Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Sejarah PM berundur selepas p'raya Pmtg Pauh berulang?

$
0
0
PERMATANG PAUH: Adakah sejarah Perdana Menteri Malaysia berundur selepas pilihan raya Parlimen Permatang Pauh akan berulang?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin pada sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) P.044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pagi ini.

Menurutnya, Tun Mahathir Mohamad berundur selepas dua tahun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan raya Umum 1999.

Begitu juga, katanya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan Perdana Menteri beberapa bulan setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Permatang Pauh pada 2008.

"Adakah sejarah itu akan berulang?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.
Beliau mengemukakan persoalan itu berikutan serangan yang berterusan Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Mohamad.

Bahkan, katanya sehingga kini tidak terdapat kain rentang dan poster Perdana Menteri di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, dalam 27 tinjauan yang dilakukan di pondok panas dan bilik gerakan BN didapati langsung tiada poster Najib.

"Ada sesuatu yang tidak kena, dalam tinjauan kita tak nampak poster PM," katanya lagi.

Tanya beliau lagi, adakah politik dalaman Umno yang bermasalah sekarang dibawa ke PRK Permatang Pauh.

"Kali ini poster PM tak nampak langsung, adakah Najib diboikot di Permatang Pauh?

"Adakah orang-orang Umno sendiri, Umno Permatang Pauh dan Umno negeri, calon BN setuju dengan Mahathir kata Najib kena letak jawatan?" tanya beliau lagi. - HARAKAHDAILY 28/4/2014

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707