkan tukang bawa usul itu pun batang hidung tidak nampak.  Siapa yg bermain2 dengan RUU Akta 355 ini sebenarnya?  Apakah selepas ini Dap dan kami dari PH akan terus menjadi sasaran fitnah lebai?  Sepatutnya, penggal terakhir ini para lebai wajib berhimpun atau berdemo seramai Fastaqim mereka di Parlimen untuk mendesak agar Speaker tidak lagi 'membuli' Hadi Awang.  Mengapa waktu pertama Hadi bawa usul dulu kamu sanggup sewa bas angkut budak2 Tahfiz berbaris di Parlimen kononnya untuk menyokong RUU Akta 355?  Mengapa sekarang senyap?  Mana Hadi Awang? 

Jelas sekali, Akta 355 hanyalah modal politik lebai yang dibantu oleh rejim pemerintah.  Amat malang sekali apabila ugama diperalatkan sedemikian rupa.  Kita bersimpati dengan walaun2 yang tidak tahu apa2.  Sampai bila lebai2 ini mahu mempergunakan ahli2 mereka di bawah?

WFAUZDIN NS

Mahfuz kecewa RUU355 tak dibahas

$
0
0

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kecewa apabila rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 tidak dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya RUU355 sudah berada di dalam aturan mesyuarat nombor tujuh, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga nombor enam sahaja (sehingga Kementerian Kewangan).

“Saya nyatakan kekecewaan saya kerana RUU355 tak dibahasakan serta diundi untuk dapatkan kelulusan sama ada diterima atau tidak RUU355.

“Saya difahamkan perbahasan hanya akan terhenti selepas nombor enam manakala RUU355 berada di nombor tujuh, maka sidang ditangguhkan. Sepatutnya perbahasan sudah pun bermula,” katanya kepada Malaysiakini di parlimen, hari ini.

RUU 355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Presiden PAS yang juga Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi usul persendirian.

Manakala MP Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan pula menyokong usul tersebut.

Pada 17 Oktober lalu, PAS mendesak perbahasan RUU355 diberi ruang pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Takiyuddin berkata tidak wajar perbahasan mengenai RUU itu dihentikan atas apa alasan sekali pun.

Kecewa MP Marang tak hadir

Sementara itu Mahfuz berkata beliau tidak melihat kesungguhan PAS untuk membawa pindaan akta tersebut kerana Ketua Whip PAS tidak mendesak speaker supaya RUU355 dibahaskan hari ini.

Selain itu beliau juga berkata Abdul Hadi sendiri tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi saya sangat kecewa dan kekecewaan itu lebih lagi kerana saya dapati tidak ada seorang MP PAS atau ketua Whip PAS bangun desak speaker supaya RUU355 dibahaskan di Dewan Rakyat,

“Hal ini lebih malang sebab saya dapati PAS begitu beria-ria nak bawa RUU355 ke parlimen (tapi) MP PAS, Marang tidak hadir (ke Dewan Rakyat) tunjuk kita tidak serius isu ini.

“Hanya sekadar untuk nak tarik sokongan Islam dan bukan nak lihat perlaksanaan (RUU355),” katanya yang menambah RUU355 sudah pun dipolitikkan.

Sebelum ini PAS bertegas mahu meminda akta itu - yang turut dikenali sebagai Akta 355 - bagi memberikan kuasa lebih besar kepada kerajaan negeri menguatkuasakan hukuman berkaitan jenayah syariah.

Melalui pindaan itu had hukuman maksimum dinaikkan daripada penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/403951#ZgPqcOiyKIi05amB.99

NAJIB SYOK SENDIRI, PENGANGKUTAN AWAM MASIH LEMAH

$
0
0

Kenyataan Media | 06 Disember 2017

Saya terpanggil untuk memberi maklum balas berhubung kaji selidik bebas yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan 84 peratus responden berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar.

Difahamkan purata harian penumpang di semua laluan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017 menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 570,021 kepada 638,605 penumpang pengangkutan awam.

1. Kesinambungan dengan itu, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sukar untuk kita mempercayai kaji selidik yang dibuat oleh SPAD. Hal ini adalah kerana setiap hari banyak pengguna pengangkutan awam masih merungut ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkenaan dengan masa perjalanan dan masalah teknikal.

Ini dapat dibuktikan dengan beribu aduan yang telah dibuat oleh pengguna terhadap SPAD berhubung pengangkutan awam terutamanya untuk perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter.

