Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Tuanku ucap tahniah kepada Kerajaan Kedah

$
0
0

Mahu kerjasama rakyat jayakan perancangan kerajaan demi manfaat


ROSLINDA HASHIM FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN 21 Januari 2013 ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya menerajui pentadbiran negeri dengan baik selain berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif memajukan ekonomi dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.

Baginda mahu seluruh rakyat Kedah memberi kerjasama dan bersabar dalam menjayakan perancangan kerajaan untuk manfaat bersama.

“Kerajaan negeri berusaha sedaya upaya mencari peluang dan menggembleng sumber-sumber yang ada untuk faedah rakyat negeri ini. Segala perancangan memerlukan masa untuk dilaksanakan,” titah Tuanku Abdul Halim, sempena majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda, ke-85, di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan Tuanku Abdul Halim dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tuanku Abdul Halim memuji langkah kerajaan negeri yang berusaha memajukan modal insan dalam melahirkan tenaga manusia berilmu, berkemahiran tinggi di samping memiliki sifat ihsan untuk menerajui pembangunan ekonomi pada masa hadapan.

“Pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil membuktikan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pembangunan insan.

"Beta yakin kemudahan ini bakal mempelbagaikan aktiviti yang boleh memajukan negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah, seramai 2,500 pelajar dan belia dilatih bawah program bina insan yang mendapat sambutan luar biasa kerana masyarakat menyedari kepentingan program itu dalam membentuk peribadi remaja.

“Bermula tahun ini, kerajaan negeri menyusun program latihan dalam bidang elektrikal kepada belia dikendalikan oleh Institut Latihan Belia Sejahtera. Diharap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pekerja separa mahir,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut memuji usaha kerajaan negeri memajukan industri buah-buahan tempatan dengan melaksanakan program pemulihan dusun rambutan serta kempen penanaman pokok rambutan setiap rumah.

“Beta seru rakyat khusus di luar bandar ambil peluang ini untuk menambah pendapatan keluarga selain menjadikan Kedah sebagai pengeluar rambutan utama,” titah baginda.

Baginda bersyukur kerana Kedah berjaya mendapatkan pelaburan baru dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan khususnya di Kulim Hi Tech Park (KHTP), meskipun dalam suasana ekonomi yang sederhana.

“Beta juga sukacita dengan perancangan kerajaan negeri membuka koridor pembangunan baru bagi mewujudkan lebih banyak peluang kerja dan perniagaan kepada rakyat.

"Beta percaya Kuala Ketil akan dibangunkan sebagai kawasan perbandaran yang tersusun selepas kampus Insaniah dirasmikan,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan projek Tebatan Banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit bagi mengatasi masalah banjir besar yang pernah melanda negeri ini beberapa tahun lalu.

“Pembinaan projek bermula tahun ini dan akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk berhampiran tapak projek, diharap jabatan pelaksana projek mendapatkan input daripada semua pihak untuk minimumkan isu-isu yang boleh jejaskan kehidupan penduduk,” titah baginda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles