KEDAH 3 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini akan meneruskan siri jelajah ke utara tanah air iaitu di Langkawi, Kedah bagi menyampaikan ceramah dan bertemu rakyat.
Program pertama yang bakal dihadiri beliau selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ulu Melaka, Langkawi adalah program Sepetang bersama Anwar Ibrahim yang diadakan di Padang Maktab Mahmud, Ulu Melaka, Langkawi, jam 2 petang.
Manakala bagi program sama yang bakal dihadirinya diadakan di Pekan Naka, Pedu, jam 4 petang.
Seterusnya jam 5 petang, beliau akan menghadiri majlis Sepetang Bersama Anwar Ibrahim di Kg Tanjong Musang, Pokok Sena.
Kemudian, beliau akan terus ke program berikutnya yang diadakan di Pejabat KEADILAN, Kedah, Bakar Bata, Alor Setar jam 5.45 petang.
Sementara itu, beliau dijadualkan pula solat berjemaah dan tazkirah Maghrib di Surau Taman Peruda, Sungai Petani, jam 7.15 petang.
Bagi ceramah pertama yang bakal disampaikan beliau sebelah malamnya diadakan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani jam 8.30 malam.
Seterusnya, ceramah kedua dihadiri beliau iaitu di Taman Semarak, Sungai Petani, jam 9.45 malam.
Bagi kemuncak ceramah yang bakal disampaikan beliau malam ini di Kedah akan diadakan di Stadium Mini Keladi, Kulim, jam 11.30 malam.