Tabung Lahad Datu: Polis enggan terima sumbangan dari Pakatan Rakyat

ALOR SETAR – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kecewa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mahu menerima sumbangan daripada penyokong PR untuk disalurkan kepada wira-wira negara yang terkorban dan tercedera di Lahad Datu.
Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata bahawa beliau agak kesal apabila pihak PDRM tidak mahu menerima sumbangan untuk diserahkan kepada wira-wira Lahad Datu, sedangkan ini merupakan sumbangan daripada rakyat.
Beliau berkata demikian semasa sidang media berkenaan PDRM tidak mahu menerima sumbangan wang daripada penyokong PR kepada Wira Lahad Datu, di Mess PDRM Alor Setar.
“Sumbangan-sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada penyokong-penyokong PR Kedah dalam program-program yang dianjurkan. Kita telah umumkan bahawa kutipan ini adalah khusus untuk mangsa-mangsa yang tercedera dan terkorban di Lahad Datu.
“Selepas ini kita akan bincangkan bagaimana sumbangan ini dapat juga disalurkan kepada wira-wira Lahad Datu. Mungkin kita akan cari mangsa-mangsa tersebut di kawasan utara ini yang lebih dekat dengan kita untuk diserahkan terus kepada mereka,” katanya dalam nada kecewa.
Beliau meyakini bahawa sumbangan daripada parti politik kepada perwira Lahad Datu ini memang wujud. Tetapi beliau akan siasat terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak sumbangan seperti ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ini merupakan sumbangan daripada rakyat dan beliau menyifatkan seperti terdapat ‘double standard’ dalam kes ini.
Sementara itu, sebelum ini PR Kedah sudah dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada PDRM di Mess PDRM Alor Setar. Namun, apabila tiba hari penyerahan sumbangan tersebut, pihak PDRM tidak dapat menerima sumbangan tersebut atas alasan tidak dapat menerima sumbangan daripada parti politik. Hal ini menyebabkan banyak pihak yang terkejut dan kecewa.
YB TAK PAYAH SUSAH-SUSAH..SEKARANG ZAMAN TANYA PAKCIK GOOGLE SAHAJA KLIK SELEPAS TU JUMPALAH JAWAPANNYA.....
BN Lembah Pantai sumbang RM150,000 kepada wira Lahad Datu
KUALA LUMPUR 26 Mac - Pengorbanan anggota keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu terus mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak di negara ini.
Terbaharu, Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai tampil menyampaikan derma berjumlah RM150,000 untuk disumbangkan kepada balu-balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam tragedi tersebut.
Setiap keluarga mangsa menerima sumbangan RM10,000 daripada wang kutipan yang berjaya dikumpul melalui tabung yang diletakkan di pusat-pusat mengundi dan ibadat di seluruh kawasan Lembah Pantai
Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, tabung kutipan itu dilancarkan sejak 3 Mac lalu sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan masyarakat kepada anggota keselamatan yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
"Hari ini kita sampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terkorban di Lahad Datu iaitu Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sarjan Abdul Azis Sarikon, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, Koperal Salam Tugiran dan Sarjan Detektif Baharin Hamit
"Sumbangan sama turut akan diberikan kepada dua lagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkorban dan lain-lain anggota keselamatan yang cedera dalam insiden tersebut," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Keluarga Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, balu-balu dan ahli keluarga kepada tujuh anggota polis yang terkorban itu.
Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, pihaknya terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menghargai jasa perwira yang terkorban dan cedera dalam insiden itu bagi meringankan beban keluarga mereka.
Sementara itu, Mohmad berkata, keprihatinan ditunjukkan rakyat negara ini dengan menghulurkan sumbangan tersebut amat dihargai oleh seluruh anggota keselamatan.
"Namun harus diingat, sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga anggota yang terkorban dan ia tetap tidak akan sama dengan nilai kasih sayang.
"Bagi pihak polis Kuala Lumpur, kita juga telah melancarkan tabung kutipan yang kini sudah mencecah RM16,000," katanya.
BATU PAHAT - Barisan Nasional (BN) Batu Pahat hari ini menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga anggota polis anak kelahiran daerah ini yang terbunuh dan cedera dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
5 Mac 2013
Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tabung berkenaan diharap dapat meringankan beban keluarga Allahyarham Sarjan Abd Azis Sarikun dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli.
Abd Azis, 48, dari PGA Batalion 14 Tawau berasal dari Kampung Parit Punggur Darat, Rengit, dekat sini manaka Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, yang cedera ditembak di bahu dan kedua-dua kaki merupakan anak kelahiran Kampung Kelicap, Senggarang.
"Kutipan diharap dapat membantu empat anak Abd Aziz yang masih kecil. Seorang anak arwah masih belajar di Kolej Matrikulasi, Labuan dengan yang bongsu baru berusia empat tahun.
"Arwah juga mempunyai ibu yang uzur dan tabung ini akan membantu mereka. Kita ikhlas membantu mereka dan kita juga berbangga dengan perwira negara yang berkorban untuk mempertahankan negara," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat Parlimen Batu Pahat, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang, Sungai Suloh, di sini.
Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata kutipan tabung itu juga akan diagihkan kepada Mohamad Qaiyum'aiqal, bagi membantunya yang berhasrat menyambung pelajaran di universiti.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai tampil menghulurkan sumbangan dan terus mendoakan keselamatan polis dan tentera yang sedang bertugas di Lahad Datu. - Bernama