Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, mengikut perkiraan matematik, keluasan kawasan balak tersebut adalah seluas 95.7 hektar (27km x 0.033 km) dan hasil balak dianggarkan seperti mana yang didakwa.
Tambah beliau, projek tersebut telah diserahkan kepada Kedah Corporation Berhad bagi tujuan di kawal selia, namun timbul kesangsian apabila tiada sebarang hasil diserahkan kepada kerajaan negeri.
"Timbul persoalan yang begitu besar berkenaan hal ini. Ketika kerajaan Pakatan baru memerintah, sebuah site office dan sebuah kereta telah dibakar.
"Adakah ini satu percubaan untuk melupuskan bukti yang bahawa berlaku penyelewengan?” tegasnya
Mengulas lanjut, beliau meminta pihak yang berwajib perlu menyiasat secara terperinci serta pesalah harus dikenakan hukuman yang setimpal kerana menyalahgunakan hasil kerajaan negeri bagi tujuan kepentingan diri.
"Banyak yang boleh dibuat dengan RM3 juta. Pakatan tebang balak untuk kebajikan rakyat, rejim Umno-BN tebang balak lebatkan duit dalam poket mereka.
"Kita gesa skandal penyelewengan ini dijelaskan dan pada masa yang sama jika didapati kebenaran tentang hal ini, maka pihak berwajib perlu