Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Aku, Bersih dan KL112 .. ada aku kesah...janji hak aku sebagai rakyat akan aku perjuangkan..

$
0
0
Mohamad Azhan Hj Desa, 08 Jan 2013


Salam untuk semua, moga dirahmati

Kuala Lumpur bakal menjemput kembali sekalian manusia yang cintakan keadilan. Keadilan yang sudah lama senyap tertidur oleh buaian tangan-tangan bernajis, dibuai manja jangan dibiarkan terjaga. Begitulah mungkin niat sebahagian "makhluk" bertopeng wajah manusia. KL112, membuatkanku mengimbau sejarah 2007, tika aku mula merangkak untuk memahami dunia semasa dan politik caca marba, aku terperosok sama ditarik arus kebangkitan anak muda.

Tanpa pengalaman, dengan hanya sedikit keberanian dan pengetahuan, kaki digerak perlahan, masih terbayang-bayang sepasang kasut sukan jenama Puma berjalur merah, telapaknya menjadi saksi kulorekkan warna warni di lembah yang lazimnya penuh sesak dengan kenderaan, kini berubah dengan lautan insan yang entah dari mana datangnya.

Jalan Masjid Jamek!

"Lari....lari!" Dari jauh laungan memberi satu arahan.Tak keruan dibuat dek tembakan bahan jijik ala zionis, kepulan asap memerangkap pernafasan. Detik itu, mataku makin kelam, kelabu mencari haluan. Kugoncangkan semangat untuk terus bergerak lebih pantas. Tanpa semangat mungkin aku terus tumbang di jalanan, tersekat amat udara ke trakea, fizikal dan mental bergabung seiring menjana tenaga luar biasa. Kebarangkalian itu juga detik-detik manis buat aku dan teman-teman.

"Ya Allah....pedihnya!" meronta jiwa, pertama kali aku dihidang makanan yang tidak diundang! Mata dan wajahku bertukar kemerahan melampau menahan serpihan habuk zionis ala Malaysia. "Apa dosa aku sampai dilayan sebigini rupa...?"

Dalam langkahan lemah itu, aku mula dibasahi hujan yang mula menyiram bumi, terasa ubat dan penawar dari Ilahi. Lopak-lopak air mula muncul, ketika itu juga aku merasa amat terhina dipaksa juga membasahi wajah dengan air lopak penuh tanah ke muka. Beberapa kali telapak tanganku mencedok air lopak disapu perlahan-lahan bagi menurunkan suhu panas dan bahang pemedih mata, di sudut sana jentera merah masih zalim dan rakus membaham marhaen tidak berdosa.

Hampir tujuh tahun kisah itu pergi. Awal tahun 2013, aku tatapkan kisah anak muda yang tak kurang hebatnya membanjiri jalanan di kota raya. Terhinjut-hinjut, terkinja-kinja, terlompat, entah apa hiburan yang luar biasa menjadi mereka lalai sebegitu rupa. Air kencing syaitan pasti menjadi sahabat akrab di malam tahun baru, tiada gas, tiada habuk zionis ala Malaysia, tiada "makhluk" bertopeng, tiada batang cota yang membedal siapa sahaja, tiada semuanya, hampir undang-undang dan syariat sudah ditiadanya - apa ini semua?

Tersentak! Api rindu bertaut kembali? Lopak air yang mencecah muka tujuh tahun lalu, lebih mulia disapunya membasahi seluruh badan daripada bertandang tanpa tujuan menjamah pula air kencing syaitan.

Lopak takungan air hujan di mata aku dahulu tiada apa erti, melainkan kelaziman yang subur selepas hujan. Tetapi peristiwa merubah, lopak itu sekarang mengajar aku erti keadilan, keamanan, penilaian, kesabaran, kebebasan, kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, kecintaan, kebangkitan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles