Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Duit rakyat 'musnah' angkara BN Kedah

$
0
0
Susunan AZAMIN AMIN

BN Kedah sudah duduk tergadah dan mula mengelabah. Mereka terus membisu akibat pembongkaran penyelewengan lalu. Kehilangan duit RM6.15 juta projek Udang Kerpan,penyalahgunaan duit GLC kerajaan seperti Seri Temin untuk kegunaan kempen Umno dan 10 senarai projek sakit terdedah sehingga kerugian mencecah lebih RM400 juta. Sudahlah begitu, kerajaan Pakatan Rakyat pula perlu menanggung 'musibah'.

Bagi menutup malu BN Kedah hanya sekadar 'mengitarkan' semula isu.Balak, Kolej Universti Insaniah (KUIN) dan air, dilulang-ulang berkali-kali sehingga rakyat menjadi jemu. Walau sudah dijawab, masih tidak berpuas hati namun rakyat boleh menilai sendiri.

Apatah lagi, rakyat tidak pernah lupa sewaktu BN Kedah perintah, banyak wang rakyat dan projek sudah 'musnah'.Bukti ada di depan mata. Sudah terang, lagi bersuluh Harakah sekali lagi menyelusuri kembali 'jejak' sang gajah putih dan pemandangan menyakitkan mata angkara BN Kedah.


1.Marina Harbour, Kuala Kedah

Marina Harbour terletak di Kuala Kedah merupakan idea Dato' Seri Syed Razak Syed Zain. Kompleks tersebut dicadangkan sebagai tempat persinggahan pelayar-pelayar dari seluruh dunia. Setelah siap tidak dapat digunakan.

Kata Menteri Besar Kedah selepas Syed, Dato' Seri Mahdzir Khalid:"Sebab air pasang surut, kapal layar tidak dapat mendarat waktu air cetek."

Inilah tindakan BN Kedah, buat dahulu baru berfikir. Jika perancangan dibuat rapi pasti peruntukan RM38 juta untuk kompleks itu dapat dimanfaatkan oleh para nelayan dengan sebaiknya dan 'mercu tanda' ini dapat dilihat kini.

2.Chalet Pulau Payar

BN Kedah membangunkan pula projek chalet di Pulau Payar yang bernilai RM6.8 juta. Ia siap dibina, dirasmikan oleh Sultan Kedah, malangnya tidak dapat digunakan kerana tiada sijil layak menduduki (CF) serta ketiadaan sumber bekalan air malah mengakibatkan kerosakan ekologi hutan yang teruk.

3.Kompleks Ikan Bakar, Kuala Kedah

Projek bernilai RM6.8 juta menjadi tempat singgah haiwan liar apabila tidak dapat digunakan kerana tiada jalan masuk yang sempurna serta tempatnya yang amat tidak strategik untuk menjadi tempat menjamu selera. Setelah disiap kini dipenuhi semak samun seperti bangunan lama yang telah ditinggalkan dan ia masih tidak digunakan.

4.Chalet Muzium Padi

Projek bernilai lebih RM23 juta ini dibina pada tahun 1997 dan chalet berhampiran Muzium Padi, di kaki Gunung Keriang. Kawasan ini merupakan tanah sawah milik orang Melayu dan diambil dengan harga yang murah.Lokasinya langsung tidak strategik sebagai tempat penginapan pelancong dan ianya terbengkalai sehingga kini.Pembinaannya dibuat oleh Ekran Holding dan kerajaan telah menjelaskan bayaran RM23 juta.

5.Resort di Tasek Pedu

Resort yang terdapat di Tasek Pedu, semuanya sudah ditutup kini. Tasik Pedu mendapat suntikan kerajaan sebanyak RM8.5 juta untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pada 1994, Holiday Inn Pedu Lake Resort beroperasi dan selepas itu dikenali sebagai Pedu Golf and Lake Resort pada 1999. Pada 2001 ditukar kepada Mutiara Pedu Lake Resort.

Resort yang lengkap dengan pra-sarana kini terbiar. Tiada kawalan keselamatan menyebabkan barang-barang yang tinggal lesap. Kedua-dua resort itu dikatakan mengalami kerugian RM1 juta setahun akibat kehilangan pelanggan.

