Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Sekali imbas sahaja, tajuk utama sorat khabar mahu perangi jenayah berat, kita sudah dapat agak bagaimana tindakan-tindakan bodoh akan dilakukan.
2) Sebagai contoh kes bunuh tembak curi, tembak upahan, bunuh sana-sini. Bagaimana mahu perangi? Semua ini hanya akan diperangi setelah berlaku kes-kes tersebut, yakni sudah ada yang kena tembak dan ada kematian akibat dibunuh.
3) Jika tiada kes tembak atau bunuh, bagaimana polis dan pihak berkuasa mahu perangi jenayah ini? Bikin seminar? Bikin poster? Bikin iklan TV? Aktifkan Rakan Cop? Bina pondok polis merata-rata? Pooodah!
4) Penjenayah bukannya bodoh. Jika kes itu melibatkan pembunuh upahan, tentu sekali pembunuh upahan itu tidak bodoh untuk mudah ditangkap.
5) Pendek kata, seruan perangi jenayah berat hanya lah seruan bodoh yang hanya cuba menutup kelemahan pihak berkuasa dan kebodohan orang politik semata-mata. Tiada apa yang akan berubah, malah kes-kes jenayah berat akan terus bertambah. Jika dilaporkan berkurangan, ketahuilah ada tangan-tangan yang menipu statistic!
6) Jenayah berat atau kecil, tidak akan berkurangan dengan memerangi. Kamu yang biar ia berleluasa, kamu pula menyalak mahu memeranginya? Lucu dan lawak sengal apakah?
7) Jenayah berlaku disebabkan jiwa manusia berpenyakit. Jiwa manusia itu telah rosak. Hilang peri kemanusiaan, tiada belas kasihan, kejam dan berhati kering. Penyakit jiwa ini tidak akan dapat diperangi dengan kekuatan fizikal. Hanya system pencegahan yang Tuhan tunjukkan sahaja mampu memuatkan sifat kejam dan tidak berperi kemanusiaan ini dikawal.
Hudud, Qisas dan Takzir tentunya ubat pencegahan yang bijak daripada Tuhan yang mencipta manusia. Hudud melindungi Agama, Nyawa, Keturunan, Maruah dan Harta manusia. Qisas menjadi jaminan kepada nyawa dan anggota badan manusia daripada disakiti. Takzir adalah perlindungan kepada manusia yang melibatkan jenayah bukan hudud dan qisas.
9) Hudud, Qisas dan Takzir bukan hanya menghukum penjenayah, malah menampilkan system pencegahan yang sangat berkesan. Manusia akan gerun dengan hukuman jenayah berat. Tiada sesiapa akan berani melakukannya lagi selepas seorang dua penjenayah dihukum.
10) Hudud, Qisas dan Takzir bukan sahaja melindungi masyarakat, malah memberi keadilan kepada penjenayah juga.
Contohnya: Seorang penjenayah mencederakan tangan mangsa sehingga putus. Penjenayah tersebut tertangkap. Apa reaksi mangsa dihadapan penjenayah? Sudah pasti mangsa atau ahli keluarganya mahu membunuh dan mencincang penjenayah tersebut. Tidak adil bagi penjenayah. Hukum qisas menetapkan, tangan yang dipotong, akan dibalas memotong tangan penjenayah pula, atau dibayar pampasan kepada mangsa (dgn persetujuan mangsa)
11) tetapi undang-undang manusia hari ini, adalah membela penjenayah. Tangan mangsa sudah hilang selama-lamanya. Penjenayah pula dihukum penjara bertahun-tahun, makan free dalam penjara. Lepas habis tempoh, bebas tanpa cacat apa-apa. Jika didenda ratusan ribu, mangsa tidak dapat semuanya. ada pihak lain tumpang makan sekali.
12) Statistik setiap tahun menunjukkan peningkatan jenayah ringan dan berat. Slogan-slogan bodoh terus dilaungkan. Manusia angkuh untuk tunduk pada hukum Tuhan. Belum dicuba, sudah menolak. Tunggulah kamu atau ahli keluarga kamu pula yang menjadi mangsa, baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah!
Sekian
dari facebook