Chow Kang: Siasatan SPRM bersih nama saya
8 Januari 2013

Tan Chow Kang
ALOR SETAR - Siasatan telus yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membersihkan nama baik Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang dari dikaitkan dengan kes rebat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tan Chow Kang yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan berkata, beliau amat berterima kasih kerana SPRM kerana melakukan siasatan rapi sehingga membawa kepada penahanan seorang kontraktor dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang kontraktor memiliki dua syarikat persendirian di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kes ‘pemotongan’ 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan kepada beberapa NGO di negeri ini.
“Kes berkenaan sudah berlarutan hampir setahun setelah dilaporkan media pada Februari tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan saya turut bekerjasama dengan SPRM termasuk memanggil mereka untuk berjumpa bagi membantu siasatan.Tan Chow Kang yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan berkata, beliau amat berterima kasih kerana SPRM kerana melakukan siasatan rapi sehingga membawa kepada penahanan seorang kontraktor dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang kontraktor memiliki dua syarikat persendirian di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kes ‘pemotongan’ 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan kepada beberapa NGO di negeri ini.
“Saya amat menyokong usaha SPRM untuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak mengikut syarat termasuk melakukan perkara tidak betul dalam kerja mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, beliau akan meneruskan tugasnya menjaga kebajikan masyarakat dan kes berkenaan tidak pernah mengganggu tumpuannya terhadap kerjanya selama ini kerana sejak dari awal yakin berada di pihak yang benar.
Sebelum ini Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohamad Yusoff Akope berkata berdasarkan siasatan, Chow Kang didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan sebaliknya ia melibatkan seorang kontraktor berusia 45 tahun itu.
Menurut Mohamad Yusoff kontraktor berkenaan sepatutnya membekal peralatan kepada NGO, namun bekalan itu tidak dapat dibuat walaupun bayaran sudah dikeluarkan.