Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

EXCO Selangor Jelaskan punca KRISIS AIR kenapa berlaku..

$
0
0
Exco Selangor: Air cukup hingga 2016
SYAIRI SHAARI
8 Januari 2013
Exco Selangor: Air cukup hingga 2016
Ronnie membantu penduduk mendapatkan bekalan air dari MPAJ 
di Flat Pandan Utama di Kampung Pandan Dalam, malam kelmarin.
 
AMPANG - Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, sekiranya 23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik, isu bekalan air tidak akan timbul sama sekali.

Dakwanya, masalah berkenaan terjadi apabila pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menyelenggarakan loji sehingga timbul krisis air yang menjejaskan kira-kira 430,000 penduduk di sekitar Lembah Kelang.

“Kerajaan Negeri sudah mengkaji situasi seandainya tiada kerosakan berlaku kepada pam loji, bekalan air memang mencukupi untuk warga Lembah Kelang.

“Bagaimanapun, sikap Syabas yang gagal mengurus tadbir dalam soal penyelenggaraan menjadi punca krisis air sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke kawasan terjejas berikutan gangguan bekalan air di sekitar Ampang malam semalam.
Turut bersama dalam lawatan selama dua jam itu adalah Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain dan Ahli-ahli Majlis MPAJ.

Ronnie berkata, apa yang mengecewakan apabila pihak Syabas gagal melaporkan kerosakan pam kepada Kerajaan Negeri setiap kali diadakan mesyuarat bersama pada setiap Isnin.

“Kerajaan Negeri turut difahamkan dua pam gantian (standby) yang sepatutnya digunakan apabila pam-pam yang rosak di loji Wangsa Maju tidak dibaiki setelah setahun rosak.

“Sukar untuk dipercayai apabila kelima-lima pam di loji rosak dan ini termasuk di rumah pam di Pudu Hulu Baru.

“Malah penjelasan Syabas bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk membaiki pam juga adalah satu pembohongan,” katanya.

Jelasnya, walaupun difahamkan pam loji telah dibaiki namun bekalan air untuk kembali pulih seperti sediakala tetap mengambil masa kerana tekanan air rendah tetap berlaku.

Dua kawasan yang dilawati oleh Ronnie malam kelmarin adalah di Flat Pandan Utama dan Flat Pandan Jaya bagi meninjau proses penghantaran air melalui bekalan oleh MPAJ.

Ronnie juga berkata, Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk mengambil alih pengurusan air di Selangor dalam tempoh 48 jam.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk mengambil alih dari Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syabas dalam tempoh tersebut apabila telah merekrut kepakaran dari luar negara dan tempatan.

“Kerajaan Negeri sudah mempunyai kepakaran untuk mengambil alih kesemua empangan dan akan dilakukan melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Masalah yang timbul apabila Kerajaan Pusat tidak mahu memberi kelulusan sedangkan di negeri-negeri lain sudah menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri masing-masing

“Kerajaan Negeri sememangnya berkeupayaan dan mempunyai kewangan kukuh untuk mengambil alih pengurusan,” katanya.

Kerajaan Negeri mohon maaf

Ronnie berkata, Syabas sepatutnya meminta maaf kepada penduduk berikutan kegagalan mereka membekalkan air namun mereka tidak akan melakukannya.

Katanya, Syabas juga tidak pernah menjelaskan perkara yang sebenar kepada penduduk mengapa pam-pam di loji gagal berfungsi.

“Kerana kegagalan itu, Kerajaan Negeri ingin meminta maaf kepada rakyat setelah masalah ini timbul apabila ada pihak yang tidak jujur semasa membuat laporan kepada Kerajaan Negeri setiap kali bermesyuarat.

“Kerajaan Negeri memohon maaf kerana sebelum ini tidak bertanya keadaan rumah pam daripada Syabas. Bagaimanapun, kita akan bertanya keadaan rumah pam kepada Syabas setiap kali mesyuarat selepas ini dan bukan hanya menerima laporan pam rosak selepas bekalan air tiada,” katanya.

Kata Ronnie lagi, sepatutnya setiap penyelia di rumah pam perlu memaklumkan perkara ini apabila berlakunya kerosakan tetapi Kerajaan Negeri hanya menerima laporan pam rosak setelah bekalan air sudah tiada.

Beliau berkata, Syabas juga sering mempersalahkan Kerajaan Negeri kononnya tidak membantu sedangkan dalam rekod pada November tahun lalu, Kerajaan Negeri telah memberi sokongan untuk Syabas membuat penyelenggaraan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707