Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Tuanku Sultan pesan kepada UMNO, PERKASA dan sewaktu dengannya supaya elak provokasi cetuskan sentimen perkauman

$
0
0

Elak provokasi cetuskan sentimen perkauman



WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Januari 2013 ALOR SETAR - Elakkan tindakan provokasi yang boleh mencetuskan perbezaan pendapat dan sentimen perkauman di negeri ini, kata Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Beliau berkata, sebarang kekeliruan hendaklah diselesaikan secara muafakat dengan mengutamakan kepentingan negeri.

“Saya harap semua pihak berusaha memelihara keamanan sepanjang masa. Keadaan negeri yang aman dan selamat adalah prasyarat utama bagi meningkatkan ekonomi dan menarik kemasukan pelabur,” kata beliau, ketika berucap pada majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, ke-85, di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, semalam.

Tunku Annuar berkata, pergolakan yang berlaku di negara lain boleh dijadikan teladan di mana kemajuan ekonomi yang dikecapi runtuh ekoran berlakunya kekacauan atau ketidakstabilan politik.

“Saya harap Kedah terpelihara daripada sebarang malapetaka dan terus maju dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707