Sapaalah yang karang risalah haram ni? BANGANG TAHAP GABAN!!!
Oleh: Johari Don
Sewaktu Joe dan rakan-rakan turun ke Pendang pagi kelmarin untuk mengedarkan buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ maka terserempak dengan budak-budak UMNO juga dok edar risalah kat pecan sehari (nat). Tengah rancak depa dok edar tapi bila bertembung dengan crew kami terus tersentot tak berani nak hulur risalah tu. Lepas Joe minta, baru terketar-ketar bagi.
Balik ke opis letak atas meja, pagi ni baru mula buka baca. Maklumlah risalah UMNO ni bukan ghairah sangat sapa pun nak baca... banyak muhong.
Setelah menyelak helai demi helai memang ternyata bahan risalah tu banyak merapu dari memberi fakta, rupanya depa cuba jawab risalah ‘Beza antara 2 Kerajaan Negeri’ (PR dan BN) yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan. Kesimpulannya bahan risalah haram depa tu (haram sebab tiada penerbit, memanglah risalah UMNO tapi UMNO mana ada telog nak mengaku... harap ambik telog ayam nak bagi kata ada telog).
Dari aspek bahasa, memang tak pro langsung, bahasa budak Tabika Kemas pun elok lagi. Lebih kurang bahasa budak nangoi Pekan Naka tulah, maki hamun usah dikira. Fakta bohong tu dah jadi kewajipan depa, kerana Fitnah adalah rukun UMNO no 1. Contohnya, dia kata PR penaik cukai tanah UUM 10 kali ganda... walhal sejak ambik alih kerajaan PAS turunkan cukai tanah hingga 75% sejak tu sampai la ni tak pernah naik sekepiang pun.
Tak perlu Joe nak ulas satu-satu isi ‘jawapan’ yang diberi dalam risalah tu sebab semuanya sama cara menjawab iaitu... macam ni:
Dalam risalah ‘Beza antara 2 Kerajaan Negeri’ ia membandingkan kejayaan kerajaan negeri yang diperintah oleh PR berbanding kerajaan negeri yang diperintah oleh BN dulu. Ia tidak membandingkan dengan kerajaan Persekutuan dulu kerana PR belum perintah kerajaan Persekutuan lagi. Lepas perintah nanti (insyaAllah sebulan lagi) bolehlah nak bandingkan pun.
Misalnya kita sebut, masa PR Kerajaan negeri beri sumbangan pelajar IPTA; RM200 diploma, RM400 ijazah. Kerajaan negeri BN dulu tak bagi pun. Depa jawab, BN bagi lagi banyak bantuan dari Tadika sampai Universiti, BN buat sekolah, university... kah kah kah SAH KATA BANGANG! Haktu kemampuan kerajaan Pusat... ia bukan dibuat oleh kerajaan BN negeri Kedah dulu... itu guna peruntukan Pusat abang oiii!!! Sorang yang dilantik jadi ketua kampong mokalu nak tengok hehebatannya kena banding dengan ketua kampong sebelumnya atau selepasnya, bukan dengan membandingkan ketua kampong tu dengan Perdana Menteri! Epal to epal, buah lakom to buah lakom, durian to durian... paham ke dak aku habag ni.
Begitu juga dalam semua isu lain... bila kita sebut kerajaan negeri bina Maahad Tahfiz Sains kat Pulau Tuba, depa jawab zaman depa dulu bina KUIN, UUM, UiTM... kah kah kah. Mampoih kira dengan puak2 ni. Patut hangpa jawab, masa BN dulu nak bina juga kat Pulau Tuba tu Universiti of Tomorrow, tapi sampai laa tak siap sebab tunggu tomorrow.
Satu lagi jawapan yang syok dan lawak... bila kita sebut Skim Kafalah berupa khairat kematian untuk keluarga si mati, depa jawab... tunggu mati baru dapat. Adohai mak oiii... mana ada khairat kematian untuk orang hidup?? Jenuh aku tepuk dahi puak2 ni. Abih tu yang kerajaan Najib kalut dok bagi sumbangan untuk wira Lahad Datu tu buat apa, depa dah mati? Awat tak pi perosok duit dalam kubog? Kah kah kah... mampoih layan puak2 ni, bengong bukan sekagha.
Cukup dulu godaman dan balunan aku untuk pagi ni... minta maaf noo kasag bahasa, sekian wassalam.
note hangpa nak baca perbandingan antara kerajaan PR &BN Kedah : KLIK SINI