Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Hesa & Pasti Kedah Bakal Miliki Kompleks Sendiri

$
0
0
Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
GUAR CHEMPEDAK: Cita-cita menjadikan Kedah sebagai Serambi Al-Azhar iaitu negeri ilmu terus didokong pelbagai pihak. Malah, di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, aspek pendidikan dan institusi berkaitan diberi perhatian serta bantuan sewajarnya. 

Usaha terkini terlihat menerusi komitmen Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Dewan Pemuda PAS Kedah yang bakal mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri.

Majlis pecah tanah kompleks berkenaan telah diadakan di Kampung Pondok Haji Majid, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Hesa, Ustaz Ahmad Yahaya, pembangunan kompleks tersebut sebagai usaha menggiatkan lagi usaha sama dalam memartabatkan bidang pendidikan Islam di negeri ini.


Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah berkata, selain sebagai kompleks pentadbiran, ia akan turut menjadi pusat kegiatan para guru dan pelajar sekolah-sekolah yang bernaung di bawah Hesa dan Pasti.

Majlis perasmian telah disempurnakan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan bacaan doa selamat oleh Mudir Madrasah Takwiyatul Islamiyah, Tuan Guru Abdullah Lebai Samah.

Sebanyak RM1.5 juta diperlukan untuk menyiapkan kompleks berkenaan. Orang ramai boleh menyumbang menerusi pembelian tanah wakaf atau wang tunai ke akaun Unit Hesa (Bank Islam Malaysia Berhad 02084010031579).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707