Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Yang datang Negeri Sembilan nie Timb PM atau Timb. Presiden UMNO

$
0
0
Lawatan TPM: 1 Malaysia, tapi untuk ahli UMNO/BN


Kegagalan UMNO/BN memahami perbezaan antara parti dengan kerajaan bukan sahaja menunjukkan mereka salahguna kuasa malah menyinggung hati rakyat jelata.

Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Kompleks Belia dan Sukan Paroi malam ini telah menafikan hak rakyat yang tidak menyokong BN untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Ini kerana, slogan 1 Malaysia sinonim dengan slogan kerajaan Malaysia bukannya slogan untuk UMNO/BN. Tambahan pula, kedatangan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin ke Negeri Sembilan atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bukannya Timbalan Presiden UMNO.

Sudah tentu rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai ideologi politik ingin bersama dengan pemimpin negara bukannya bersama pemimpin parti politik (UMNO/BN).

Ini jelas menunjukkan beliau datang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat khususnya pengundi BN. Dikhabarkan pegawai-pegawai kerajaan telah diwajibkan menghadiri majlis bersama beliau di Bahau.

Lawatan kerja pemimpin negara ke sesebuah negeri amat penting bagi memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri itu lancar. Tambahan pula di Negeri Sembilan banyak ‘kehilangan’ projek-projek besar seperti landasan pesawat kecil yang dikhabarkan dibina di Rembau, Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta dan lain-lain.

Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707