Antaranya, mangsa kelewatan tren memberitahu bahawa masalah tersebut terus berulang sekaligus pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilihat tidak mengambil tindakan ke atas rungutan pengguna sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila pernah berlaku kelewatan perjalanan pengangkutan awam itu hampir 4 jam lamanya.

Malah, kadar tambang tidak sejajar dengan mutu perkhidmatan yang masih di tahap yang tidak memuaskan dan yang paling ketara adalah masalah kelewatan ketibaan komuter di destinasi berbanding jadual asal.

Tambahan kepada itu, nampaknya, perkhidmatan komuter induk yang meliputi 150 kilometer di Lembah Klang dan membawa kira-kira 80, 000 penumpang setiap hari, masih mengalami pelbagai masalah. 

Lebih RM1 bilion dibelanjakan kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan KTM Komuter melalui projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT). Bagaimanapun, kebolehpercayaan orang awam terhadap perkhidmatan KTM Komuter masih ditahap yang rendah.

2. Dalam isu pengangkutan awam ini, Najib diingatkan untuk tidak berbangga secara berlebih-lebihan atas perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) dan jangan ingat boleh menutupi kelemahan sistem pengangkutan awam yang lain.

3. Nampaknya pemangku Pengerusi SPAD yang baru, Tan Sri Isa Samad gagal menjalankan tugas dengan baik dan diragui kemampuannya untuk menerajui dan menyelesaikan masalah-masalah utama berkaitan pengangkutan awam yang tiada kesudahan sehingga hari ini.

Sudah tentu perkara sama akan berulang kerana Isa Samad dilantik bukanlah kerana kepakaran dan pengalaman luas di dalam bidang pengangkutan sebaliknya terdapat sebab-sebab tertentu atau peribadi.

4. Bagi saya, perkara ini perlu dikaji semula semua masalah yang berlaku terhadap pengangkutan awam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan mengambil contoh negara maju seperti Jepun dalam mengendalikan pengangkutan awam mereka.

Di Jepun, mereka menggunakan teknologi 'bullet train'  atau lebih dikenali sebagai 'Shinkansen'. Pengangkutan ini adalah pilihan rakyat Jepun untuk 'travel' kerana kelajuannya dan faktor masa di mana ia tidak pernah lewat sampai ke destinasi.

Saya menyarankan agar Najib dan konco - konconya jangan syok sendiri, dan berdiri di bumi nyata serta mengakui bahawa pengangkutan awam masih lemah di Malaysia.

YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar
Parti KEADILAN Rakyat

Keputusan Trump terhadap Jerusalem langkah tidak bertanggungjawab, dan berpotensi mencetus aktiviti keganasan di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia

$
0
0

Kenyataan Media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

07 DISEMBER 2017 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump untuk memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem (Baitulmaqdis) dan justeru memberi pengiktirafan kepada Jerusalem sebagai ibu kota Israel merupakan suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Langkah tersebut bukan sahaja bersifat unilateral (satu pihak) dalam proses keamanan di Timur Tengah, sekaligus mengancam proses tersebut, malah berpotensi memberi alasan kepada kumpulan pelampau untuk mencetuskan keganasan global yang mampu merebak sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk di Malaysia.

Sebarang keputusan berkaitan konflik Israel-Palestin perlu dibuat secara cermat melalui konsultasi masyarakat antarabangsa dan bukan melalui tindakan unilateral seperti yang dilakukan oleh Presiden Trump.

Walaupun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan menyeru AS mempertimbangkan semula keputusan Presiden Trump, Perdana Menteri Najib Razak tidak boleh berdiam diri terhadap isu ini. Beliau sendiri perlu mengemukakan bantahan keras Malaysia terhadap tindakan tidak bertanggungjawab tersebut terus kepada Presiden Trump yang diuar-uarkan sebagai rakan baik beliau. Perdana Menteri Najib Razak harus bersuara di hadapan Presiden Trump sebagaimana yang pernah dilakukan untuk masyarakat Rohingya dahulu.

Perkara ini tidak patut dipandang ringan oleh kerajaan Malaysia dan retorik semata-mata tidak memadai. Jika isu ini dibiarkan untuk berlanjutan dan krisis di Timur Tengah bertambah buruk, Malaysia berpotensi menjadi medan aktiviti keganasan.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam


1MDB lebih rugikan negara berbanding urusniaga Forex BNM atas urusniaga yang silap

$
0
0

KUALA LUMPUR: Walaupun menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan tidak adil membandingkan isu kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing (forex) dengan dakwaan kerugian yang dialami 1MDB, ia tidak diterima ramai khususnya pengguna media sosial.

Ini kerana walaupun kerugian forex yang dialami BNM didakwa berjumlah lebih RM30 bilion, ia adalah kerugian akibat keputusan urus niaga yang silap dan tidak mendatangkan keuntungan peribadi kepada mana-mana individu terlibat.

Berbanding skandal 1MDB yang kini menanggung hutang melebihi RM50 bilion, beberapa individu ternyata mengaut keuntungan daripada penyelewengan yang berlaku dalam syarikat pelaburan negara itu.

Malah Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions dilaporkan berkata hampir separuh hasil kutipan korupsi membabitkan 1MDB yang berjumlah US$3.5 bilion (RM14.18 bilion) telah dirampas oleh AS.

Jeff Sessions turut menyifatkan pengsonglapan wang 1MDB adalah kleptokrasi paling teruk apabila pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih US$4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks.

Selain Amerika Syarikat, skandal berhubung urusniaga 1MDB juga disiasat di Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, UAE, Britain, Anustralia dan Thailand berbanding kerugian forex BNM yang hanya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) setelah lebih 30 tahun ianya berlaku (1992-1994).

RCI kerugian Forex BNM juga tidak menyenaraikan individu yang mendapat keuntungan daripada urusniaga tersebut sedangkan dalam kes 1MDB, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) pada 5 Jun lalu mahu menyita aset berjumlah US$540 juta (RM2.3 bilion) termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar mewah dan hak cipta filem dengan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Antara aset itu termasuk hak cipta 2 filem komedi “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home lakonan Will Ferrell.

Tindakan itu susulan saman sivil DoJ pada Jun 2016 yang mahu mendapatkan kembali semua aset yang tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet persendirian dan karya seni mahal serta pembiayaan dikaitkan dengan filem arahan Martin Scorsese “The Wolf of Wall Street” lakonan Leonardo DiCaprio.

Kerugian akibat urusniaga forex BNM juga memaksa bekas penolong gabenor BNM yang akhirnya dilantik Timbalan Pengerusi Khazanah Holdings di era pentadbiran Najib meletakkan jawatan; selepas mengakui bertanggung jawab penuh terhadap kerugian urusniaga itu di hadapan panel RCI sekaligus membersihkan nama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Sedangkan skandal 1MDB berlaku ketika rakyat dibebani cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang dan minyak, serta subsidi bagi barang keperluan harian dihapuskan pentadbiran Najib.

Najib selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga tahun lepas menafikan sebarang salah laku dan namanya dibersihkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mahfuz bangga sebilangan artis berani ungkap derita rakyat

$
0
0


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata, beliau begitu teruja membaca berbagai komen daripada artis dan personaliti tanah air seperti Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil), Datuk Sheila Majid,Fathia Latiff, Adibah Nor dan Yassin yang begitu berani mengangkat suara keluh resah hati rakyat yang bertarung dengan kesempitan hidup akibat peningkatan kos sara hidup yang tinggi.


Datuk Haji Mahfuz Omar

“Lebih membanggakan saya apabila mereka berani keluar daripada status sosial mereka untuk berada di tengah realiti kehidupan rakyat marhaen.

“Komen serta luahan isi hati mereka bukan pada sebarangan orang tetapi ditujukan kepada MO1 yang sedang berkuasa.

“Mereka sanggup keluar daripada alam kehidupan membodek untuk kepentingan diri kepada keberanian memperjuangkan kepentingan negara dan kehidupan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Tetapi malangnya kata Mahfuz, mereka ini dicemuh oleh spesis 3P (penjilat, pembodek dan pengampu) tegar PM Najib Razak dengan berbagai tuduhan untuk menutup kelemahan pentadbiran MO1 Najib Razak mengurus tadbir kerajaan.

“Saya percaya mereka sedang merasai kerosakan yang sedang berlaku akibat daripada politik 3P (penjilat, pembodek, pengampu). Malangnya di Malaysia kebenaran adalah musuh nombor satu negara,” kata Mahfuz lagi.

Kata beliau lagi, Pak Nil, Sheila Majid, Fathiah Latiff, Adibah Nor, Yassin serta personaliti yang lain juga, bagi beliau adalah ‘YB’ di luar Parlimen yang tidak mengambil sikap berkecuali dalam masalah keperitan hidup rakyat.

