Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Calon PAS N.19 ,Sungai Tiang - Kalau Minta Ikan Kita Bagi Kail

$
0
0
SUNGAI TIANG: Calon PAS N.19 ,Sungai Tiang, Fadzil Baharum, 43 tahun dilahirkan pada tahun 1970 merupakan calon muda yang berwawasan tinggi. Anak kelahiran Sungai Tiang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang. Seterusnya ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar menghabiskan pengajian sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Telah mendirikan rumahtangga dan beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata. Insan berwawasan ini juga adalah seorang usahawan yang berjaya kerana mempunyai syarikat pembinaan sendiri dan memegang jawatan terpenting sebagai pengarah urusan di syarikat tersebut.

Mula menceburkan diri dalam bidang politik sejak pilihan raya kecil pada tahun 2002 dan pernah menyandang jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah. Fadzil juga terlibat aktif dalam Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah. Sekarang menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. 
Keterlibatan beliau bersama masyarakat mula terserlah sekembalinya beliau ke kampung halaman dengan menanggani isu-isu berkaitan infrastruktur di kawasan Pendang yang amat lemah antaranya jalan sempit, sistem saluran tidak terurus sehingga kerap berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.


“Sepatutnya kita melakukan sesuatu dengan agensi kerajaan menaik taraf prasarana, menaik taraf longkang, itu lebih baik, daripada kita menyelesaikan masalah dengan hanya tunjuk muka, memberi hamper dan sumbangan. Ini tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak baik untuk masyarakat bagi jangka panjang,” ujarnya menyatakan pandangan.

Beliau juga dilihat seorang yang optimis dalam memperjuangkan isu tanah di mana menjadi kemelut masyarakat setempat sejak sekian lama. Antara pendekatan yang telah beliau lakukan terhadap masyarakat miskin adalah dengan mengambil data-data mereka dan menyalurkan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil daripada kaedah tersebut, beberapa kes telah dapat di selesaikan.

Antara ungkapan yang menunjukkan kewibawaan beliau sebagai pemimpin calon wakil rakyat yang berjiwa rakyat ialah, “Kalau nak ikan, kita akan beri jala dan pukat, jangan beri ikan, bagi yang pertama tiada masalah, tetapi yang seterusnya kita perlu memberi alat untuk mereka menangkap ikan.”

Hasil temubual dengannya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang bukan sahaja menyelesaikan masalah masyarakat bagi tempoh singkat, bahkan berusaha mencari jalan dengan menyediakan inisiatif untuk kesan berpanjangan./Warta Utara Online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707