KFA ADAKAN EGM ESOK LANTIK PRESIDEN BARU
ALOR SETAR, 23 Jul: Teka teki siapa Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, KFA yang baru akan terjawab esok apabila KFA akan mengadakan Kongres Luar Biasa, EGM.EGM tersebut akan diadakan di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Setiausaha Kehormat KFA, Syed Khairol Anuar Syed Abidin dalam satu kenyataan berkata, antara agenda EGM adalah melantik Presiden KFA yang baru.Difahamkan, antara nama yang disebut-sebut mengisi jawatan tersebut adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Jawatan Presiden KFA kosong selepas bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meletak jawatan awal Jun lalu ekoran masalah kesihatan.–Berita RTM Kedah