Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Zul Hazmi..Antara Manusia yang PEGUAM NEGARA takut bila berhadapan dalam mahkamah...

$
0
0
‘Zulhazmi bertubuh kecil, tapi AG takut dengannya’

SUNGAI PETANI: Biarpun bertubuh kecil, namun, kelibat dan usaha yang dilakukan Peguam Jawatankuasa Anti-Saman Ekor, Zulhazmi Shariff menghalang penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengecutkan Peguam Negara (AG). 

Malah pada satu tahap, Peguam Negara terpaksa menangguhkan sementara perbicaraan saman ke atas tertuduh bagi kes kompaun AES sehingga kini akibat tekanan yang dilakukan Zulhazmi dalam kempen-kempennya.

Demikian kata Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Saifuddin Nasution semasa berucap di atas pentas yang dibina di atas treler Negara Berkebajikan di Pekan Tikam Batu, dekat sini 24 Februari lalu. Saifuddin hadir bagi memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini yang turut disertai Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh.

Berucap lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mengucapkan tahniah kepada Zulhazmi dan rakan-rakannya dalam menjayakan siri Jelajah Negara Berkebajikan yang menggunakan treler yang diberi jolokan nama, Optimus Prime.

Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran Zulhazmi selaku penggerak utama treler Jelajah Negara Berkebajikan itu, Mohd Firdaus pula berkata, pihaknya kagum dengan kecekalan pasukan kendalian Peguam KASE itu bekerja siang dan malam bagi mempastikan kelancaran jelajah.

"Mereka ini bukan pasukan teknikal, saya difahamkan mereka ini kalangan wartawan Harakah dan Zulhazmi sendiri selaku peguam yang dahulunya tidak tahu soal teknikal ini, namun berjaya menghasilkan impak yang berkesan dalam jelajah ini," ujar Firdaus.

Pasukan sokongan Treler Optimus Prime ini dianggotai dua wartawan Harakah dan Harakahdaily yang dipandu arah oleh Zulhazmi selaku komandan.

Sementara secara keseluruhannya pengedalian aspek keselamatan hingga perancangan dikendalikan bersama Nazri Ismail selaku pemugar idea dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan selaku pemudah cara perjalanan.

Sementara pasukan ini turut dibantu dua pemandu berpengalaman yang turut terbabit secara terus dalam aspek teknikal bagi menggerakan jentera tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707