Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Jadikan 5 Mei ‘kerja membersih’ Umno-BN

$
0
0
Oleh Arif Atan

KUALA LUMPUR: Pembentangan analisis terkini Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) berpusat di Universiti Malaya secara keseluruhan menunjukan sokongan majoriti rakyat lebih kepada Pakatan Rakyat.Bagi sokongan terhadap manifesto misalnya, lebih 60 peratus responden menyambut baik Manifesto Rakyat berbanding lebih 50 peratus yang menggemari Manifesto BN.

Selain petunjuk awal kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu, Wak Suardi, 68, berpendapat pemilihan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sebagai calon bagi kerusi Putrajaya juga suatu isyarat jelas tiba masa untuk golongan penjawat awam bangkit melakukan perubahan.

Aktivis veteran yang masih ligat di pentas Pakatan Rakyat ini berpendapat, penjawat awam khususnya di ibu pentadbiran kerajaan pusat itu mesti membuang rasa takut terhadap Umno-BN kerana baginya takut kepada pihak zalim samalah seperti menyokong kezaliman itu sendiri.

“Dalam tempoh ini (kerajaan sementara) tiada siapa yang berkuasa. Jadi, masih mahu menjadi penyokong syaitan yang dikenali (BN)?,” bidasnya yang juga pengasas KeADILan di Negeri Sembilan dan Ketua Cabang Seremban (1999-2001).


Tambah beliau lagi, penjawat awam di seluruh negara yang masih belum cukup berani menumbangkan Umno-BN tidak ubah seperti bersekongkol dengan kejahatan selain kurang yakin dengan rezeki daripada Allah SWT.

Sementara itu, pekerja swasta, Hafi zan Yamin, 28, berpendapat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah bermakna menjadikan hasil kekayaan tanahair ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat kelak. Beliau berkata, tarikh 5 Mei nanti akan menjadi detik paling bersejarah bermulanya “kerja-kerja pembersihan” terhadap korupsi dan kronisme yang sudah lama melekat sepanjang Umno-BN di tampuk kuasa.

“Namun, syaratnya jika mahu itu jadi realiti, pengundi perlu memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mendapat kuasa memerintah,” ujarnya yang berasal dari Terengganu.

Selain itu, Hafi zan yakin Pakatan Rakyat akan melaksanakan rombakan dalam sistem pendidikan termasuk silibus bagi subjek Sejarah dengan mengangkat perjuangan pengorbanan golongan yang dilabel kiri oleh sejarah ‘susun atur dan ciptaan’ Umno-BN selama ini.

Rakyat dijangka menerima keadaan lebih baik dan sejahtera dari segi kualiti kehidupan pada masa depan berbanding hari ini jika memilih Pakatan Rakyat.

Demikian, tegas penuntut universiti awam terkemuka di Lembah Klang, Izzat Tarmizi, 23 yang menganggap banyak perkara teruk seperti rasuah dan penyelewengan kuasa berlaku sepanjang pemerintahan Umno-BN.

“Rakyat perlu memilih untuk menukar kerajaan Umno-BN kerana dari segi hal ehwal berkaitan syarak misalnya, parti yang pernah diharamkan pada tahun 1987 itu membiarkan banyak perkara yang juga haram di sisi Islam seperti penjualan minuman keras dan perjudian secara berleluasa. “Alasan untuk menjalankan perniagaan yang haram itu tidak patut diterima. Adakah menghapuskan kegiatan-kegiatan itu menyebabkan ekonomi negara ini mundur?” persoalnya.

“Kedua-dua aktiviti haram itu jika dikawal sekuarang-kurangnya dapat menangani kes kemalangan jalan raya akibat mabuk, keganasan rumah tangga, rompakan, pembunuhan, bebanan hutang dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Beliau yakin walaupun Pakatan Rakyat tidak secara jelas menggariskan usaha untuk menangani perkara tersebut dalam manifestonya tetapi baginya menyingkirkan Umno-BN daripada mencandui kuasa di Putrajaya itu sudah cukup baik untuk memulihkan maruah negara yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagi Afi q Razak, 24, pula keselamatan rakyat akan lebih terpelihara kerana janji Pakatan Rakyat dalam aspek tersebut jelas memberi perhatian serius terhadap langkah membasmi kadar jenayah yang gagal dikawal oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, tawaran Pakatan Rakyat bukan sahaja mendatangkan keuntungan dari segi material tetapi paling penting keuntungan dari segi keselamatan jiwa.

Beliau yakin, janji PAS, KeADILan dan DAP bukan seperti ‘janji dicapati’ Umno-BN sebaliknya akan memanfaatkan fungsi pasukan polis untuk meningkatkan tahap keselamatan rakyat bukan dibazirkan hanya untuk menyiasat aktiviti politik pihak lawan seperti yang didedahkan sebelum ini.

Pada masa sama, ujarnya lagi, Pakatan Rakyat melalui tawaran manifestonya jelas untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing yang pada hari ini menjadi nanah dalam aspek keselamatan dan keselesaan hidup rakyat.

Baki tempoh kurang seminggu sebelum pengundi keluar memangkah di kertas undi ini wajar direbut untuk menyedarkan kelompok atas pagar akan betapa untungnya memilih Pakatan Rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles