Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Tenaga Ustaz Yusni Mat Piah diperlukan di ROMPIN

$
0
0
TENAGA USTAZ YUSNI MAT PIAH DIPERLUKAN DI ROMPIN


PRK P044 Permatang Pauh kini semakin hangat dengan kempen kesemua calon dan jentera mereka, terutamanya dari PR yang diwakili oleh PKR dengan calonnya Presiden PKR, DS Wan Azizah. Kemelut PAS di Permatang Pauh selesai apabila perbincangan dan pertemuan tertutup telah diadakan di antara pimpinan utama PKR dan PAS. Tiada mana-mana pihak yang memohon maaf kerana masing-masing memahami pendirian dan kekeliruan yang wujud. Parti mana yang tidak pernah buat salah? Adakah kerana itu maka harus dikorbankan prinsip menentang kezaliman yang selama ini sama-sama kita perjuangkan. 

Namun, masih berbunyi suara-suara sumbang di Permatang Pauh. Kenyataan Ketua Pemuda PAS P.Pinang memperlihatkan sikap negatif beliau yang tidak memahami apa yang diarahkan oleh pucuk pimpinan partinya sendiri bahkan direstui oleh salah seorang Ahli Majlis Syuranya. Laporan menyebut, tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR. “Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad. Pemuda PAS Pulau Pinang kelmarin dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka. Soalnya, tidak pernah sekali kah Presiden PAS memperlekehkan Presiden PKR atau mana-mana ahli dari PKR? 

Sampai bila mahu bersikap balas dendam? Kalau semua asyik berbalas sedemikian, Umno/Bn juga yang kenyang. Pada pendapat aku, tidak perlu dikenakan tindakan tatatertib ke atas Us Yusni jika mahu berlembut. Biarkan beliau dengan juak-juaknya yang ingin membenarkan Umno/Bn menang di Permatang Pauh dan tidak berkempen di Permatang Pauh. Cuma, sarankan kepada beliau jangan banyak buang masa di Permatang Pauh jika tidak mahu membantu, elok masa yang ada itu digunakan oleh Us Yusni dan geng-gengnya ke Rompin. 

Rompin amat memerlukan tenaga muda seperti Us Yusni. Lebih banyak pahala diperolehi oleh beliau di Rompin kerana di sana calon yang bertanding adalah dari PAS. Bagi aku, sehingga kini aku bekerja di Rompin untuk memastikan Umno/Bn tersungkur. Sedikitpun aku tidak terpengaruh dengan provokasi oleh Us Yusni di Permatang Pauh. Jika aku mahu PKR menang besar di Permatang Pauh, aku juga mahu PAS menang walaupun dengan majoriti sedikit di Rompin kerana Rompin bukan calang-calang tempat. 

Namun tiada yang mustahil di Rompin. Alhamdulillah, setakat ini PKR di Rompin tidak banyak songeh kerana mereka kenal siapa musuh mereka yang sebenar. Selamat berjuang semua. 

Dicatat oleh 
WFAUZDIN NS 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707