NGO BARA siang tadi dihalau polis ketika berdemo membantah projek IC oleh Dr M di Sabah.
Alasan Polis kononnya mereka tidak mempunyai bukti kukuh mengatakan Dr M yang merancang projek ic.Padahal Dr M sendiri yang sudah mengaku dan malangnya semenjak Dr M mengaku sehingga kini Polis enggan menyiasat skandal melibatkan mahadewa si Madey Kutty..
Bantah Anugerah Kerakyatan Asing (BARA) ditubuhkan petang ini bagi memerangi sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang membabitkan pemimpin negara sehingga tercetusnya situasi tidak menentu seperti di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sekarang. Pengerusi badan bertindak itu, Ahmad Tarmizi Abdullah berkata, pihaknya melancarkan satu demontrasi aman di perkarangan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat, 8 Mac bermula jam 11.45 pagi
![]() |
"Pergolakan di Lahad Datu dan Semporna bawa isyarat penting kepada semua kita, sindiket beri kad pengenalan kepada warga asing babit pemimpin negara terang-terangan ancam keselamatan negara. "Pemimpin negara yang beri kad pengenalan kepada warga asing adalah musuh negara. Tiap-tiap rakyat wajib tolak mereka.
Ini, isyarat yang kita akan bawa pagi Jumaat nanti," ujar beliau di Bandar Perda, Bukit Mertajam petang tadi. Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya tidak menyembunyi lagi rahsia sebenar mengenai sindiket beri kad pengenalan kepada warga asing di sebalik 'sandiwara berdarah' di Sabah yang berlarutan sejak tiga minggu lepas
. . 'Sandiwara berdarah' yang dikaitkan dengan konspirasi terancang pemimpin negara telahpun menyaksikan lapan komander polis dan lebih 30 warga asing korban. Tragedi itu tercetus semasa Pakatan Rakyat sebelum ini, atas nama sayangkan negara giat mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCi) menyiasat sindiket berkenaan, terutama semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih perdana menteri.
Dr Mahathir pula dilaporkan berdalih, Tunku Abdul Rahman Putra al-Hajj (perdana menteri pertama) lebih banyak memberi kad pengenalan kepada warga asing berbanding kepemimpinannya.
"Kenyataan bekas pemimpin negara itu jelas menunjukkan dia tahu sindiket khianat negara babit pemimpin negara wujud. "BARA akan terus seru rakyat supaya heret semua pengkhianat negara ini ke muka pengadilan, kita tuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Najib sekarang bagi menghadapai anasir khianat negara semasa Umno tewas pilihan raya umum nanti," tegas Tarmizi. Chat conversation end
Gambar ehsan Saiful Azwan