Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pas Kedah yakin tingkat majoriti

$
0
0
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
11 Mac 2013
Pas Kedah yakin tingkat majoriti
Phahrolrazi (tengah) menyampaikan bendera Pas kepada wakil jentera parti Pas Kuala Kedah sebagai persediaan menghadapi PRU13, malam kelmarin.
 
KUBANG ROTAN – Pas Kedah yakin mampu meningkatkan majoriti undi yang lebih banyak di Dun Pengkalan Kundur, Dun Kubang Rotan dan Dun Anak Bukit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya yakin sokongan rakyat terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) akan terus meningkat berikutan pelbagai isu yang sedang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, Pas juga akan mengusahakan untuk mendapatkan majoriti undi lebih tinggi berbanding PRU12 di setiap Dun kawasan Parlimen Kuala Kedah sekurang-kurangnya majoriti 5,000.

“Kuala Kedah merupakan kubu kuat kita (Pas) dan kita sudah pun menjadi kerajaan. Insya-ALLAH dengan keyakinan majoriti yang ada sekarang, kita akan mantapkan lagi sokongan rakyat di Kuala Kedah kerana kita sudah pun maksimum dari segi kemenangan kerusi, cuma kita nak tingkatkan lagi majoriti.

“Kita sasarkan di setiap Dun, kalau dulu bagi Pengkalan Kundur majoriti dalam 3,000 lebih, kita tingkatkan lagi mungkin sampai ke 5,000. Begitu juga dengan Dun Anak Bukit dan Kubang Rotan. Insya-ALLAH kita akan tingkatkan lagi dari segi sokongan rakyat terhadap PR,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program sambutan 5 tahun dah!!! Tak bubar lagi ka? di Markas Pas Kawasan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin.

Beliau, yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah berkata, sokongan rakyat terhadap Pas dan PR juga semakin meningkat dan bertambah.

“Ada juga negeri yang tidak ada sokongan lagi pada suatu ketika dulu seperti Johor, Melaka dan Pahang, sekarang ini sudah pun menunjukkan tanda rakyat akan beralih menyokong PR. Begitu juga di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Berdasarkan rekod PRU12, Dun Pengkalan Kundor disandang Phahrolrazi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,122.

Sementara di Dun Anak Bukit, calon Pas, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menewaskan calon BN dengan majoriti 3,806 dan di Dun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa menang dengan majoriti 1,387 mengalahkan calon BN.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707