Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

PEMUDA UMNO KEDAH penin...!

$
0
0
Pemuda Umno Kedah Keliru Dan Buat - Buat Keliru
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Pemuda PAS Kedah menyifatkan Pemuda Umno Kedah sebagai keliru dan buat-buat keliru berikutan Umno itu sendiri adalah parti yang keliru.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, isu 12 masjid sebagaimana yang terdapat dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera itu dipolitikkan Umno berikutan keberkesanannya selain memaparkan kejayaan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dalam tempoh sepenggal ini.

“Isu 12 masjid ini saya sedia berdebat dengan Badrol. Beliau keliru dan debat kita akan menjawab kekeliruannya. Ada perkara yang jelas, tidak keliru, tetapi Pemuda Umno Kedah buat diam sahaja.

“Isu RM403 juta ‘biawak hidup’ tinggalan pemerintahan BN, ini isu yang jelas, tiada kekeliruan, tetapi didiamkan sahaja oleh Pemuda Umno Kedah.

“Buku Sayangi Kedah Sejahtera itu sangat berkesan dan kerana itulah Umno melompat. Mereka tidak dapat menafikan kejayaan Pakatan Rakyat, cuma mereka buat-buat keliru,” tempelaknya.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim mendesak Menteri Besar meminta maaf berhubung 12 masjid yang dibina dalam negeri ini sepanjang tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2013.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707