Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Selangor Akan Tubuh Suruhanjaya Siasat Penipuan Pilihan Raya

$
0
0
oleh Abdul Khalid Ibrahim

Kerajaan Selangor akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) bulan lalu.

Penubuhan suruhanjaya ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

Satu sektretariat diketuai oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad-yang akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor esok- akan bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan suruhanjaya ini bergerak lancar.

Kerajaan negeri akan mengumumkan ahli panel yang dilantik serta syarat dan peraturan suruhanjaya ini tidak lama lagi.


Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707