Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

UMNO BN masih bebal dan tak faham apa itu "KERAJAAN SEMENTARA"

$
0
0

PRu13 : Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

IzzahLEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kempen politik Umno BN, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Dia masih lagi gunakan kenderaan rasmi kerajaan, malah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dah jadi bilik gerakan Barisan Nasional.

“Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah dalam ceramah kelompok KEADILAN Lembah Pantai di Apartment Pantai Permai malam tadi.

Kata Izzah, sepanjang lima tahun berkhidmat di Lembah Pantai, beliau berulang kali dihalang menggunakan kemudahan termasuk Dewan Orang Ramai bagi program kemasyarakatan akibat campur tangan politik Umno BN.

Malah, peruntukan RM1.5 hingga RM2 juta Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen Lembah Pantai dinafikan dan disalur kepada Umno dan Barisan Nasional Lembah Pantai.

Izzah menjelaskan, Wilayah Persekutuan yang diwujudkan Kerajaan Pusat selepas kekalahan teruk Perikatan pada 1969 adalah rancangan menyekat kemaraan pembangkang di Selangor.

Namun, semuanya berubah apabila tradisi kemenangan majoriti Perikatan (BN) di Wilayah Persekutuan dipecahkan Pakatan Rakyat pada 2008.

“Pada PRU ke-12, banyak kerusi dimenangi pembangkang. Namun, semua permohonan kita ditolak.
“Bukannya kita tak bayar, atau tak ada permit. Tapi akhirnya semua kemudahan jadi milik dia (BN),” kata Izzah di hadapan 300 hadirin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles