| Print | Projek IC: Pihak berkuasa perlu segera bertindak
MuhammadYusri Amin, 18 Jan 2013
KOTA BHARU: AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa tindakan segera perlu diambil ke atas skandal ‘projek IC' di Sabah’ membabitkan warga asing, selaras dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri mendakwa jika pengeluaran IC kepada warga asing untuk menjadi Warganegara Malaysia itu didapati tidak mengikut peraturan atau tidak teratur, tindakan segera perlu diambil.
“Dan pengeluaran IC ke atas warga terbabit boleh dibatalkan sama ada melalui mahkamah atau melalui Menteri Dalam Negeri sendiri.
Selaras dengan itu, pengamal undang-undang itu juga mendakwa apa-apa juga pengesyoran Suruhanjaya Siasatan Diraja itu hendaklah diambil kira kerajaan bagi tindakan selanjutnya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media di Majlis Perbandaran Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPKB-BRI 2013 di sini pagi tadi.
“Jadi yang pentingnya tindakan susulan terhadap perbuatan itu terutamanya dalam konteks PRU-13 ini,” ujarnya.
“Kalau pengeluaran IC kepada warganegara asing menjadi Warganegara Malaysia itu didapati tidak mengikut peraturan atau tidak teratur, tindakan perlu diambil.
“Bahkan jika terbukti salah, kewarganegaraan golongan itu boleh dibatalkan sama ada melalui mahkamah atau melalui Menteri Dalam Negeri sendiri, yang boleh membatalkannya," katanya.