Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH

$
0
0

PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.  

Berita itu kini tersebar secara meluas  di media sosial.


Saya ingin  MEMPERBETULKAN  dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan  kepada  saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di  bilik air, mengapakah perakam  tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu,  Sekolah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles