memang terbukti MALAYSIA PAKAR DALAM BAB SEX....patutlah pimpinan UMNO suka bab SEX nie...rupa-rupanya dok buat promosi sampai PALESTIN sana nuuu...
Daripada GAMAL NASIR MOHD. ALIGAZA 2 April - Buat julung-julung kalinya, satu pembedahan pemasangan alat bantuan ereksi (penile prosthesis insertion) dilakukan di Palestin dengan bantuan tiga doktor pakar dari Malaysia.Menurut Dr. Faez Zidan, doktor pakar tempatan yang mengendalikan pembedahan tersebut, pembedahan itu dilakukan bagi membolehkan seorang pesakit yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah akibat terkena letupan bom menjalankan kegiatan seks seperti biasa."Ini kali pertama pembedahan seperti ini dilakukan di Palestin kerana sebelum ini semua pembedahan itu dibuat di luar negara dengan kos yang tinggi."Terima kasih kepada doktor-doktor pakar dari Malaysia kerana membawa alat bantuan itu dan memberi tunjuk ajar mengenai pemasangan alat tersebut kepada kami," katanya kepada wartawan Malaysia selepas pembedahan hampir tiga jam itu di Kompleks Kesihatan Al-Razi dekat sini semalam.Dalam Misi Kemanusiaan Ke-14 ini, Aman Palestin Berhad buat julung-julung kalinya membawa enam doktor pakar ke wilayah yang dikepung dan disekat oleh Israel ini bagi melaksanakan sekurang-kurangnya 12 operasi pembedahan.Kumpulan pakar perubatan itu akan membuat 21 operasi pembedahan iaitu enam pembedahan ortopedik, 11 pembedahan urologi dan empat pembedahan neurologi, yang dianggarkan menelan kos RM500,000.Tiga doktor pakar dalam bidang urologi yang melakukan pembedahan pemasangan alat bantuan ereksi itu semalam ialah Dr. Hamid Gahazali dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Dr. Md. Mahir Abdullah dari Pusat Perubatan KPJ Selangor (SMC) di Shah Alam dan Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dari Hospital KPJ Perdana di Kota Bharu.Dr. Faez berkata, pembedahan itu amat penting bukan sahaja sebab pembedahan pertama sepertinya, tetapi juga amat bermakna kepada kerjasama dan sokongan dalam hubungan dua hala Malaysia-Palestin."Berkat sokongan dan kerjasama ini, seorang pesakit muda yang lumpuh akibat kecederaan kepada tulang belakang kini insya-Allah dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih cerah," katanya.Sementara itu, Dr. Hamid memberitahu, alat bantuan ereksi yang dibawa dari Malaysia itu berharga RM30,000 dan pemasangannya di Kompleks Kesihatan Al-Razi berjalan dengan lancar."Secara asas, keperluan untuk melakukan pembedahan pemasangan alat bantuan ereksi ini ada dan boleh dilakukan di sini (Gaza)."Namun apa yang tiada ialah peralatan khusus seperti alat bantuan ereksi itu. Kerana itu, kami bawa alat bantuan dari Malaysia ini sebagai satu sumbangan, di samping memberi tunjuk ajar mengenai pemasangannya kepada doktor-doktor di sini," ujar beliau. - UTUSAN