Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Perangi politik fitnah

$
0
0
Perangi politik fitnah
Mohd Azmi
ALOR SETAR - Tanpa mengira ideologi, rakyat tidak boleh bertolak ansur dan perlu melancarkan perang terhadap politik berunsurkan fitnah dan lucah.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dianggap sebagai ibu segala pilihan raya kerana menunjukkan tanda politik kotor dengan pelbagai serangan peribadi dilemparkan terhadap kepimpinan sesebuah parti.

Menurutnya, serangan terbaru dengan menghasilkan serta mengedar video lucah adalah strategi politik kotor berada dalam simpanan mereka yang menjadi tentera upahan untuk mencalar peribadi pemimpin parti lawan.

“Strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan bagi menanam kesangsian di kalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama melakukan serangan peribadi terhadap beberapa pemimpin sebelum ini.

“Soal masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif mahu menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Azmi berkata, tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama pihak terlibat mahu menimbulkan kecurigaan.

“Mereka hanya mahu orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambil kira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.

“Faktor kelonggaran undang-undang sivil sedang dieksploitasi berikutan enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan. Jadi sesiapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat,” katanya.

Menurutnya, mereka sudah berkali-kali menegaskan politik murahan dan tidak bertamadun sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbi.

“Namun pihak berkuasa masih tidak menghiraukan gejala ini sehingga jenayah qazaf ini terus dilakukan secara berleluasa.

“Rakyat perlu bangkit untuk memberi mesej kepada pihak terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai. Jika politik fitnah serta lucah tidak dibanteras, wajah politik Malaysia dilihat sebagai budaya yang sangat memalukan,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707