Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Anak Muda Siam Bangkit Ini Kalilah

$
0
0
SUNGAI TIANG: Masyarakat keturunan Siam yang selama ini begitu dingin terhadap hal ehwal politik mulai menunjukkan perubahan sikap dan kecenderungan mereka terhadap Pakatan Rakyat khususnya dari kalangan belia mereka. 

Perkara itu dibuktikan apabila kira-kira 100 anak muda Siam hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Perpustakaan Desa Kampung China yang di sempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, di sini 25 April baru-baru ini.

Kehadiran memberangsangkan itu menunjukkan penerimaan mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Pakatan Rakyat, malah dibuktikan juga semangat membara mereka apabila turut menyertai konvoi mengiringi calon PAS N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharum ke Kampung Tok Set. 

Bahkan, keikhlasan mereka menyertai Pakatan Rakyat dapat dilihat dengan kemurahan hati seorang penduduk di kampung tersebut yang sudi menjadikan rumah beliau sebagai markas operasi sepanjang PRU13 kali ini.


Fadzil Baharum ketika berucap dalam majlis tersebut merakamkan jutaan terima kasih ke atas penerimaan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat, beliau tidak akan menjadi wakil kepada parti dan satu-satu kaum sahaja, tetapi akan menjadi wakil kepada masyarakat dan akan bersikap adil kepada semua.

Dalam pada itu, Pan a/l Polt, 32 tahun ketika ditemubual menyatakan beliau berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah dalam tempoh sepenggal yang lepas “Sepanjang Pakatan Rakyat memerintah, ia memberi kesan yang besar buat masyarakat Siam, contohnya kerajaan negeri memberikan peruntukan khusus buat masyarakat siam di sini, yang tidak pernah dilakukan pada pemerintahan BN dahulu,” Ujar beliau.

Katanya, masyarakat Siam terutama anak muda memberikan harapan yang besar terhadap calon mereka bagi menjaga keadilan dan kebajikan rakyat.

Sebelum bersurai mereka juga mengambil peluang bergambar Mohd Sabu dan Fadzil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707