“Anda berani kerana benar, anda berani untuk menjadi berani demi negara dan rakyat. Terima kasih ‘YB’!” puji beliau.

Sah Marcote Kendali Kedah!

$
0
0

SERI KEMBANGAN: Jurulatih dari Sepanyol, Ramon Marcote bakal mengendali skuad Lang Merah bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditemui di sini pada Ahad.

Katanya, jurulatih berkenaan telah berada di Alor Setar untuk proses menandatangani kontrak perjanjian selaku ketua jurulatih Kedah dengan pihak pengurusan KFA.

“Kita dah buat keputusan dan jurulatih baharu sudah pun berada di sini cuma saya belum jumpa lagi. Kita akan jumpa dan tandatangan kontrak tidak lama lagi tapi kita masih belum putuskan tempoh kontrak sama ada setahun atau dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Pertandingan Golf Piala Ahmad Zahid Hamidi 2017 di The Mines Resort and Country Club, Ahad.

Marcote yang dikhabarkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 6 Dis menghangatkan spekulasi beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.

Marcote menjadi bualan selaku calon bagi menggantikan khidmat Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Lang Merah mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia 2017.

Bekas penolong jurulatih Atletico Madrid itu pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan, berjaya membawa Kedah ke pentas final ketika memangku tanggungjawab jurulatih berikutan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang mengikuti kursus kejurulatihan profesional di China.

Selain Marcote, KFA juga dikatakan meneliti khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim, Mario Gomez yang dianggap pilihan sesuai untuk membimbing pasukan Kedah berdepan cabaran Liga Malaysia musim 2018.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata skuad Hijau Kuning mengekalkan dua pemain import dari musim lepas, Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca, manakala yang selebihnya akan ditentukan oleh ketua jurulatih nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan rasuah ke atas enam pemain dan jurulatih Kedah, beliau berkata perkara itu telah pun disiasat oleh polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita telah mendapatkan penjelasan daripada pemain dan jurulatih. Kita pun tak tahu siapa yang buat dakwaan itu, jadi serah semuanya pada polis sebab laporan telah dibuat. Ini mungkin luahan daripada peminat yang kecewa dan tidak berpuas hati,” katanya, sambil menegaskan tindakan akan dikenakan jika ada pemain terbabit dengan rasuah.

Sebelum ini tular di media sosial mengatakan ada pemain skuad Lang Merah itu disogok RM200,000 seorang pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas. - Bernama

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/12/10/marcote-jurulatih-kedah/#Kc4x4RKqcdLLc3v1.99

Kenapa tiada RCI kerugian RM160 bilion rizab Bank Negara, soal Dr Mahathir

$
0
0


Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa kerajaan lebih mengambil berat tentang kerugian forex RM31.5 bilion yang berlaku kira-kira 30 tahun lepas, walhal rizab negara mengalami kerugian lebih besar iaitu AS$39.6 juta atau RM160 bilion dari 2013 dan 2015. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad telah menuduh Putrajaya bersikap 'diskriminasi' di atas kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) semasa pentadbirannya sedangkan bank pusat itu mengalami kerugian yang lebih teruk pada 2013 dan 2015 disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

Bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan itu bertanya mengapa pentadbiran Najib lebih mengambil berat tentang kerugian forex RM31.5 bilion yang berlaku kira-kira 30 tahun lepas, walhal dari 2013 dan 2015 rizab negara mengalami kerugian lebih besar iaitu AS$39.6 bilion atau RM160 bilion.

"Kenapa dia (perdana menteri Najib Razak) mulakan RCI untuk cari jika ada perbuatan salah dalam kerugian dana yang berlaku 30 tahun dahulu. Tiada bukti menunjukkan wang itu dicuri.

"Kerugian ini disebabkan urusniaga tukaran wang (forex) oleh BNM untuk menguruskan rizab negara, itu yang menyebabkan kerugian.

"Saya cuma hairan kenapa ada diskriminasi dalam isu ini. Mungkin Najib boleh terangkan," kata Dr Mahathir dalam sebuah video di YouTube malam ini.

Dr Mahathir juga menyebut wang itu hilang melalui urusniaga forex dan bukan 'dicuri'.

