LAGI CERITA MELAYU TONGGEK DALAM SYARIKAT CINA - APA IMPLIKASINYA?
Sinar Harian hari ini melapurkan seorang pengarah urusan syarikat Teknologi Maklumat (IT) dan kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh pengarah eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat TV transit digital, Asia Media Group Bhd, Datuk Ricky Wong Shee Kai pada Mei lepas (lihat Sinar Harian).
Umum, khasnya komuniti perniagaan mengetahui bahawa Asia Media Group adalah sebuah syarikat Cina yang melantik seorang Ketua Bahagian UMNO sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif nya. Umum juga mengetahui perlantikan itu hanya lah sebagai boneka untuk mendapatkan lesen dan projek Kerajaan.
Apabila berlaku kes seperti di atas ianya bukan setakat tempias kepada pengerusi Melayu nya sahaja tetapi juga kepada keseluruhan imej bangsa Melayu itu sendiri.
"Eh.? You tak tau ke syarikat ini bukan kah Si Fulan bin Si Fulan sebagai Chairman nya?"tanya seorang sahabat Melayu semasa minum pagi tadi sambil membalikkan akhbar Sinar Harian pada saya.
Inilah akibatnya jika ada Melayu UMNO yang sekadar tangkap muat ingin duduk dalam syarikat Cina yang entah dari mana sejarah syarikat nya bermula. Kerana ada syarikat Cina yang bermula dengan hasil wang tauke along dan wang haram. Apabila melantik Melayu UMNO dalam syarikat mereka secara atomatik mereka dapat membersihkan punca datang wang mereka.
UMNO harus membasuh pemimpin-pemimpin mereka yang ‘tonggek’ kepada Cina dahulu baru mereka layak untuk bercakap tentang perjuangan Melayu.
Jika tidak mereka seharusnya menyokong sahaja cadangan Parti Gerakan untuk dijadikan 1BN dan kuburkan sahaja UMNO.