6.Jambatan Pulau Dayang Bunting

Jambatan yang menghubungkan Kuala Sala, Yan ke Pulau Bunting adalah antara projek Gajah Putih yang menimbulkan tanda tanya. Sewaktu dalam pembinaan, ia diumumkan sebagai satu lagi destinasi pelancongan. Orang ramai boleh menikmati keindahan pulau dengan memandu kenderaan terus ke sana.

Namun apabila projek bernilai lebih RM38 juta itu siap, tiada jalan dibuat dari Kuala Sala ke jambatan tersebut. Siapa pun tidak dibenarkan memasukinya.Ia tidak dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk mengagihkan habuan kepada kroni.

7.Skrin TV Gergasi

Skrin TV gergasi terletak dalam kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar.LED (Light Emission Display) dibeli oleh Kedah Communications & Event Sdn Bhd (KCE) merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah di zaman Dato' Seri Mahdzir Khalid.

Hanya digunakan beberapa bulan kemudian rosak sehingga ke hari ini.Menurut sumber LED yang dibeli merupakan barangan 'second hand'. Mengikut nilaian semasa, harga pasaran sewaktu dibeli ialah RM800,000.00

Sebutharga LED tersebut diterima oleh KCE ialah RM1.4 juta namun ianya dibeli pada harga RM2.9 juta.Kini ianya satu pemandangan yang menyakitkan mata.

8.Plaza Tunku Yaakob

Di bawah BN Kedah Projek Plaza Tunku Yaakob sudah terbengkalai 30 tahun dan mencacatkan pandangan bandaraya Alor Setar namun Pakatan Rakyat yang baru memerintah telah berjaya membangunkan semula dan plaza lama dirobohkan.

Akibat tidak senang, BN Kedah menggunakan isu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut yang berhampiran plaza tersebut sebagai modal politik.Kes kemudian dibawa ke Mahkamah dan setelah setahun akhirnya berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

9.Pusat Akuatik Gunung Keriang

Ianya dibina ketika Kedah menjadi tuan rumah Sukma pada 2006 dengan kos RM37 juta.Bagi kegunaan pembangunan sukan ianya tidak dipertikaikan namun dibina tidak mengikut spesifikasi dan 'standard' sepatutnya.

Pusat akuatik itu masih lagi belum digunakan sepenuhnya dan ia tidak sesuai untuk dibuka kepada orang ramai.Kata Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, Dato' Dr. Hamdan Mohamed Khalib pusat ini tidak seharusnya terbiar begitu sahaja dan kerajaan negeri yang ada tetap memberikan perhatian.

Selain itu terdapat satu isu berkaitan penyelewengan Sukma XI 2006.Sekretariat Sukma XI 2006 dipertanggungjawabkan untuk mencari pembekal dan kontraktor dari kalangan yang layak, melalui pernyataan sebutharga.

'Arahan atas' untuk menyewa barangan peralatan dari syarikat Modern Ten berjumlah RM2 juta yang syarikat tersebut milik keluarga Mahdzir Khalid.Bajet Sukma, RM27 juta telah diperuntukkan namun hanya RM25 juta dikatakan mempunyai dokumen pembayaran yang jelas.

10. Pengambilan tanah rakyat

BN Kedah di bawah kepimpinan Tan Sri Osman Aroff kecoh dengan isu pengambilan tanah rakyat di Tandop, Kerpan dan Yan (projek Jerai International Park).

Pelbagai kisah mengambil tanah Melayu untuk projek mega dan proses pengusiran orang Melayu juga berlaku. Kompleks Perniagaan Utama di Taman Pandan, Kompleks Perniagaan Mergong Jaya, Kawasan Industri Kristal, deretan rumah kedai di Peremba, Alor Mengkudu dan Jalan Gangsa, Gunong Sali, Kuala Kedah; semua asalnya tanah sawah milik Melayu, tapi kini berpindah milik.

Kesimpulannya rakyat tidak lupa sejarah dan tidak mahu dibawa rebah. Pakatan Rakyat dan BN Kedah, antara keduanya rakyat sudah pun membuat keputusan. Menunggu masa untuk diterjemahkan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707