BNM dalam laporan tahunannya merekodkan rizab antarabangsanya untuk 2013 pada RM441.9 bilion (AS$134.97 bilion). Pada 2015, rizab itu menurun kepada RM409.1 bilion (AS$95.3 bilion). Pada tahun lepas, BNM melaporkan RM423.9 bilion (AS$94.5 bilion).

Pada 2013, kadar pertukaran adalah RM3.27 bagi setiap dolar AS. November lalu, ia jatuh pada RM4.44, iaitu paras terendah sejak krisis kewangan Asia. Semenjak itu, ringgit ditutup pada RM4.09 pada Jumaat.

RCI telah mengesyorkan Dr Mahathir, bekas kewangan Anwar Ibrahim dan bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop disiasat kerana pecah amanah.

Dr Mahathir berkata, dari 2013 hingga 2015 BNM mengalami kerugian lebih dari itu, iaitu AS$39.6 bilion (RM160 bilion).

"Tiada siasatan atau RCI bagi kerugian ini (rizab BNM) dan jawapan yang diberikan alam Parlimen tidak memuaskan yang mana mereka kata ia disebabkan kenaikan faedah mata wang Amerika dan ramai warga asing menarik balik pelaburan mereka di Malaysia.

"Ini tidak benar. Ia bukan kerana dana diambil oleh pelabur asing. Sebenarnya, kerugian RM160 bilion adalah disebabkan oleh pengurusan rizab Malaysia.

"Tetapi ini tidak dianggap serius dan tidak dikenakan RCI," kata Pengerusi Bersatu itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata RCI forex adalah bertujuan untuk merosakkan namanya menjelang pilihan raya umum tahun depan dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menyiasat skandal 1MDB.

Dalam vidoe itu juga, Dr Mahathir bertanyakan mengapa tiada siasatan dijalankan terhadap RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

"Ini kerana menurut peguam negara tiada kesalahan dilakukan.

"Peguam negara menjadi hakim dan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dilakukan. Dia juga menyembunyikan fakta.

"Inilah cara Najib, apa yang hilang 30 lepas diberi perhatian serius manakala kerugian RM160 bilion tidak penting."– 10  Disember, 2017.

Sepatutnya SPRM siasat MB Johor, buktikan dia tidak bersalah bukan siasat Adun Senai

$
0
0

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Shu Qi kerana membangkitkan persoalan tentang penglibatan Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin dalam skandal hartanah Johor akan hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, di sebalik penyiasatan polis terhadap Shu Qi ekoran pendedahannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) 27 November lalu, adakah SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap segala dakwaan melibatkan Khaled itu?

“Jika Menteri Besar Johor tidak bersalah, siasatan harus dijalankan untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan membersihkan namanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan penyiasatan yang diambil terhadap Shu Qi malah akan meningkatkan lagi syak-wasangka di kalangan rakyat terhadap segala kemungkinan penglibatan Khaled dalam skandal hartanah negeri itu.

Apa yang berlaku ke atas Shu Qi seolah-olah menunjukkan Menteri Besar kebal daripada daripada undang-undang sehinggakan soalan yang dibangkitkan ahli DUN juga dianggap sebagai ‘jenayah’?

“Kalau tak ada siapa boleh mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin dalam DUN, jadi mana lagi kita boleh bertanya untuk pastikan kebenaran dan integriti kerajaan?” soal Setiausaha Publisiti DAP itu.

Tony menegaskan, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa ahli dewan imun atau kebal terhadap apa yang diperkatakan ketika perbahasan.

“Tiada seorang pun boleh dikenakan sebarang tindakan mahkamah dengan apa yang telah diperkatakannya atau sebarang undi yang diberikannya semasa mengambil bahagia dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana jawatankuasa,” jelasnya.

Katanya, kekebalan itu penting untuk memastikan wujud ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran negeri dan negara.

Pada 27 November lalu, Shu Qi mempersoalkan sama ada Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin menerima sejumlah suapan melibatkan skandal mengubah status tanah bumiputera kepada status bukan bumiputera di negeri itu.

Pendedahan itu berdasarkan sebuah dokumen bocor di laman web dipercayai merakamkan kenyataan salah seorang saksi SPRM, Amir Shariffuddin yang mendakwa Khaled menerima sejumlah wang daripada Amir.

Ekoran itu, beliau disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang yang berani bersuara dikenakan tindakan siasatan, tapi bagaimana pula dengan orang yang didakwa lakukan kesalahan?” soal beliau.

Viewing all 19707 articles
Browse latest View live