Heh, awat semua pakat tak mau layan Cikgu Non ni?
Oleh: Mat Kering
Cikgu Non @ CN Afghani @ Zainon Ismail kini diusung ke sana sini oleh UMNO untuk serang PAS, maklumlah kononnya Cikgu Non ni bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah... entah betoi kedak MK tak tau sebab waktu MK aktif PAS bayang Cikgu Non pun dah takdak dalam PAS. Kononnya juga orang tua ni adalah ahli PAS seumur hidup... tang ni pun bohong dah! Tidak ada dalam perlembagaan PAS status ‘ahli PAS seumur hidup’ sebab kalau ada status tu maknanya ahli PAS tak boleh dipecat kerana dia jadi ahli sampai mati. Yang MK tau cara bayaran keahlian PAS iaitu, sekali bayar yuran sekaligus untuk seumur hidup.
Untuk dapatkan profail Cikgu Non ni, MK pun pi tanya orang lama-lama dalam PAS Kedah terutama bekas kawan2nya. MK tanya YB Senator Pak Chop Husein, YB Dato’ Mahfuz Omar, Pak Teh Aris Awang, Haji Zolya, Pak Chop Pin, Haji Kasim Mina... malangnya jawapan yang MK terima lebih kurang senada iaitu.. “Ha ha ha, tak payah layan dia, buang masa layan dia, dia provoke suruh layan nak bagi laku dalam UMNO...bla bla bla.” Maknanya, takde pekdah langsung nak layan manusia bernama Cikgu Non ni. Jawapan yang paling syok MK terima, “Biag piilah dia gila sorang-sorang, bila BN kalah teruk PRU nanti... dia pun jadi kupang temaga silap2 UMNO boh penyepak pungkok lagi ada, dia punya pasai BN kalah teruk di Kedah.”
Pasai tuduhan dia terhadap pemimpin PAS yang kononnya seleweng duit tabung Memali macam mana? “Biag pi kat dialah, dia buat fitnah banyak mana pun bukan boleh lari mana... mati jugak nanti, kat akhirat malaikat siap dah dok tunggu.” Itu antara jawapan diterima. Ihh baguih sungguh orang PAS.
Satu lagi aku tanya... apasai dia ajak debat takdak sorang pun pemimpin PAS yang sahut? “Laa dia tu sapa? Kalau ada sorang budak taik pit contohnya ajak PM berdebat, heh takkan Najib nak terima cabaran tu kot... ukog badan laa.”