Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

BALING - Mat rempit dikepung

$
0
0
Mat rempit dikepung 
BALING - Tindakan sekumpulan mat rempit melarikan diri ke dalam kawasan kebun tidak berhasil, setelah tindakan mereka dapat dihidu polis.

Kesemua mat rempit yang berusia 13 sehingga awal 20-an itu berjaya ditahan ketika memasuki kawasan kebun di Kampung Sera, kira-kira jam 5 petang semalam.

Dalam ops samseng jalanan itu, sebanyak 15 motosikal disita melibatkan pelbagai kesalahan, manakala salah seorang mat rempit ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata,  polis menerima banyak aduan penduduk mengenai kumpulan terbabit yang sering mengganggu ketenteraman awam di Jalan Baru Kulim-Baling.

“Bukan sahaja merempit, malah mereka sering membuat bising sehingga waktu berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak polis telah membuat pemantauan sebelum operasi dan telah mengenal pasti setiap ‘jalan tikus’ yang digunakan mereka.

“Kita telah menempatkan anggota di setiap kawasan itu bagi memastikan kumpulan mat rempit itu tidak melepaskan diri,” katanya.

Katanya, operasi seperti itu akan diteruskan untuk membendung gejala mat rempit di daerah ini.

Operasi terbabit melibatkan 30 anggota dari semua jabatan dan diketuai oleh Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling Asisten Superintendan Md Nazir Osman dan dibantu oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707